Blog Archive

Monday, 18 June 2012

KONTRAKTOR "SAKIT" PUNCA PROJEK LEWAT

KUALA LIPIS - Masalah kewangan yang dialami pihak kontraktor menjadi punca utama berlakunya projek sakit di sekitar negeri ini. Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kemudahan Asas dan Pengangkutan, Datuk Ir Mohd Soffi Abdul Razak berkata, kekurangan modal berkenaan telah menyebabkan aktiviti yang ingin dilaksanakan oleh pihak kontraktor terganggu.

Menurutnya, akibat masalah terbabit, pihak kontraktor tidak mampu membeli bahan binaan, tidak boleh menambah tenaga kerja dan lain-lain perkara asas yang lain. “Projek sakit didefi nisikan sebagai projek yang kemajuan  pelaksanaannya mengalami kelewatan melebih dua bulan atau 20 peratus dari tarikh atau jadual yang ditetapkan mengikut mana yang terdahulu dan kontraktor tidak berupaya memperbaiki prestasinya.

“Biasanya projek sakit ini berlaku apabila pihak kontraktor telah membuat jangkaan yang salah dari segi kos pelaksanaan sebenar dan ini memberi kesan kepada projek terbabit,” katanya di sini, semalam. Mohd Soffi yang juga Ahli  Dewan Undangan Negeri (Adun) Benta berkata, projek-projek sakit di sekitar negeri ini masih dalam peringkat yang terkawal dan sedang dipantau rapi oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) dengan kerajaan mengambil langkah membantu  kontraktor terbabit agar mereka dapat menyiapkan projek-projek berkenaan.

Menurutnya, pihak kerajaan akan cuba bantu sebaik mungkin kontraktor-kontraktor yang mempunyai masalah dan memberi mereka peluang untuk meneruskan projek berkenaan. “Setiap projek diteliti masalah sama ada dari segi  pengurusan kontrak, masalah tapak atau utiliti, oleh jawatankuasa projek sakit, bagi memastikan masalah itu dapat diatasi dan projek kembali mengikut jadual.

“Kita masih memberi mereka peluang, tetapi kalau kontraktor berpenyakit yang tidak boleh dirawat dan projek ditamatkan kita senarai hitamkan. Kita bukannya hendak menamatkan kontraktor tetapi hendak pastikan projek siap dan rakyat  akan mendapat manfaat,” Mohd Soffi berkata, tindakan untuk menamatkan kontrak dan melantik kontraktor penyiap akan diambil apabila masalah itu tidak dapat diatasi.Share on facebook
Share on twitter
Share on email
Share on print

No comments:

Post a Comment