Blog Archive

Monday 25 June 2012

"WANITA MISTERI"NAFI JADI PROKSI ANWAR

Seorang wanita yang ditampilkan Utusan Malaysia hari ini menafikan menjadi proksi kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa memiliki akaun induk berjumlah RM3 bilion.

Wanita berkenaan, Zaliah Zakaria, 56, menafikan dakwaan tersebut susulan penyiaran gambarnya dalam edisi hujung mingguan Utusan semalam.

pakatan convention alor setar wan azizah wan ismailZaliah bagaimanapun menegaskan bahawa beliau tidak mengenali Anwar tetapi mengenali isteri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

"Hubungan kami sekadar kawan kerana saya juga meminati sukan badminton. Saya tidak mengenali Anwar malah tidak pernah terlibat dalam politik," katanya seperti dipetik akhbar berkenaan hari ini.

Katanya lagi, syarikatnya memberi banyak sumbangan dalam kejohanan badminton Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri (BAKTI) ketika Anwar menjadi timbalan perdana menteri.

Katanya lagi, beliau juga pernah menaja aktiviti sukan air salah seorang anak pasangan tersebut ketika Anwar berada dalam penjara.

Anggota Umno, Ummi Hafilda sebelum ini mendakwa, Anwar sangat mengenali wanita tersebut "yang bukanlah seorang istimewa tetapi cukai pendapatan mencecah RM50 juta."

'RM100 juta hasil perniagaan lumba kuda'

Ummi juga mendakwa, Zaliah memiliki atau mempunyai kaitan dengan 62 hartanah mewah berupa kondominium dan banglo kebanyakannya di Pulau Pinang

Zaliah yang mengakui diisytiharkan muflis selepas diburu Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDB) berhubung cukai pendapatan lebih RM50 juta itu meminta Ummi Hafilda mengemukakan bukti berhubung dakwaan pemilikan harta berkenaan.

Jelasnya bahawa beliau memiliki aset wang tunai dan hartanah berjumlah RM100 juta hasil daripada satu perniagaan lumba kuda.

Hartanya yang lain termasuk empat buah rumahnya di Pulau Pinang yang dianggarkan bernilai RM3.68 juta, menurut laporan Utusan.

Bagaimanapun, harta berkenaan bertukar milik ketika beliau berkunjung ke luar negara pada Januari 2000.

"Seminggu saya berada di sana (Dubai), pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) membuat serbuan di rumah saya dan menyita 10 buah peti besi di Bukit Jambul, Pulau Pinang mengandungi wang tunai, barangan kemas dan dokumen penting.

"Pada masa sama, saya dinasihatkan oleh peguam supaya tidak pulang sehinggalah setahun baru saya pulang ke tanah air namun mendapati semua aset termasuk wang tunai berjumlah RM26 juta di dalam bank telah dipindah milik," katanya seperti dipetik.

BERAHIM ALI BERBESAR HATI DGN ANUGERAH

Ahli Parlimen Pasir MAS Datuk Ibrahim Ali berkata beliau berbesar hati dengan anugerah yang dimenanginya pada Sabtu lalu dalam "Aiyoh...Wat Lah?! Awards 2012".

Beliau dengan sinis berkata, pihak penganjur seharusnya menjemputnya pada acara akan datang. 

Saya sangat berbesar hati dengan anugerah yang mereka berikan kepada saya. 

"Mereka tidak jemput. Mereka sepatutnya jemput saya mengadakan satu acara yang lebih besar," katanya sambil ketawa ketika ditemui hari ini.

Beliau mengulas anugerah
 yang diberikan oleh Joint Action Group for Gender Equality (JAG), sebuah gabungan lapan pertubuhan pro-feminisme.

Dalam majlis tersebut, Ibrahim diberikan anugerah "Menghina Kebijaksanaan" atas kenyataannya pada 7 April tahun lalu bahawa "hubungan sulit dalam perkahwinan berlaku kerana isteri yang mengabaikan tanggungjawab kepada suami."

Turut memenangi anugerah pada majlis tersebut ialah Kelab Taat Suami bagi kategori "Paling Kurang Membantu Persaudaraan Wanita" berhubung kenyataan pada 28 November tahun lalu yang menyebut "wanita yang tidak memuaskan suami mereka adalah punca seks luar nikah".

Dua lagi pemenang anugerah dalam majlis tersebut ialah Kerajaan Terengganu untuk kategori "Dasar Gagal" dan Pengerusi GERAKAN Pulau Pinang Teng Hock Nam untuk kategori "Terlajak Perahu Boleh Diundur".

Menurut penganjur, anugerah yang pertama kali diadakan itu bertujuan "membentuk kesedaran orang ramai tentang sifat seksis, homofobia, dan juga transfobia."

MISI DAGANG KE ARAB BERJAYA


KUALA LUMPUR - Satu misi pemasaran produk, peralatan dan perkhidmatan yang berkaitan penjanaan kuasa ke Arab Saudi pada bulan lepas telah menghasilkan jualan berjumlah RM912.15 juta.

Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) berkata 81 pertemuan perniagaan telah diatur bagi 12 syarikat Malaysia yang mengambil bahagian di dalam misi yang diselaraskan dengan Tenaga National Bhd (TNB).

Pesuruhjaya Perdagangan Matrade di Jeddah, Amran Yem berkata penyertaan Malaysia mendapat sambutan menggalakkan di Riyadh dan Jeddah dari 26 hingga 30 Mei.

"Jualan itu menunjukkan Malaysia berada pada landasan yang baik untuk membida projek elektrik di Arab Saudi. Malaysia dilihat sebagai negara Islam yang berupaya yang mempunyai rekod prestasi yang terbukti bagi produk dan perkhidmatan yang berkualiti baik dan mematuhi standard antarabangsa," katanya dalam satu kenyataan.

Matrade berkata misi itu membolehkan syarikat Malaysia memenuhi matlamat pelanggan yang berpotensi di kalangan syarikat Arab Saudi di dalam sektor penjanaan kuasa.

Agensi perdagangan dan pelaburan Malaysia itu menyatakan bahawa Matrade Jeddah akan memudahkan lagi kemudahan TNB, anak syarikatnya dan vendor bagi mempromosikan produk dan perkhidmatan berkaitan tenaga Malaysia di pasaran Arab Saudi.

"Adalah penting bagi syarikat Malaysia untuk melakukan susulan terhadap hubungan perdagangan semasa misi itu bagi menjalin kerjasama perniagaan masa depan," katanya.

RAFIZI: SAYA TIADA MASALAH DGN FAEKAH

PETALING JAYA - Rafizi Ramli menafikan sekerasnya-kerasnya tindakan beliau meletakkan jawatan Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor minggu lalu disebabkan krisis dengan pemimpin PKR dan sanggup untuk "bersumpah" menyangkal tanggapan sedemikian.

Menurut Pengarah Strategi PKR ini, beliau tidak pernah mempunyai sebarang krisis dengan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali; Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin atau pun Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sendiri, kononnnya telah memaksa membuat keputusan meletakkan jawatan.

"Isu itu tak ada kebenaran. Cuma tindakan saya itu memberi kejutan kepada ahli PKR sahaja.

"Saya rasa itu mungkin 'cybertrooper' Umno yang menyamar menjadi ahli PKR menyebarkan fitnah tersebut," kata beliau pada sidang media di sini, hari ini.

Menurutnya, beliau mempunyai hubungan yang baik dengan semua ahli pimpinan PKR termasuk Pakatan Rakyat (PR) dan bukan hanya berdasarkan hubungan parti sahaja.

"Saya rapat dengan semua Azmin dan semua rakan PKR.

"Saya kenal Azmin sebelum saya jadi ahli PKR lagi dan hubungan kami bukan berdasarkan parti semata-mata tapi seperti keluarga," katanya.

Azmin juga Pengarah Pilihan Raya PKR dan Pengerusi PKR Selangor.

Rafizi berkata, cerita yang ditimbulkan Umno mungkin untuk memecahbelahkan PR, namun keadaan tersebut akan memudaratkan lagi kedudukan Umno menjelang Pilihan Raya Umum ke-13.

"Kalau mereka (Umno) benar-benar kaji tentang saya, mereka akan tahu saya begitu rapat dengan semua orang.

"Saya juga sering bertemu Faekah tapi disebabkan bidang tugas yang berlainan kadang-kadang tidak dapat untuk bertentang mata," kata Rafizi lagi.

Rafizi juga berkata, isu yang dimainkan Umno memang tidak betul dan beliau boleh bersumpah untuk menafikan fitnah tersebut.

"Demi ALLAH saya tak ada pertelingkahan dengan Faekah atau ahli-ahli PKR yang lain," katanya.

Husam Mahu Debat

KOTA BHARU - Exco kerajaan Kelantan, Datuk Husam Musa mencabar untuk berdebat dengan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin mengenai isu syarikat yang mengeluarkan dinar dan dirham, Kelantan Golden Trade (KGT).

Cadangan ini dibuat Husam ekoran kenyataan  Dr Awang  Adek Adek semalam yang mahukan Kerajaan Negeri menyiasat skandal yang membabitkan KGT.

"Saya minta TV3 menganjurkan forum terbuka secara langsung antara saya dengan Dr Awang mengenai isu ini, saya harap beliau bersetuju dan memberikan tempoh 21 hari," katanya kepada media hari ini.

Dalam pada itu, Awang Adek menjelaskan kepada media bahawa beliau mahu Husam terlebih dahulu menjelaskan dahulu skandal tersebut, dan sekiranya memuaskan beliau akan mempertimbangakan cabaran tersebut.

Isu tersebut timbul apabila bekas Bekas Pegawai Perhubungan Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), Syed Azidi Syed Abdul Aziz atau lebih dikenali “Kickdefella” mendedahkan skandal yang syarikat KGT yang membabitkan laporan polis terhadap bekas pegawai kanan syarikat tersebut yang didakwa menipu.

RAFIZI : KERUSI MANA YG SAYA TANDING BUKAN ISU

PETALING JAYA - Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli yang disebut-sebut akan bertanding di kerusi Parlimen Pandan menegaskan, tidak timbul persoalan bahagian yang bakal beliau bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Apa pun kata Rafizi, beliau pasti akan bertanding pada pilihan raya umum kali ini.

Bagaimanapun kata Rafizi, keputusan untuk menempatkan calon akan dibuat oleh kepimpinan tinggi setiap parti pada saat akhir sebelum bertanding.

"Soal saya bertanding di mana itu tidak menjadi isu, yang penting saya akan bertanding pada PRU kali ini.

"Setiap keputusan berkenaan calon yang bertanding akan dibuat oleh pemimpin tertinggi setiap parti pada saat akhir menjelang pilihan raya," katanya.

Menurutnya, mereka mempunyai strategi tertentu untuk membuat penempatan calon dan itu adalah strategi bagi setiap parti.

"Ini amalan biasa dalam parti. Kita memang yakin kalau kita tumpukan ke atas kawasan Pandan, dan kita teruskan gerak kerja di Pandan, kita yakin boleh ambil alih Pandan daripada Barisan Nasional.

"Bagaimanapun rakyat yang boleh buat perubahan dalam PRU ini," katanya.

Kata Rafizi, sama ada beliau atau sesiapa sahaja dari Pakatan Rakyat bertanding di Pandan, media boleh membuat spekulasi.

Saturday 23 June 2012

KEPUTUSAN PEMILIHAN PRESIDEN MESIR HARI INI

KAHERAH - Keputusan pusingan kedua pemilihan jawatan presiden, yang ditangguhkan sehingga mencetuskan kemarahan dan rasa tidak puas hati di kalangan rakyat, dijangka diumumkan hari ini - sekitar 9 malam (waktu Malaysia).
Suruhanjaya pilihan raya Mesir sedang mempertimbangkan rayuan daripada kedua-dua calon iaitu Mohammed Mursi, 60, dari Ikhwanul Muslimin dan bekas Perdana Menteri Ahmed Shafiq, 70.
Kedua-dua mereka mendakwa telah mencapai kemenangan. Keputusan sepatutnya diketahui Khamis lalu.
"Faruk Sultan, ketua suruhanjaya pemilihan presiden akan mengumumkan keputusan pusingan kedua pemilihan presiden pada Ahad, jam 3 petang (9 malam waktu Malaysia)," kata Setiausaha Agung Suruhanjaya, Hatem Bagato dalam satu kenyataan semalam.
Penyokong-penyokong Mohammed terus berhimpun di Dataran Tahrir sejak Jumaat lalu sebagai tanda memprotes ke atas langkah kerajaan sementara tentera mengambil alih bebereapa kuasa pentadbiran negara.

RAFIZI MAHU TANDING PRU

SHAH ALAM - Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menjelaskan, punca Rafizi Ramli meletak jawatan sebagai Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor kerana mahu memberi tumpuan penuh terhadap  perancangan untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
“Beliau berusaha menjadi Ahli Parlimen, oleh itu, beliau tidak mahu banyak persoalan yang timbul, dan mahu bertindak secara individu,” katanya kepada media, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas peletakan jawatan Rafizi yang dikatakan ada kaitan dengan dakwaan wujud krisis dalam pentadbiran Kerajaan Negeri.

Beliau berkata, Kerajaan Negeri dan Rafizi tidak mempunyai sebarang krisis kerana kedua-duanya bertindak secara profesional.

Abdul Khalid berkata, Rafizi mahu menjadi seseorang yang bebas menyuarakan pendapat dan tidak lagi terikat sebagai kakitangan Kerajaan Negeri.

Ketika ditanya sama ada beliau telah membuat keputusan siapa pengganti Rafizi untuk jawatan tersebut, Abdul Khalid berkata, Kerajaan Negeri tidak perlu berbuat demikian kerana mahu menumpukan kerja-kerja menghadapi PRU13.

KELANTAN TERUSKAN PENGUASAAN

KUALA LUMPUR - Pasukan Kelantan merekodkan kemenangan ke-14 dalam saingan Liga Super selepas menewaskan Sabah, 2-0 di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu malam tadi.
Kemenangan tersebut daripada 20 perlawanan yang diharungi skuad Kijang setakat ini membolehkan mereka mengumpul 47 mata, tiga mata kurang berbanding
pendahulu liga, Lions XII dari Singapura yang tidak bermain hari ini.
Dua gol Kelantan pada perlawanan tersebut dijaringkan Rizal Fahmi Abdul Rosid pada minit ketujuh dan Indra Putra Mahyuddin pada lewat permainan.
Perak yang sebelum ini menduduki tangga keempat liga naik satu anak tangga selepas mencatatkan kemenangan tipis 2-1 ke atas Sarawak, di Stadium Negeri, Kuching.
Albert Dominique membuka jaringan untuk skuad Seladang seawal minit kesembilan permainan sebelum Azizan Saperi menyamakan kedudukan untuk pasukan
tuan rumah pada minit ke-45.
Michal Kubala mengesahkan kemenangan mutlak skuad bimbingan Norizan Bakar apabila menjaringkan gol kemenangan menerusi sepakan penalti pada minit ke-21.
Kedah turut mencatatkan kemenangan selepas menewaskan Kuala Lumpur, 2-1 di Stadium Darul Aman, Alor Setar.
Penyerang tuan rumah, Mohd Faizal Abu Bakar membuka tirai jaringan pada minit ke-36 selepas beliau memanfaatkan hantaran lintang dari pemain import skuad Kenari dari Croatia, Vedran Gerc.
Vedran menggandakan jaringan untuk pasukan tuan rumah pada minit ke-72 menerusi sepakan penalti sebelum skuad warga kota mengurangkan defisit jaringan
menerusi tendangan penalti oleh Zakaria Charara pada minit ke-79.
Sementara itu, dua pasukan Pantai Timur, T-Team dan Terengganu terpaksa berputih mata selepas mencatatkan keputusan seri ketika menentang lawan masing-masing.
T-Team mencatatkan keputusan seri 1-1 ketika menentang Negeri Sembilan diStadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.
Jean-Emmanuel Effa Owona memberikan gol pendahuluan kepada skuad Rusa sebelum Mohd Faiz Subri menyamakan kedudukan untuk T-Team, lapan minit kemudian.
"'Abang' mereka iaitu Terengganu pula terikat 2-2 dengan wakil kelab Lembah Klang, Selangor PKNS di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya.
Dua gol Terengganu dijaringkan oleh Mazlizam Muhamad pada minit ketiga dan Mohamad Ashari Samsudin manakala dua gol pasukan tuan rumah dijaringkan oleh
Mohd Fauzan Zulkifli pada minit ke-30 dan Mickael Nicoise pada minit ke-37. -

PIALA AFC B-22:KOREA TEWASKAN M'SIA 3-2

KUALA LUMPUR - Skuad Bawah 22 tahun (B-22) negara tewas 2-3 kepada pasukan pilihan, Korea Selatan, pada perlawanan pembukaan Kumpulan G Kejohanan Pusingan Kelayakan Piala AFC B-22 di Stadium Thuwunna, Pusat Latihan Belia, Myanmar pada Sabtu.

Skuad bimbingan Ong Kim Swee itu bagaimanapun mengejutkan gergasi bola sepak Asia itu menerusi jaringan A. Thamil Arasu seawal minit kelapan permainan selepas beliau memanfaatkan hantaran silang dari sebelah kiri padang oleh Ashri Chuchu.

Korea Selatan yang tersentak dengan jaringan itu mula menyusun semula permainan dan menyamakan kedudukan empat minit kemudian menerusi tandukan kapten pasukan, Kim Hyun Hoon, selepas menerima hantaran Park Kwang Il untuk menewaskan Mohd Izham Tarmizi Roslan di gawang skuad negara.

Kwang Il menjaringkan gol kedua Korea Selatan menerusi sepakan percuma yang cantik dari luar kotak penalti skuad negara pada minit ke-32 sebelum pemain penyerang, Kim Jong Hee menjaringkan gol ketiga pasukan tersebut, dua minit kemudian.

Thamil Arasu berjaya mengurangkan defisit jaringan menerusi gol kedua skuad negara pada minit ke-61 selepas memanfaatkan hantaran pemain tengah, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria.

Skuad B-22 negara dijadual bertemu Filipina di Stadium Aung San, Isnin ini. -

KULI : BN HARUS MENANG

Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah meminta rakyat memberi kemenangan kepada BN pada pilihan raya umum ke-13 untuk membolehkan kerajaan meneruskan agenda pembangunan negara dengan lebih pesat dalam tempoh beberapa tahun akan datang.

Justeru, beliau meminta mereka menilai kemajuan dan pembangunan yang dinikmati kini hasil pemerintahan kerajaan BN.

tengku razaleigh hamzah in galas"Kemenangan pada PRU-13 itu terletak di tangan rakyat untuk membuat keputusan, tetapi saya percaya rakyat akan membuat penilaian dan menentukan keputusan terbaik kepada kerajaan sedia ada," katanya ketika merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Paloh 3 di Gua Musang semalam.

Turut hadir Anggota Dewan Undangan Negeri Galas Ab Aziz Yusof.

Tengku Razaleigh, yang juga ketua Umno bahagian, berkata rakyat perlu memahami perjuangan sebenar kerajaan sekarang yang lebih banyak membantu mereka menikmati pelbagai kemajuan, termasuk dalam bidang pendidikan.

Beliau berkata kawasan Parlimen Gua Musang juga sudah menikmati banyak projek pembangunan, termasuk beberapa sekolah menerima bangunan baru yang serba lengkap dan selesa untuk pelajar.

Pokdogo:

SEKIRANYA ADA CALON PM YG PALING LAYAK SYA KIRA BELIAU LAH ORGNYA KERANA DIRI BELIAU DILIHAT BERSIH DARI SEGALA SEGI

PM HARUS KAJI PELANTIKAN SIDEK HASAN

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak diminta mengkaji semula pelantikan bekas ketua setiausaha negara (KSN) Tan Sri Mohd Sidek Hassan sebagai pengerusi Petronas.

Ketua Umno Cheras Datuk Syed Ali Syed Abas Alhabshee (kanan) berkata, jawatan itu Petronas sepatutnya dipegang golongan profesional dan tidak semestinya bekas pegawai tinggi kerajaan yang sudah bersara.

"Saya bimbang pelantikan tersebut akan menimbulkan rasa kecewa sesetengah pihak termasuk bekas pemimpin-pemimpin politik," ujarnya.

Langkah itu juga katanya, bagi mengelak timbul anggapan umum bahawa mana-mana pegawai tinggi kerajaan yang sudah bersara telah disediakan jawatan baru dengan pendapatan yang lebih lumayan.

"Semasa berkhidmat dengan kerajaan, mereka menerima gaji yang tinggi dan pencen yang sudah mencukupi, sepatutnya jawatan tersebut diagihkan pula kepada golongan profesional atau pun bekas-bekas pemimpin politik," tegasnya.

Bagaimanapun, katanya, gesaan itu tidak bermasuk mempertikaikan kewibawaan Mohd Sidek tetapi hanya mahu perdana menteri menimbang semula keputusan itu, menurut blog Umno Cheras.

Perdana menteri pada satu majlis makan malam penghargaan sempena persaraan Mohd Sidek di Kuala Lumpur malam tadi mengumumkan bekas KSN itu sebagai pengerusi baru Petronas, yang akan berkuatkuasa sebaik selesai beberapa urusan dalaman.

SUARA AKAR UMBI

Bercakap kepada media selepas merasmikan karnival NGO dan swasta parlimennya di Cheras pagi ini, umum akan melemparkan tuduhan bahawa kerajaan hanya menjaga kepentingan bekas pegawai tinggi kerjaan yang sudah bersara.

Sedangkan kata Syed Ali, banyak golongan profesional dan bekas pemimpin politik apabila bersara tidak mendapat kedudukan istimewa atau ditawarkan jawatan penting dalam mana-mana syarikat milik kerajaan.

reza zamhari"Saya hanya memberikan pandangan berdasarkan suara di bawah, kerana khuatir pelantikan tersebut boleh menimbulkan rasa kecewa dan marah rakyat kepada kerajaan," ujarnya.

Katanya, rakyat tidak akan melakukan protes secara terbuka tetapi apabila mereka 'marah dalam diam' sedikit sebanyak akan memberi kesan kepada kredibiliti kerajaan menjelang pilihan raya umum (PRU) ke-13.

Bagaimanapun kata beliau, terserah kepada perdana menteri untuk membuat keputusan muktamad berhubung perkara tersebut.

IBRAHIM ALI,KELAB ISTERI TAAT "MENANG" ANUGERAH SEKSIS

Pernahkah anda membayangkan Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali dan Kelab Isteri Taat (OWC) akan merangkul anugerah dalam majlis yang sama?

PERKASA adalah sebuah kumpulan pendesak Melayu sementara OWC pula mempromosikan seks 'suci' yang didakwa berasaskan Islam.

Namun petang tadi, kedua-duanya 'diraikan' pada majlis "Aiyoh...Wat Lah?! Awards 2012" kerana kenyataan-kenyataan mereka dalam media pada tahun lepas berkenaan hubungan sulit di kalangan pasangan berkahwin.

Ibrahim 'menang' anugerah "Menghina Kebijaksanaan" kerana kenyataannya yang didakwa menyebut "hubungan sulit dalam perkahwinan berlaku kerana isteri yang mengabaikan tanggungjawab kepada suami." (7 April 2011).

OWC pula 'menang' anugerah "Paling Kurang Membantu Persaudaraan Wanita" kerana pernah dilapor menyebut "wanita yang tidak memuaskan suami mereka adalah punca seks luar nikah" (28 November 2011).

AZMIN:"SAYA SOKONG KHALID"

KOTA BHARU - Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berkata, beliau tidak mempunyai masalah dengan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim seperti mana dibangkitkan sesetengah pihak.

Beliau berkata, sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Selangor, beliau sentiasa menyokong kepimpinan Abdul Khalid yang dilihat menunjukkan prestasi baik.

“Ada yang kata timbul konflik, itu satu fitnah jahat.

Sebenarnya tidak timbul sebarang pergeseran pun, sama ada di peringkat pusat mahupun negeri.

“Saya juga tidak tahu wujudnya Kelab Azmin Ali.

Yang saya tahu ada parti PKR sahaja. Di sini yang saya tahu, saya akan terus menjalankan kerja-kerja saya,” katanya kepada media selepas melancarkan Sismep 3.0 dan Pengagihan Bahan Kempen Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), di Pusat Dagangan Kelantan, semalam.

Azmin menyifatkan isu itu sengaja dimainkan Umno dan menganggap parti tersebut terdesak kerana cuba melagakannya dengan Abdul Khalid menerusi akhbar sejak empat tahun lalu.

“Umno cuba dan mereka gagal sehingga kini dan saya ucapkan good luck kepada mereka (Umno). Saya akan terus menumpukan usaha saya bersama Tan Sri Abdul Khalid bagi memantapkan jentera parti dan juga kerajaan menjelang pilihan raya akan datang,” katanya.

Sementara itu, mengulas tindakan Rafizi meletakkan jawatan Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Negeri Selangor, Azmin berkata, ia adalah perkara biasa.

Azmin berkata, isu itu tidak perlu dimanipulasikan kerana Rafizi berbuat demikian untuk memberi fokus kepada perjuangan parti menjelang PRU13.

“Beliau mempunyai tanggungjawab yang cukup besar menjelang pilihan raya akan datang kerana PKR dan Pakatan Rakyat (PR) membawa satu pendekatan baru iaitu kita nak bawa culture of hope, kita nak bawa harapan rakyat,” katanya.

Beliau berkata, Rafizi tidak perlu dibebankan dengan kerja di peringkat negeri kerana peranan Rafizi yang penting adalah melonjakkan sokongan rakyat terhadap PKR pada PRU13.

“Beliau bertanggungjawab untuk menyediakan manifesto, risalah, jadi kita merasakan beliau tidak harus dibebankan dengan tanggungjawab di peringkat negeri,” katanya.

Azmin menyifatkan Rafizi sebagai ikon kepada anak muda kerana mempunyai potensi untuk memimpin parti dan kerajaan akan datang serta menjadi aset kepada PKR.

“Beliau menjadi aset kepada kita dan kita tidak mahu korbankan potensi beliau dengan melibatkannya kepada perkara yang tidak diperlukan sekarang,” katanya.

RAFIZI PERNAH SUARAKAN HASRAT

KOTA BHARU - Tiada sebarang konflik di sebalik peletakan jawatan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli sebagai Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor seperti mana dakwaan sesetengah pihak.

Ketua Wanita PKR Pusat, Zuraida Kamaruddin berkata, Rafizi hanya meletak jawatan sebagai kakitangan pejabat penasihat ekonomi Selangor dan perkara itu tidak menjejaskan kedudukannya sebagai ahli politik.

“Walaupun jawatan tersebut dilepaskan, namun beliau masih lagi Pengarah Strategi PKR dan ahli pimpinan tertinggi parti.

“Saya memang rapat dengan Rafizi dan saya ingat kira- kira enam bulan lalu, beliau menyuarakan hasrat meletak jawatan itu kerana ingin memberi tumpuan pada kerja- kerja politik secara sepenuh masa, apatah lagi dalam persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), yang mana beliau berkemungkinan akan bertanding,” katanya kepada media selepas menyampaikan ceramah Falsafah Hormat Wanita kepada Wanita PKR negeri di sini, semalam.

Menurutnya, peletakan jawatan itu bagi membolehkan Rafizi mempunyai banyak masa untuk turun padang dan mendekati rakyat kerana ia merupakan keutamaan baginya.

“Beliau jadi harapan kita (PKR) membongkar isu-isu penyelewengan yang dilakukan Barisan Nasional (BN) selama ini, jadi beliau perlu memberikan penumpuan khusus,” katanya.

MB:ISU SURAT FAEKAH TIDAK BENAR

SHAH ALAM - Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengesahkan bahawa Setiausaha Politiknya, Faekah Husin tidak menyalah guna kuasa seperti didakwa sebuah blog, antaranya mengeluarkan surat sokongan kurniaan projek.

Beliau berkata, isu surat sokongan tidak timbul kerana Faekah hanya menerima surat permohonan dan bukannya memberi projek.

Menurutnya, beliau sendiri tidak pernah membuat surat sokongan untuk memberi sesebuah syarikat projek Kerajaan Negeri, sebaliknya hanya memanjangkan surat permohonan yang diterima kepada syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang terlibat.

"Isu ini sudah dijelaskan (Faekah) sebelum ini, oleh yang demikian isu surat sokongan ini tidak timbul," katanya ketika ditemui media, hari ini.

Faekah menafikan dakwaan sebuah blog bahawa beliau memberi surat sokongan kepada Firma Guaman untuk dilantik ke panel guaman GLC.

Beliau berkata, mengikut amalan biasa surat berkenaan akan dihantar kepada beliau dan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim manakala tugas beliau hanya menerima dan menyerahkannya kepada GLC.

Menurutnya, walaupun beliau menandatangani surat berkenaan, namun ia tidak bermaksud salah guna kuasa berlaku kerana beliau tidak memberi projek kepada firma berkenaan.

PAKATAN TOLAK KAEDAH RAKAMAN

KUALA LUMPUR - Pakatan Rakyat (PR) menolak kaedah rakaman dalam menyiarkan manifesto parti-parti politik ketika Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), sebagaimana diumumkan oleh  Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), kelmarin.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, kenyataan yang dibuat oleh Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof tidak menepati tuntutan Bersih 3.0.

Menurutnya, sekiranya perkara tersebut dilakukan, manifesto yang diusulkan secara rakaman akan diputar belit dan dimanipulasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

"Pakatan Rakyat tidak boleh terima keadaan tersebut kerana ia melibatkan sumber rakaman yang akan ditokok tambah dan sumbernya tidak tepat kerana boleh dimanipulasi sesiapa sahaja," kata beliau pada sidang media di sini, hari ini.

PAS GESA NAJIB TIDAK ADAKAN PRU MUSIM HAJI

KUALA LUMPUR - Pas hari ini menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menetapkan tarikh pilihan raya lebih awal dan pada masa yang sama, meminta  Barisan Nasional (BN) tidak mengadakan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) pada musim haji.
Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, sebagai seorang Islam, Najib tidak boleh menafikan hak mengundi kira-kira 30,000 jemaah haji yang bakal menunaikan haji kali ini dan pada masa yang sama menghalang mereka daripada menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.

"Saya meminta Najib tidak berteka teki untuk mengumumkan tarikh pilihan raya dan saya bersetuju dengan kenyataan Nazri semalam berkaitan penetapan tarikh PRU mestilah setiap lima tahun sekali.
"Jika Najib seorang Islam, beliau perlu memutuskan bahawa pilihan raya tidak akan dilaksanakan pada musim haji kerana memberi hak kepada orang yang pergi haji untuk mengundi pada PRU13," kata beliau pada sidang media di ibu pejabat Pas hari ini.

Semalam, Najib berkata, Barisan Nasional (BN) tidak terikat kepada desakan mana-mana parti politik atau pemimpin termasuk pembangkang untuk menetapkan tarikh pilihan raya.
Beliau yang juga Pengerusi BN dan Presiden Umno berkata, mengadakan pilihan raya semasa musim haji juga bukan sesuatu yang baru kerana sejarah menunjukkan ia pernah dilakukan sebelum ini tetapi menegaskan ibadah perlu diutamakan berbanding sebarang urusan lain termasuk pilihan raya.

"Dalam sejarah kita, kita pernah buat pilihan raya masa musim haji. Pilihan raya tahun 1986 kalau tak silap saya. Ada ahli jawatankuasa bahagian saya yang kebetulan hendak dicalon menjadi calon pilihan raya tapi saya tak dapat berhubung dengan dia sebab dia berada di Makkah.

"Bila dia balik, dia terima hakikat bahawa dia tak dapat jadi wakil rakyat sebab kalau dia bertanding, dia menang pada masa itu," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno semalam.

Friday 22 June 2012

MESSI TIDAK HIRAU KRITIKAN RONALDO

Messi tidak hiraukan kritikan Ronaldo
Bintang Barcelona Lionel Messi tidak menghiraukan komen yang dibuat oleh Cristiano Ronaldo dan mendedahkan hasratnya untuk kekal di Barca sepanjang kerjanya.

Selepas Portugal menewaskan Denmark 3-2, Ronaldo menjadi marah dengan kelakuan para penyokong Denmark yang cuba membuatnya bingit dengan menyebut-nyebut nama Messi. Beliau memberikan jawapan yang keras apabila ditanya oleh seorang wartawan, dengan berkata bahawa Messi telah gagal untuk memimpin Argentina kepada kemenangan Copa Amerika tahun lepas.
Messi telah diminta untuk memberika komen tentang perkara itu tetapi beliau hanya memilih untuk memberikan tumpuan kepada musim yang akan datang.

"Saya tidak mempunyai apa-apa komen tentang apa yang dikatakan oleh Cristiano Ronaldo," Messi memberitahu wartawan.
"Kami gembira Tito telah menggantikan Guardiola."
"Kami kenal Tito, cara beliau bekerja adalah sama dengan Guardiola.
"Memang jelas kami sedih Pep telah meninggalkan kami kerana kami tidak sangkakan ia akan berlaku, tetapi dengan Tito, cara kami bermain tidak akan terjejas."
Penyerang itu juga ditanya jika beliau sanggup untuk berpindah ke Real Madrid - seperti mana Luis Figo telah melakukan pada tahun 2000.
Selepas menyertai Barcelona apabila beliau berusia 12 tahun, pemain Argentina itu menegaskan beliau tidak akan mengikut jejak langkah Figo dan ingin kekal di Barcelona sepanjang kerjayanya.
"Saya tidak pernah terfikir untuk menyertai Real Madrid," pemain berusia 24 tahun itu berkata.
"Barcelona adalah rumah saya dan saya mahu kekal di sini sepanjang kerjaya saya.
"Dan saya harap ia benar-benar akan berlaku."

PokDogo Kata:
Ibaratnya seperti Anwar-Najib,masing2 kenal,masing2 tahu tp apabila diminta komen jawap no komen atau komen tanpa sebut nama yg dituju kan?kadang2 dlm bola sepak banyak watak yg "Persis" pelakon Politik dan perilakunya juga sama sebab nak dptkan penalti.RENUNG2KAN DAN SELAMAT BERAMAL..

JALAN DITUTUP SEMENTARA

KUALA LUMPUR - Persimpangan Jalan Hang Kasturi/Jalan Sultan Muhammad ke Bulatan Syed Putra akan ditutup kepada lalu lintas mulai 27 Jun hingga 27 Julai depan.

Menurut Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hari ini, penutupan itu bagi membolehkan kerja pembangunan projek cadangan menaik taraf tiga Hentian Akhir Bandar dan satu Perhentian Bandar untuk Koridor Jalan Syed Putra dijalankan.

Justeru, DBKL dalam kenyataannya, meminta pengguna-pengguna bas perantara RapidKL untuk memeriksa laluan baharu dengan menghubungi talian 03-7885-2585 atau melayari www.myrapid.com.my. -

BERSYUKUR ITU LEBIH BERAT DARI RASA SABAR

Firman Allah SWT di dalam sebuah Hadis Qudsi yang menyebut mengenai sifat syukur, iaitu terjemahannya;

“Kalau Aku uji kamu dengan kesusahan, kamu tidak mahu bersabar, dan kalau Aku uji kamu dengan nikmat, kamu tidak mahu bersyukur, maka nyahlah kamu dari bumi dan langit Allah ini dan pergilah cari Tuhan yang lain.”

Kalau kita perhatikan hidup manusia ini dengan teliti, kita akan dapati bahawa manusia ini sedetik pun tidak terlepas dari diuji. Manusia diuji dengan ujian kesusahan ataupun ujian nikmat yang silih berganti datangnya. Kemudian manusia dituntut supaya bersabar dalam menerima kesusahan serta bersyukur dalam menerima nikmat. Jadi, pada hakikatnya, apa sahaja pergolakan dan perubahan yang berlaku dalam hidup manusia ini, ia hanya mempunyai dua sifat atau dua bentuk. Sama ada ia ujian kesusahan atau ujian nikmat. Atas kedua-dua bentuk ujian ini, hati kita perlu menerimanya dengan betul, iaitu bersabar apabila menerima kesusahan dan bersyukur apabila dikurniakan nikmat.

Di antara kedua-dua tuntutan ini, sekali imbas kita lihat, bersabar itu lebih susah dan lebih berat untuk dipraktikkan.Ini kerana dalam bersabar, hati manusia perlu melalui kesusahan, keresahan, tekanan dan penderitaan. Emosi, fikiran dan ketenangan jiwa terganggu. Kebahagiaan hilang. Bersyukur pula, pada sekali imbas, nampak lebih senang dan mudah kerana hati manusia berada dalam keadaan tenang dan gembira; tidak ada tekanan atau penderitaan.

Apakah ini benar? Adakah bersyukur itu lebih mudah dari bersabar? Kalau benar kenapa tidak ramai orang yang mampu bersyukur? Kenapakah orang-orang yang benar-benar bersyukur itu sedikit sekali bilangannya. Kenapakah Allah ada berfirman di dalam Al Quran:

Maksudnya:
"
“Sedikit sekali dari hamba-hamba-Ku yang bersyukur.” (Surah As-Saba’: 13)"

Bersyukur itu sebenarnya berperingkat-peringkat. Ramai orang, apabila mendapat nikmat, lantas mereka memuji Allah. Mereka ucapkan ‘Alhamdulillah’. Ini bersyukur cara biasa. Ramai yang boleh bersyukur dengan cara ini. Akan tetapi, kalau setakat ucapan sahaja, ia belum lagi dikira bersyukur yang sebenarnya. Kalau setakat ucapan sahaja, tetapi tuntutan tuntutan lain dalam bersyukur itu tidak dilaksanakan, maka ditakuti ucapan ‘Alhamdulillah’ itu hanyalah untuk mempermain- mainkan atau mempersendakan Allah sahaja.

Ramai juga orang, apabila menerima nikmat atau diselamatkan dari bala bencana, lantas mereka memuji Allah dan mengucapkan ‘Alhamdulillah’. Di samping itu hati mereka benar-benar merasakan Allahlah yang telah memberi mereka nikmat itu, atau Allahlah yang telah menjauhkan mereka dari bala bencana tersebut. Mereka diberi pahala kerana merasakan syukur itu di dalam hati mereka. Ini bersyukur peringkat kedua.

Adapun syukur yang sebenar itu ialah syukur yang diucapkan oleh lidah, yang dirasakan atau ditasdikkah di dalam hati, dan yang dilaksanakan dalam perbuatan. Di samping mengucapkan ‘Alhamdulillah’ dan di samping merasakan di hati bahawa Allahlah yang mengurniakan nikmat tersebut, nikmat itu mesti digunakan atau dikorbankan ke jalan Allah. Inilah hakikat kesyukuran yang sebenarnya.

Kalau kita kaya contohnya, kekayaan itu perlu digunakan ke jalan Allah untuk membantu fakir miskin, untuk jihad fisabilillah dan untuk kemaslahatan umat Islam keseluruhannya. Begitulah juga dengan segala bentuk nikmat Allah yang lain. Semuanya perlu dimanfaatkan ke jalan Allah untuk mendapat keredhaan-Nya.
Firman Allah :

Maksudnya:" “Kalau kamu bersyukur atas nikmat-nikmat-Ku, Aku akan tambah lagi nikmat-nikmat-Ku. Tetapi kalau kamu kufur nikmat, ingatlah sesungguhnya siksa-Ku amat pedih.” (Surah Ibrahim: 7)
"
Syukur seperti inilah yang Allah suka dan yang Allah mahu. Dia akan tambah lagi nikmat-Nya, untuk ‘cover’ balik apayang dikorbankan ke jalan Allah itu.

Justeru itu, kita dapati dalam bersyukur itu ada tugas, ada kerja dan ada tanggungjawabnya iaitu kita terpaksa mengguna dan mengorbankan segala nikmat yang Allah kurniakan itu ke jalan Allah. Nikmat Allah itu perlu ditadbir, diurus dan digunakan pada jalan yang betul. Amat mudah bagi manusia lupa diri dan menggunakan nikmat Allah itu kepada jalan yang sia-sia atau lebih berat lagi kepada jalan maksiat. Kalau ini berlaku maka nikmat itu akan bertukar menjadi bala dan mendapat laknat daripada Allah.

Dalam bersabar, kita tidak ada kerja atau tanggungjawab tambahan selain dari menahan perasaan. Tidak ada bahaya menyalahgunakan nikmat kurniaan Tuhan. Apa yang perlu hanyalah menjaga dan mendidik hati supaya dapat menerima ketentuan Allah itu dan berbaik sangka dengan-Nya.

Barulah kita faham kenapa Allah berfirman bahawa sedikit sekali hamba-hamba-Nya yang bersyukur kerana bersyukur itu sendiri bukanlah suatu perkara yang mudah.

Fahamlah kita sekarang, bersyukur itu rupanya lebih berat dari bersabar.

~~~~~~~~~DISAAT SEDIH KITA MULA.~~~~~~~~


Di saat kita gembira, kita lupa akan segala kesedihan yang pernah melanda...
Di saat kita bersedih, kita teringat akan segala kegembiraan yang pernah kita rasai...
Di saat kita bersendirian, kita menginginkan seorang teman buat menemani...
Di saat kita keresahan, kita mengimpikan sebuah ketenangan...

... Ingatlah wahai sahabatku yang tersayang, Allah S.W.T sentiasa ada untukmu..

Apabila kamu bersedih, mengadulah kepada Allah. Sesungguhnya Allah sentiasa mendengar luahan dan doa daripada hambaNya.. 
Apabila kamu gembira, ucaplah syukur kepada Allah. Sesungguhnya Allah kasih kepada hambaNya yang sentiasa bersyukur..
Apabila kamu bersendirian, ada Allah yang boleh menjadi teman. Sesungguhnya Allah sentiasa ada untuk menemanimu.. 
Apabila kamu keresahan, berdampinglah dengan Allah S.W.T, hatimu pasti akan berasa tenang. Sesungguhnya ketenangan itu pasti akan kita rasai jika kita berdamping dengan Allah S.W.T..

Jangan sesekali kamu melupakan Allah, kerana jika kamu melupakan Allah.. Allah juga akan melupakanmu.. Ingatlah bahawa segala kesedihan, kegembiraan, kesunyian, keresahan, kedukaan yang kamu rasai adalah dengan izinNya..

Bersyukurlah di atas segala nikmat yang Allah S.W.T berikan kepadamu.. Sesungguhnya nikmat yang Allah berikan kepada kita amat banyak.. Cuma kita yang tidak sedar dengan nikmat kurniaanNya dan tidak pandai untuk mengucap syukur kepadaNya..

DOA YG MUSTAJAB

Ada segolongan orang yang Allah muliakan. Mereka diberi keistimewaan mustajab doa, yakni doa tidak terhalang untuk sampai kepada Allah, malahan makbul. Siapakah mereka yng Allah beri keistimewaan itu?

1. Doa anak yang soleh yang taat kepada ibubapanya
Allah memberkati anak-anak yang taat kepada ibubapa mereka sehingga doa mereka begitu makbul. Ada seorang mukmin yang hidup pada zaman Rasulullah SAW memiliki ibu yang sangat dijaga dan ditaatinya, sehingga  Rasulullah SAW pernah bersabda " Dia memiliki ibu yang sangat ditaatinya. Jika dia berdoa, pasti Allah SWT akan memakbulkan" (HR Muslim). Beliau yang dimaksudkan ialah Uwais bin Amir.

Sesungguhnya melihat wajah ibubapa sahaja sudah mendapat pahala, inikan pula mentaati dan menjaga keperluan mereka. Subhaanallah. Barakallahuala walidaina.

2. Doa ibubapa kepada anak-anaknya
Allah memuliakan ibubapa dengan mengurniakan doa yang mustajab ketika mereka berdoa untuk anak-anak mereka. Jangan lupa untuk sentiasa berdoa untuk anak-anak kita. Mohonlah supaya anak menjadi anak yang soleh, bertakwa dan bijaksana.

3. Doa orang yang berpuasa hingga berbuka
"Tiga golongan yang doa mereka tidak ditolak ialah doa seorang yang berpuasa hingga dia berbuka, doa pemimpin yang adil dan doa orang yang dizalimi" (HR At-Tirmizi dan Ibnu Majah)

4. Doa orang yang teraniaya
Tidak ada hijab orang yang teraniaya dengan Allah.

5. Doa seorang sahabat untuk sahabatnya tanpa diketahui oleh sahabatnya
"Tiada seorang muslim pun yang berdoa untuk saudaranya dari belakang, melainkan malaikat berkata kepadanya : Dan bagi kamu apa yang kamu minta untuk saudaramu" (HR Muslim)

6. Doa orang yang sedang musafir
Mustajab doa orang yang bermusafir dengan syarat musafirnya itu bukan atas tujuan melakukan perkara yang maksiat.

7. Doa pemimpin yand adil

POKDOGO:
SEMOGA KITA JUGA TERGOLONG DALAM GOLONGAN INI,SEKADAR BERKONGSI ILMU ALLAH INI UNTUK MANFAAT SEMUA TIADA NIAT UTK RIAK MAHUPUN TAKBUR.

RENUNGAN BUAT DIRI SENDIRI DAN KALIAN SEMUA

Sekadar renungan

Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu,

Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu,

Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu.
Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun... Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya.

********************************************************

Saat itu, hadir syaitan yang terkuat, sementara si hamba dalam kondisi paling lemah. Siapakah yang selamat?

Ya Allah, jadikanlah amal terbaik kami sebagai penutup amal kami. Jadikanlah umur terbaik kami sebagai akhirnya. Dan jadikanlah hari terbaik kami sebagai hari kami menjumpai-Mu.

Sabda Nabi s.a.w ;"...dan sesungguhnya waktu yang paling syaitan dengan manusia adalah disaat kematian (nazak) ","(Riwayat Abu Na'im)" didalam sepotong ayat Mursyal , Nabi s.a.w bersabda dengan membawa maksud ," Saat paling hampir musuh Allah (syaitan) itu dengan manusia ialah dikala terbit rohnya".

QPR MENENTANG KELANTAN DAN Sabah ALL STAR

SEPANG - Kelab bola sepak Queens Park Rangers (QPR) merupakan pasukan ketiga Liga Perdana Inggeris (EPL) yang akan mengadakan perlawanan persahabatan dengan Kelantan dan Sabah bulan depan sebagai sebahagian daripada pra-musim Asia Tour kelab itu.

Ketua Pegawai Eksekutif QPR Philip Beard berkata perlawanan menentang Kelantan akan diadakan di stadium Shah Alam pada 20 Julai manakala dengan pasukan Sabah Allstars di Kota Kinabalu pada 17 Julai.

"Kami akan membawa pemain kesebelasan pertama pada pertemuan itu. Ia satu penghormatan bagi QPR untuk datang dan bermain di Malaysia dan Indonesia bulan depan. Setiap orang di kelab itu sangat teruja mengenai lawatan ini.

"Kami berharap ia akan membolehkan peminat kami di Asia menyaksikan pasukan kami beraksi. Ini merupakan langkah yang besar bagi QPR untuk datang dan bermain di Asia dan kami berharap ini merupakan peluang pertama bagi lebih banyak peluang yang akan datang," katanya kepada pemberita mengenai pengumuman QPR Asia Tour di Akademi Air Asia di sini, hari ini.

Turut hadir Ketua Komersial Kumpulan Air Asia Kathleen Tan, Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) Tan Sri Annuar Musa dan ketua jurulatih Kelantan Bojan Hodak. 

QPR atau lebih diknali sebagai 'Hoops' dimiliki oleh ahli perniagaan Malaysia Tan Sri Tony Fernandes.

Semasa Asia Tour, pasukan itu akan berada di tiga bandar raya -  Kota Kinabalu, Kuala Lumpur dan Surabaya ( Indonesia). Pasukan itu dijadual bermain menentang Persebaya FC di Surabaya pada 23 Julai.

Sementara itu, Beard berkata semasa lawatan itu, pasukan itu akan mencuba mencungkil bakat baru di Asia dan percaya pertemuan dengan Kelantan akan menjadi satu perlawanan yang menarik.

"Kami benar-benar mahu mengadakan latihan dengan bakat muda Malaysia. Saya akan meluangkan lebih banyak masa dengan pengerusi kelab Tan Sri Tony Fernandes untuk mencari bakat muda," katanya.  

Sementara itu, Annuar berkata perlawanan bersama QPR adalah persediaan pemanas badan untuk barisan utama Kelantan bagi menghadapi perlawanan Piala AFC menentang kelab dari Iraq, Arbil FC pada 18 Sept di negara itu dan 25 September di Kelantan.

"Satu penghormatan buat Kelantan apabila berpeluang bermain dengan pemain peringkat tinggi. Ini adalah persiapan untuk mereka (pemain).  Mungkin membantu mereka supaya tidak berasa rendah diri ketika di padang," katanya.

Baru-baru ini dua kelab EPL - Arsenal dan Manchester City - memasukkan Malaysia dalam Asia Tour mereka. Arsenal dan juara EPL Manchester City akan mengadakan perlawanan
persahabatan dengan skuad senior Malaysia yang dilatih Datuk K.Rajagobal.

Arsenal akan bermain pada 24 Julai manakala Manchester City pada 30 Julai dan kedua-dua perlawanan itu akan berlangsung di stadium Shah Alam. -

VATERAN TENTERA DAKWA TERIMA UGUTAN

Persatuan Veteran Tentera Melayu menangguhkan rancangannya untuk berdemonstrasi di hadapan Kementerian Pertahanan pada 29 Jun ini, kata presidennya Mohd Ali Baharom.

Menurut Ali, penangguhan itu dilakukan kerana Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi tidak berada di pejabat Kementerian Pertahanan (Mindef) pada tarikh tersebut.

"Kami dapat risikan Datuk Seri Zahid Hamidi tiada di Mindef pada tarikh itu. Dia ingin lari ke kem komando Mersing untuk rehat selama dua hari," katanya.

Pada masa yang sama juga, Ali mendakwa ahli keluarga terdekat Zahid Hamidi juga menghubunginya dan memberikan amaran kepadanya berhubung perhimpunan tersebut.

Beliau mendakwa, ahli keluarga menteri itu berkata "orang-orang" Zahid Hamidi akan bertemunya di depan Mindef jika demonstrasi itu diteruskan.

Ali kemudian menunjukkan satu kiriman sistem pesanan ringkas (SMS) di telefon bimbitnya yang berbunyi: "Perlu diingat Datuk Seri Zahid Hamidi bukan sendirian dan (dia) bermaruah. Saya tak fikir orang-orang akan berdiam diri dan senang-senang nak buat kacau bilau depan Mindef".

Kiriman SMS dan panggilan Media ke nombor pengirim berkenaan sehingga kini masih tidak dijawab dan tidak dibalas. 

Pada masa sama, Ali berkata SMS itu tidak sedikit pun menggentarkan semangat PVTM untuk terus berdemo dan menuntut pembelaan buat veteran tentera.

"Kalau saya tiup wisel, beribu-ribu (ahli PVTM) akan turun ke Mindef. Saya tak ambil 'pot' pun dengan SMS itu," katanya dengan nada tegas dan yakin pada sidang media petang tadi.  

Beliau bagaimana pun tetap menggesa Zahid mengambil berat akan kebajikan veteran tentera terutamanya mereka yang bersara tanpa pencen.

Beliau menggariskan 11 tuntutan veteran tentera dan di antaranya adalah pemberian saguhati tahunan kepada mereka yang tidak berpencen.

Ali menggesa Jabatan Hal Ehwal Veteran Tentera (JHEV) supaya mengagihkan dana rayuan Hari Pahlawan kepada presiden-presiden kelab tentera secara adil dalam program khas.

Selepas membacakan tuntutan-tuntutan itu, beliau memberikan Zahid tempoh 136 jam untuk berdialog dengan PVTM.

Jika gagal berbuat demikian, PVTM akan menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk memecat Zahid.

"Kita ramai-ramai akan turun Mindef (minta Najib) pecat Zahid Hamidi sebagai Menteri Pertahanan," katanya.
  *

NAJIB PERTAHAN PRU MUSIM HAJI

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mempertahankan langkah mengadakan pilihan raya ketika musim haji dengan alasan, perkara seperti itu pernah dijalankan sebelum ini.

Katanya pilihan raya ketika musim haji itu pernah diadakan ketika Tun Hussein Onn menjadi perdana menteri pada 1980-an.

Dalam pada itu beliau turut mengambil peluang untuk menyindir timbalan presiden PAS Mohamad Sabu yang memintanya bertanggungjawab sekiranya pilihan raya umum diadakan pada waktu itu.

"Dia lebih pada Tuhan tentukan soal dosa dan pahala. Sebab kita tak sekat sesiapa nak pergi haji. Dia (orang nak pergi haji) pergi haji, pergilah.

"Dan itu mesti diutamakan bukan soal apa-apa urusan lain termasuk pilihan raya. Kalau dah buat ketetapan nak tunai haji, kita mesti teruskan," kata Najib.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno petang ini.

SOKONG FAEKAH,SU PRO RAKYAT DIPECAT

Kehangatan isu penolakan dalaman PKR terhadap Faekah Husin menjadi semakin meruap apabila seorang daripada tiga ahli NGO Pro-Rakyat yang menyatakan sokongan kepada setiausaha politik menteri besar Selangor itu semalam dipecat, daripada NGO itu.

Mohd Naquib Carmeil memberitahu beliau diminta meletak jawatan atau dipecat sebagai setiausaha agung Pertubuhan Kemajuan dan Kebajikan Rakyat Selangor (Pro-Rakyat) oleh presidennya, Khairul Anuar Othman hari ini.

"Saya diarah meletak jawatan atau dipecat sebagai setiausaha Pro-Rakyat berkuat kuasa hari ini. 

"Pemecatan dibuat presiden atas alasan 'tidak mematuhi arahan'," kata Naquib tanpa mengulas lanjut 'arahan' yang dimaksudkan.

Turut bersama Naquib mengadakan sidang media menyatakan sokongan kepada Faekah semalam adalah exco Pro-Rakyat, Abdul Halim Abdullah dan ketua penerangan, Ahmad Tarmizi Sulaiman.

Bagaimanapun, Ahmad Tarmizi memaklumkan beliau masih kekal sebagai ketua penerangan dan tidak menerima sebarang arahan untuk meletak jawatan atau dipecat seperti Naquib.

Abdul Halim pula masih tidak memberikan sebarang maklium balas sewaktu berita ini ditulis.

Pro-Rakyat adalah satu NGO  yang rapat dengan PKR dan mula terlibat dalam kegiatan politik tanahair apabila menganjurkan himpunan pra-Bersih pada 21 April lalu di Stadium Shah Alam.
 

NIK AZIZ: ADA PIHAK MAHU LAGAKAN ULAMAK

KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, ulama yang dilahirkan di negara ini mempunyai kekuatan tersendiri dan bukan hanya terhad kepada mereka di tanah Arab.

Nik Aziz berkata, kebanyakan ilmuwan agama yang ada di negara ini dilahirkan dari Universiti Al-Azhar, Mesir yang menjadi tempat tumpuan umat Islam melanjutkan pengajian tinggi.

Bagaimanapun Nik Aziz berkata, komen negatif yang membabitkan ulama universiti  Al-Azhar terhadap Pakatan Rakyat dilakukan oleh pihak tertentu bagi memecahkan hubungan yang tersedia terjalin sebelum ini.

“Ada pihak nak melagakan, antara Tok Guru dan kami mereka kena juga tahu bahawa Sheikh Azhar ilmunya al-Quran dan Hadis. Kami juga (memperoleh) ilmu al-Quran dan Hadis juga,”katabeliau selepas kuliahmingguan di Dataran Ilmu di sini , hari ini.

Beliau mengulas mengenai kenyataan bekas Timbalan Syeikhul Universiti Al-Azhar,Syeikh Mahmoud Abdel Ghany Mahmoud Ashourmat baru-baru ini bahawa umat Islam wajib menunaikan ibadat haji dan perlu mengutamakan Rukun Islam kelima itu jika berkemampuan.

SURAT SOKONGAN FAEKAH MUNCUL

Kiriman surat di antara setiausaha politik menteri besar Selangor Faekah Husin, sebuah firma guaman dan satu syarikat berkaitan kerajaan negeri (GLC) menjadi buah mulut di kalangan kumpulan anti-Faekah dalam PKR negeri.

Dua pucuk surat yang diterbitkan di satu blog yang kuat mengkritik PKR dan kerajaan Selangor, sel13.com, mungkin memberi publisiti buruk kepada Faekah.

ulasan di sel13.com itu turut dikaitkan dengan akaun Twitter@pecatfaekah – tunjang utama dalam kempen dalam talian untuk memburuk-burukkan Faekah – serta blog Umno, parpukari.blogspot.com. 

Tulisan berkenaan menunjukkan Faekah pada 10 Ogos 2011 menulis kepada seorang pengarah GLC Selangor untuk mengesyorkan supaya satu firma guaman dilantik ke panel guaman GLC terbabit.

Surat berkenaan dikeluarkan dengan menggunakan kepala surat pejabat MB Selangor.

"Pentadbiran ini juga berpandangan peluang harus diberikan selagi ia tidak menyalahi mana-mana peraturan syarikat," kata Faekah dalam surat yang turut disalin kepada firma berkenaan.

Kami akan mendedahkan nama firma dan GLC berkenaan apabila mendapat reaksi daripada pihak terbabit.
Surat didakwa ditulis oleh Faekah itu kelihatan seperti satu susulan kepada suratnya dengan firma berkenaan, bertarikh 27 Jun 2011.
Surat daripada firma berkenaan memohon pertimbangan Faekah supaya dilantik ke lembaga panel GLC Selangor.

"Kami amat berharap agar pihak puan dapatlah mempertimbangkan permohonan kami ini dan nescaya sekiranya kami diberi peluang, perkhidmatan yang kami berikan adalah yang terbaik dari pihak kami dan tidak akan mengecewakan pihak puan," tulis rakan kongsi dalam firma guaman tersebut.

Surat berkenaan, yang ditanda sebagai dokumen sulit, diserahkan dengan tangan kepada pejabat MB Selangor dan diterima pada keesokan harinya.

Faekah: Tanya firma dan GLC

Kami  menghubungi firma guaman terbabit melalui emel dan telefon, namun rakan kongsi yang menulis kepada Faekah itu namun masih belum mendapatkan komennya.

Individu yang bertanggungjawa ke atas jabatan guaman GLC juga sedang bercuti dan hanya akan kembali bekerja pada Isnin.

ngo pro selangor government rally 230111 faekahSetakat ini masih belum dapat dipastikan sama ada firma guaman berkenaan sememangnya dilantik ke panel guaman tersebut, hasil daripada surat yang didakwa.

Dalam reaksinya kepada Media, Faekah dalam satu kiriman SMS berkata "Saya fikir anda patut mendapatkan maklumat – terperinci daripada (GLC terbabit) dan firma berkenaan."

“Berapa banyak projek (diberikan) kepada firma tersebut hasil daripada surat yang dikatakan itu," soalnya kembali.

Beliau bagaimanapun mengakui bahawa firma guaman tersebut adalah milik anak saudaranya dan beliau telah menghantar surat berkenaan.

"Selain surat tersebut, saya turut menandatangani beberapa surat lain... daripada pelbagai firma guaman lain yang meminta perkara sama," katanya yang menegaskan bahawa GLC terbabit akan dapat menjelaskannya.

"Surat berkenaan menunjukkan ketelusan yang diamalkan oleh pentadbiran kami."

MANIFESTO AKAN DIRAKAM SEBELUM SIAR

KUALA LUMPUR - Parti politik yang ingin membentangkan manifesto pilihan raya masing-masing menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM) hanya dibenarkan berbuat demikian secara rakaman dan bukannya secara langsung.
   
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Yusof berkata, ketetapan itu dibuat bagi mengelakkan penyiaran bahan yang mungkin menyentuh peribadi seseorang, mengancam keselamatan dan ketenteraman awam atau menyentuh sensitiviti kaum serta agama.
   
"Kalau buat secara langsung, RTM mungkin tak boleh kawal apa dia nak cakap nanti," katanya kepada Bernama dan RTM selepas menjadi tetamu dalam program Terus Terang di stesen radio Nasionalfm di sini hari ini.
   
Abdul Aziz berkata, penyiaran sesuatu bahan tertakluk kepada penyuntingan dan merupakan peraturan biasa yang bukan sahaja terpakai kepada parti politik tetapi juga orang ramai.
   
"Saya harap parti politik tidak mempolitikkan syarat ini, sebaliknya gunakan peluang yang diberi untuk menyuarakan manifesto, dasar, perjuangan atau program parti masing-masing," katanya.
   
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim pada 7 Jun lepas berkata, parti politik kini dibenarkan membentangkan manifesto pilihan raya masing-masing menerusi RTM setelah kertas Kabinet mengenainya diluluskan Jemaah Menteri.
   
Akses media yang bebas dan adil adalah antara 22 saranan yang dibuat oleh Jawatankuasa Pilihan Parlimen yang diserahkan kepada SPR selepas mereka meluluskan tanpa bahas di Dewan Rakyat pada 3 April.
   
Abdul Aziz berkata Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) hanya akan membenarkan parti politik menyiarkan manifesto mereka menerusi RTM jika mendapat kelulusan daripada SPR.
   
Beliau berkata ini bagi memastikan hanya parti politik yang berdaftar dan bertanding sahaja layak mendapat keistimewaan tersebut.
   
Mengenai waktu siaran, Abdul Aziz berkata perkara itu akan ditentukan oleh RTM dengan mengambil kira nilai berita selain memberi jaminan semua parti yang bertanding akan mendapat jumlah waktu siaran yang sama.
 
"Kalau siar pukul 3 pagi siapa nak tengok? Kalau adapun mungkin tak ramai. Penyiaran pada waktu perdana akan dipertimbangkan dan SPR dengan KPKK akan perkemaskan perkara ini," jelasnya.
   
Beliau berkata setiap parti diberi peluang untuk menyiarkan bahan mereka di TV1 dengan menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa wajib, manakala penyiaran dalam bahasa lain boleh dibuat menerusi stesen radio. -

Pokdogo kata:

Nampak sgt tidak iklasnya kerajaan dalam mendepani kebangkitan gerakan rakyat hari ini,manifesto pon nak rakam hayoooooooooooooooo kalavaley!

"KAJOL" AKAN INSAF

KOTA BHARU - “Saya akan cuba insaf.” Demikian kata penyanyi dikir barat moden terkenal, ‘Kajol’ atau nama sebenarnya, Mohd Hafiz Jeffri, 26, selepas Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam menerima rayuan berhubung sabitan hukuman penjara sebulan oleh Mahkamah Rendah Syariah, Tanah Merah, tahun lalu.

Hakim Syarie, Abu Bakar Abdullah Kutty dalam penghakimannya bagaimanapun menggantung pelaksanaan hukuman penjara itu selama setahun dengan syarat Kajol berkelakuan sopan dalam tempoh berkenaan.

“Mahkamah menggantung hukuman penjara yang dikenakan terhadap perayu dan perlu memastikan tidak ada kesalahan sama berbangkit dalam tempoh itu. Jika perayu gagal, maka hukuman akan terlaksana,” katanya.

Pada prosiding semalam, Kajol yang diwakili Peguam Syarie, Mohd Zaki Zainal Abidin, hadir berkopiah putih bersama keluarga manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Ketua Pendakwa Syarie negeri, Norhasni Ridhwan Hassan.

Ketika ditemui diluar mahkamah, Kajol berkata, dia berpuas hati dengan keputusan itu dan berkata akan cuba berubah serta mengurangkan aktiviti persembahan dikir barat.

“Saya akan cuba insaf secara perlahan-lahan, kalau hendak secara mendadak saya tidak pasti tetapi perkara yang berlaku ini mungkin akan memberi pengajaran kepada saya,” katanya.

Terdahulu, pada 21 Jun 2011, Mahkamah Rendah Syariah, Tanah Merah menjatuhkan hukuman penjara sebulan dan denda RM1,000 atau lima bulan penjara jika gagal membayar denda terhadap Kajol selepas mengaku salah terhadap tuduhan berperwatakan seperti wanita dan berpakaian tidak senonoh di khalayak ramai di tapak ekspo, 15 April tahun sama.

Dia yang menjelaskan denda tersebut, kemudiannya mengemukakan rayuan supaya hukuman penjara itu diketepikan.

Kajol yang juga Orang Asli suku Temiar dari Rancangan Penyusunan Semula (RPS) Orang Asli, Kuala Betis, Gua Musang itu, sebelum ini menimbulkan kontroversi apabila perbuatannya yang tampil berperwatakan lembut dikritik ramai pihak.

POKDOGO KATA:
SEJAK KECIL TGK PERSEMBAHAN DIKIR BARAT DI MERATA TEMPAT DI NEGERI KELANTAN SUATU KETIKA DULU.

PRO RAKYAT BELA FAEKAH

SHAH ALAM – Tiga individu daripada sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dinamakan Pertubuhan Kemajuan dan Kebajikan Rakyat (Pro-Rakyat) semalam, tampil menggesa ahli Pakatan Rakyat (PR) menghentikan spekulasi berhubung isu desakan memecat Faekah Husin daripada jawatan Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor.

Setiausaha Agungnya, Mohd Naquib Carmeil berkata, beliau menyokong sepenuhnya Faekah yang memegang jawatan tersebut dan menolak sebarang usaha untuk menjatuhkannya.

Katanya, beliau difahamkan kempen mendesak Faekah dipecat adalah gerakan pihak tertentu yang mempunyai kepentingan tertentu dan tidak menolak kemungkinan ia didalangi ahli parti PKR sendiri.

“Kami menolak sekeraskerasnya sebarang usaha untuk menyingkirkan Faekah kerana dia adalah seorang yang berdedikasi dan tegas dalam menjalankan tugasnya.

“Kami menyokong sepenuhnya Faekah dan ia (kempen pecat Faekah) mungkin berpunca daripada tindakan pihak-pihak tertentu yang tidak berpuas hati dengannya,” katanya yang menjelaskan kenyataannya pada sidang media di kafetaria bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri, di sini, semalam.

Turut hadir pada sidang media tersebut adalah Ketua Penerangan Pro-Rakyat, Ahmad Tarmizi Sulaiman dan ahli Exco, Abdul Halim Abdullah.

Mohd Naquib berkata, Faekah layak memegang jawatan tersebut dan percaya dia tidak pernah melangkaui Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim walaupun kerap mengeluarkan kenyataan berhubung sesuatu isu.

Menurutnya, kenyataan dibuat Faekah membuktikan beliau individu berani.

“Jadi kami minta semua pihak untuk menghentikan spekulasi berhubung isu ini.

“Mungkin ada komplot pihak-pihak tertentu sama ada dari dalam atau pun musuhnya yang tidak berpuas hati dengannya,” katanya.

Semalam, beberapa media melaporkan kontroversi gerakan menjatuhkan Faekah bermula di Twitter #kamisayangpkr dan #pecatfaekah kini semakin hangat diperkatakan.

Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali, enggan mengulas dakwaan beliau mempunyai kaitan dengan gerakan itu.

TEMPOH KEMPEN PRU13 LEBIH 11 HARI

KUALA LUMPUR - Tempoh berkempen pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kemungkinan melebihi 11 hari atas permintaan pelbagai pihak, termasuk parti politik.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, tempoh tersebut dirasakan sesuai walaupun terdapat tuntutan daripada pihak tertentu yang mahu kempen pada PRU-13 dijalankan selama tidak kurang 21 hari.

"Ada juga permintaan supaya tempoh kempen tidak terlalu panjang kerana pada mereka kempen di Malaysia sangat meletihkan bukan sahaja kepada calon tetapi juga kepada petugas media kerana perlu bertugas 'around the clock'," katanya kepada media dan RTM selepas menjadi tetamu dalam program Terus Terang di stesen radio Nasionalfm di sini hari ini.

Abdul Aziz bagaimanapun berkata SPR akan meneliti perkara itu dengan mengambil kira pelbagai aspek, termasuk kos pengendalian yang mungkin tinggi jika kempen dibuat dalam tempoh yang panjang.

Thursday 21 June 2012

RUPANYA KESEDIHAN MAMPU MEMBAWA KITA KEPADA ALLAH

SAYA BUKAN SUPERMAN: RAFIZI

SHAH ALAM - Sambil menafikan tindakannya meletakkan jawatan Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor bukan bermakna wujud masalah dengan kepimpinan PKR, Rafizi Ramli menyifatkan dirinya "bukan Superman."

Sehubungan itu, Pengarah Strategi PKR ini berkata, beliau mahu memberi tumpuan ke atas kerja-kerja menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibahim merupakan Penasihat Ekonomi Selangor.

Katanya, beliau tidak berbalah dengan Anwar atau Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

"Kerja saya semakin hari semakin bertambah. Saya bukan 'Superman'. Tidak boleh melakukan dua tiga perkara dalam satu masa.

"Saya boleh melihat beban dan tanggungjawab semakin meningkat, dan akan meningkat dalam  beberapa minggu akan datang," kata beliau ketika dihubungi Sinar Harian Online.

Rafizi juga menegaskan jawatan-jawatan lain dalam parti kekal dan meneruskan tanggungjawab yang diberikan.

"Kepada yang ragu-ragu, saya akan lompat parti, saya berjanji akan bersunat sekali lagi kalau lompat parti. Patut semua wakil rakyat kena janji macam ini," katanya menerusi satu mesej Twitter tengah malam tadi.

Rafizi menghantar surat meletakkan jawatan Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor semalam.

"Saya menghantar notis hari ini (semalam)," kata Rafizi, yang mengumumkan keputusan itu menerusi mesej Twitter petang semalam.

Dalam mesej Twitternya semalam, beliau berkata,"letak jawatan proses biasa."

"Perlu sedikit rehat, letih buat dua kerja di kerajaan negeri dan parti. Ramadan dah dekat, tumpu ibadah.

"Saya tidak pernah tugas (berkhidmat) lebih dari dua tahun pada satu-satu jawatan. Yang ini dah melebihi dua tahun, masanya untuk terus bergerak. Tidak ada kaitan politik dengan itu," kata pemimpin muda ini.

Ketika dihubungi malam tadi, Rafizi yang menyandang jawatan itu sejak dua tahun lalu berkata: "Saya sebenarnya telah memutuskan untuk melepaskan jawatan ini akhir tahun lalu."

"Tetapi oleh kerana tarikh PRU13 tidak menentu, saya meneruskan khidmat saya.

"Sekarang kita sudah boleh agak bila PRU13. Saya rasa ini adalah masa yang sesuai, jadi, saya beri notis satu bulan. Cuma ia diumumkan secara kebetulan ketika cetus isu berkaitan Faekah (Husin, Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor," katanya.

"Cuma secara kebetulan masanya tidak kena, itu saja. Bagi saya ini tiada kaitan, letak jawatan perkara biasa," kata beliau lagi.

Rafizi dijangka bertanding kerusi Parlimen pada PRU13.

Kami difahamkan beliau akan mencuba nasib di kawasan Pandan, yang kini disandang oleh bekas Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat.

Wednesday 20 June 2012

WANITA PERTAMA LAHIR BAYI TABUNG UJI MENINGGAL DUNIA

BRISTOL - Wanita pertama yang melahirkan bayi menerusi kaedah tabung uji (IVF), Lesley Brown meninggal dunia pada 6 Jun lalu.

Lesley berusia 64 tahun.

Dia mencipta sejarah pada 25 Julai 1978 apabila anak perempuannya, Louise lahir di Hospital Besar Oldham.

Lesley, dari Whitchurch, Bristol, mengambil bahagian dalam prosedur ujian IVF yang dikendalikan oleh Profesor Bob Edwards dan Dr Patrick Steptoe di Cambridge.

Sejak itu, lebih tiga juta bayi telah dilahirkan menggunakan teknik yang sama.

MURAD MUNGKIN DIUGUT

KUALA LUMPUR - Pakatan Rakyat (PR) mendakwa bekas Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia, Datuk Abdul Murad Khalid menerima ugutan berhubung pendedahan akaun sejumlah RM3 bilion melibatkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
 
Ahli Parlimen Machang, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, Abdul Murad dipercayai didatangi pihak tertentu dan memberi arahan agar tidak membuat penafian berhubung kenyataan beliau terhadap Anwar.
 
“Kita mendapat maklumat bahawa beliau didatangi oleh pihak tertentu, yang melakukan ugutan, malah kami tahu siapa pegawai terbabit yang berbuat sedemikian.
 
“Abdul Murad telah didesak agar tidak membuat penafian, kita tahu beliau diugut,” kata beliau yang juga Setiausaha Agung PKR pada sesi perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan, semalam.
 
Sebelum ini, Abdul Murad telah mengedarkan akuan berkanun itu pada Oktober 1999 yang antara lain mendedahkan pemilikan kira-kira 20 akaun induk melibatkan Anwar bernilai lebih RM3 bilion.
 
Dalam perkembangan sama, bekas Pengarah Siasatan BPR, Abdul Razak Idris pernah membuat akuan bersumpah bagi membuktikan bahawa siasatan telah dijalankan dan ditutup kerana tiada kes.
 
Sementara itu, Anwar dalam sidang media di lobi Parlimen berkata, beliau menggesa mana-mana pihak untuk membuat siasatan sekiranya ada bukti baru mengenai dakwaan Abdul Murad itu.
 
Anwar sekali lagi mengulangi pelawaannya agar pihak berkuasa tampil membuat siasatan semula jika wujudnya bukti-bukti baru membabitkan dakwaan tersebut.
 
“Saya sedia disiasat dan akan berikan kerjasama dalam kes ini, tetapi apa yang saya lihat apa yang dilakukan oleh kerajaan ia merupakan kes kitar semula.
 
“Ini semua tuduhan yang tidak berasas, saya juga mencabar mereka untuk membuktikan saya mempunyai akaun di bank seperti yang didakwa,” katanya.

Tabung Haji akan muktamad beli hartanah London

Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) di jangka memuktamadkan rundingan bagi pembelian hartanah di kotaraya London September ini.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji Datuk Ismee Ismail berkata hartanah yang akan dibeli itu sudah pun dikenal pasti melalui tinjauan yang dijalankan sebuah pasukan khasnya sejak 2008.

"Hartanah di UK sememangnya sudah lama berada dalam perhatian kami. Namun kami amat berhati-hati dalam membuat pembelian kerana setiap aset yang dibeli Tabung Haji mesti mematuhi syariah...justeru kami sedikit perlahan berbanding agensi pelaburan lain.

"Hartanah yang akan dibelinya itu kini dihuni oleh barisan penyewa yang menjalankan aktiviti perniagaan yang tidak bertentangan dengan syarak," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menerima Pensijilan ISO daripada DQS dan SIRIM QAS International Sdn Bhd bagi Pengurusan Sistem Keselamatan Maklumat (ISMS) dan bagi Pengurusan Perkhidmatan dan Operasi Haji di Malaysia dan Arab Saudi.

Pensijilan itu disampaikan kepada Ismee oleh Pengarah Urusan Kumpulan DQS Michael Drechsel dan Pengarah Urusan SIRIM QAS Khalidah Mistafa.

Mengenai usaha mengembangkan skop pelaburan Tabung Haji ke UK dengan membeli hartanah di London, beliau berkata ini adalah untuk merebut peluang dalam bidang yang menjanjikan pulangan lumayan dan pendapatan tetap, sekali gus mampu memberikan kadar pulangan masa depan yang baik serta konsisten kepada pendeposit.

Tabung Haji kini memiliki 6.9 juta pendeposit dengan jumlah deposit setakat tahun lalu sebanyak RM31.7 bilion.

Mengenai penganugerahan sijil ISO bagi ISMS, Ismee berkata ini merupakan usaha berterusan Tabung Haji untuk menjaga kepentingan pendeposit dan nilai perkhidmatan yang diberikan kepada mereka melalui sistem keselamatan maklumat yang terbaik.

"Tabung Haji beroperasi sebagai sebuah institusi kewangan (bank) dan disebabkan itu kita turut memberi penekanan terhadap keselamatan maklumat data pendeposit...ini merupakan kejayaan besar dan menunjukkan keselamatan IT TH setanding IT infrastuktur yang ada di institusi kewangan lain," katanya.

Mengenai Pensijilan ISO bagi Pengurusan Perkhidmatan dan Operasi Haji di Malaysia dan Arab Saudi, beliau berkata ia merupakan pensijilan semula terhadap ISO yang dilaksanakan sejak 1997 dan sebagai platfom kepada Tabung Haji dalam melaksanakan penambahbaikan berterusan kepada pengurusan dan operasi haji serta kebajikan jemaah haji Malaysia.

Kenapa orang muda sinikal pada politik


Ramai menisbahkan sikap orang muda yang melengahkan atau tidak mahu mendaftar sebagai pemilih sebagai petunjuk kurangnya kesedaran politik. Maka, ada cadangan mewajibkan pendaftaran automatik bagi sesiapa yang telah mencecah usia 21 tahun (iaitu usia layak mengundi di Malaysia). 

Justifikasinya kerana ia hak rakyat bagi memilih kerajaan yang dimahukan. Jika tidak, jangan mengkritik jika kerajaan yang terpilih itu tidak cocok dengan kemahuan sendiri. 

Malah, mengundi sebagai cara memilih kerajaan satu ciri khusus demokrasi. Ini ada benarnya.

Meskipun percaya bahawa penting untuk mendaftar sebagai pemilih dan turun mengundi, saya tidak bersetuju bahawa kita tidak perlu mewajibkan pendaftaran sebagai pemilih. 

Saya percaya kebebasan perlu diberikan kepada mereka yang layak - sama ada untuk berdaftar sebagai pemilih atau tidak. Kadangkala, tidak mengundi juga satu sikap politik.

Bagi sesetengah pihak, mengundi tidak penting. Untuk mereka, siapa pun membentuk kerajaan mestilah mengamalkan prinsip luhur demokrasi. Pilihan raya hanyalah satu bentuk khusus tetapi bukan segala-galanya dalam demokrasi. 

Mereka ini tidak mahu menghadkan amalan demokrasi hanya kepada pilihan raya yang dijalankan antara 4 hingga 5 tahun sekali. Apa yang lebih penting bagi mereka amalan demokrasi antara satu pilihan raya ke pilihan raya yang kemudian.

Jangan salah faham. Saya tidak bermaksud menggalakkan orang ramai untuk tidak mengundi. Saya sendiri telah menggunakan hak sebagai pemilih sebanyak dua kali.

Saya berbeza pandangan kerana mahu mengajak isu ini dibincangkan dengan lebih luas berbanding mematikannya dengan kesimpulan cetek bahawa ramai orang muda tidak mempunyai kesedaran politik. 

Penyertaan tanpa parti, pilihan raya

Di luar sana ramai kenalan saya mempunyai kesedaran politik yang tinggi tetapi tidak melihat pilihan raya sebagai sesuatu yang utama. 

Mereka percaya perubahan dalam masyarakat masih boleh dilakukan tanpa terlibat dengan parti politik atau membuang undi.
Berdasarkan pemerhatian, saya fikir kecenderungan orang muda bersikap sinikal terhadap politik sesuatu yang lumrah. Ramai orang muda melihat politik dengan penuh rasa tidak percaya. 

Ini kerana ada orang politik yang ucapannya berdegar-degar tentang perjuangan agama, bangsa dan negara, membela orang miskin dan memerlukan serta membentuk pentadbiran yang bersih dan cekap; tetapi yang dilakukan adalah sebaliknya.
Ini tidak bermaksud semua orang muda menolak politik. Fakta bahawa hampir 50 peratus pengundi terdiri daripada pengundi muda cukup untuk menunjukkan bagaimana ia memberi kesan kepada corak pengundian. 

Selain itu, kita tahu ramai orang muda yang berpendidikan tinggi dan berbakat berada dalam parti politik. 

Malah ramai bekas pimpinan pelajar di universiti dan pimpinan belia kini menjadi wakil rakyat, mewakili parti berbeza dalam kerajaan dan sebaliknya.
Sebahagian usaha mereka membawa citra politik baru dapat dirasai, meskipun terpaksa berdepan dengan kumpulan pemimpin status quoyang tidak punya idealisme, intelektualisme dan aktivisme.
Selain itu, ada juga orang muda yang dipancing mendekati politik dengan cara yang salah. Mereka ditaburkan habuan perniagaan atau kemudahan bantuan untuk menggerakkan organisasi belia yang diikuti. 

Pendapat ‘politik itu kotor'


Ada yang hanya diperlukan untuk memenuhi majlis atau dibayar upah melakukan tugas-tugas tertentu yang remeh. Malah ada yang diasuh menjadi besar kepala dan samseng hanya kerana merasa dilindungi oleh pihak tertentu.

Secara ringkasnya, orang muda, bahkan rakyat seluruhnya lebih banyak diberikan gambaran negatif tentang politik. Maka, tidak hairanlah kita sering mendengar pendapat ‘politik itu kotor'.

Ada beberapa perkara yang perlu diperbaiki untuk menjernihkan pandangan ramai, khususnya orang muda terhadap politik.

Pertama, demokrasi sebuah sistem yang dibentuk atas asas kepercayaan bahawa manusia mempunyai pandangan berbeza dan hak untuk berpandangan demikian.

Justeru, sokongan undi kepada mana-mana pihak adalah lumrah. Kalah menang perkara biasa.

Kenyataan pertama ini menuntut politik yang lebih berhemah. Memberi gambaran akan berlaku kekacauan jika satu pihak menang melalui pilihan teramai adalah sikap yang membelakangi sistem demokrasi. 

Dalam sejarah, hanya diktator sahaja yang tidak sanggup tewas. Di banyak negara maju sering berlaku peralihan kuasa dan tidak ada kekacauan yang timbul.

Perhimpunan aman antara hak kebebasan yang dijamin dan diselenggara dengan baik, meskipun diakui ada beberapa kes provokasi yang tidak sepatutnya berlaku.

Hakikat yang perlu kita sedar ialah jumlah pemilih di Malaysia kini sekitar 12 juta orang. Angka ini tidak sampai separuh jumlah penduduk di Malaysia yang seramai 28 juta orang. 

Tiada akses media seimbang
Berdasarkan keputusan pilihan raya umum ke-12 pada tahun 2008, BN yang memerintah kerajaan persekutuan kini mendapat 51.4 peratus undi popular dan selebihnya pergi kepada parti lawan. 

Dalam pengertian lain, baik BN atau lawannya hanya diundi tidak sampai satu perempat rakyat Malaysia.

Lanjutan daripada perkara pertama, akses kepada media. Kenyataan bahawa akses seimbang akan diberikan dalam kempen pilihan raya akan datang menimbulkan pertanyaan sama ada selama ini akses yang diberikan tidak seimbang? 

Saya yakin jika ditanyakan secara objektif kepada orang ramai, akses seimbang ini tidak berlaku. Kita tidak bercakap tentang media yang menjadi organ parti, tetapi media arus perdana. 

Antara langkah yang boleh diambil ialah pemberian lesen kepada parti politik untuk menerbitkan media cetak dan media elektronik sendiri tanpa had edaran dan capaian.

Dengan akses media yang seimbang ini, orang muda dan rakyat secara keseluruhannya berpeluang menikmati perbezaan pandangan.

Kita dapat menilai justifikasi sesuatu dasar dan juga hujahan lawan untuk memastikan ia didebatkan sebelum diluluskan. 

Momokan bahawa masyarakat kita masih mentah dan tidak cukup bersedia dengan perbezaan pandangan bagi saya satu penghinaan. 

Saya gembira kerana akhirnya isu pendidikan percuma yang didebatkan baru-baru ini menampilkan tokoh muda daripada kedua-dua parti. 

Negara lingkup dalam sistem tertutup


Soal setuju atau tidak itu persoalan kedua. Bukankah soal perancangan masa depan itu memerlukan proses jangkaan yang boleh jadi betul atau salah?

Seterusnya orang muda menyampah dengan pelaku politik yang disifatkan sukar didekati, hanya mahu mempergunakan inisiatif orang muda untuk kepentingan politik yang sempit, menganggap orang muda boleh dibeli dengan keistimewaan habuan wang atau kedudukan. 

Ada juga orang muda yang rapat dengan ahli atau parti politik cuba menggayakan cara hidup yang bertentangan dengan idealisme orang muda. 

Mereka cuba menggambarkan kehidupan mewah dan keberhasilan mendapatkan projek tertentu daripada kerajaan kerana menjadi ahli parti politik atau rapat dengan orang politik tertentu. 

Malah, sebahagian orang muda merasakan bakat dalam bidang perniagaan sebahagiannya hanya tewas kerana jaringan politik pesaing mereka.

Ini semua apa yang berlaku dalam realiti. Terpulang kepada kita semua sama ada mahu atau tidak mengakuinya. 

Tidak perlu berusia muda untuk memahami idealisme, intelektualisme dan aktivisme orang muda. 

Kata kuncinya, orang muda mahukan sistem yang terbuka terhadap pelbagai pandangan berbeza, persaingan sihat secara terbuka di kalangan parti politik (berteraskan idea dan bukan serangan peribadi), tokoh yang berani mengambil berpendirian meskipun tidak popular, bijak mengutarakan pandangan meskipun boleh dipatahkan dan tidak cuba menunjukkan parti atau tokoh politik itu segala-galanya, seolah-olah negara akan lingkup apabila mereka tidak ada.

Orang muda lebih percaya negara ini akan lingkup jika mereka terus diasuh tunduk kepada sistem yang tertutup, memandang rendah potensi orang muda dan tidak percaya bahawa naik dan turun kerajaan perkara biasa dalam sistem demokrasi. 

Akhirnya negara ini hasil daripada sumbangan setiap individu, bukan tokoh atau parti politik semata-mata.

AMIN AHMAD, 30, pengurus projek dan operasi di Institut Hal Ehwal Demokrasi dan Ekonomi (Ideas).

KPF tak teruskan lantik Isa Samad dalam AGM

Walaupun dicatat dalam agenda mesyuarat, mesyuarat agung tahunan (AGM) Koperasi Permodalan Felda (KPF) Malaysia Berhad tidak meneruskan pelantikan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad sebagai anggota lembaga pengarahnya.

Keputusan itu dicapai dalam AGM ke-31 koperasi itu di ibu pejabatnya di Kuala Lumpur pagi tadi.

NONEMenurut perwakilan, nama Isa cuba dicalonkan perwakilan sewaktu agenda memilih anggota lembaga berlangsung namun ditolak kerana keahliannya dibekukan mahkamah buat sementara waktu.

Di bawah Undang-undang Kecil fasal 36(1) dan 36(2), Lembaga Felda dikehendaki melantik tiga orang calon dari kalangan ahli koperasi untuk menganggotai Lembaga KPF.

Dalam buku agenda mesyuarat, Isa antara tiga calon yang dinamakan Felda untuk menganggotai Lembaga KPF bagi sesi 2012/2013. Dua lagi nama yang dicalonkan, dilantik dalam mesyuarat hari ini.

NONEKeahlian Isa dibekukan sementara Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam selepas Hakim Abang Iskandar Abang Hashim mendapati terdapat merit untuk membenarkan empat peneroka Felda mencabar keahlian Isa dalam KPF.

Pembekuan keahlian Isa sekaligus menghalang beliau daripada dicalonkan sebagai Anggota Lembaga KPF.

Sekiranya berjaya menganggotai Lembaga KPF, Isa dijangka oleh ramai pihak, akan menjadi pengerusi KPF baru menggantikan pengerusi sekarang, Datuk Dzulkifli Abdul Wahab.

DEBAT SINAR


DEBAT SINAR


DEBAT SINAT SIRI 2


SUBSIDI UTK RAKYAT ATAU KRONI? :ANWAR

Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoalkan sama ada peningkatan subsudi oleh kerajaan persekutuan benar-benar memberi manfaat kepada rakyat atau hanya menguntungkan syarikat kroni.

Ketua pembangkang merujuk kepada peningkatan subsidi bahan api, tol dan gula yang melambung beberapa kali dalam peruntukan tambahan belanjawan.

NONEBercakap dalam sidang media di lobi Parlimen, Anwar membangkitkan pemberian subsidi gula kepada pengeluar, subsidi tol kepada pengendali dan subsidi minyak kepada syarikat besar termasuk, Stesen Janakuasa Bebas (IPP).

Tiada satu daripadanya diperoleh langsung oleh rakyat, hujah Anwar lagi.

Terdahulu dalam Dewan Anwar, Anwar mengecam tindakan mengadakan belanjawan tambahan untuk setiap sesi Parlimen.

KEMENTERIAN TARIK BALIK DATA JENAYAH SELANGOR

Kementerian Dalam Negeri hari ini menarik balik jawapan bertulis di Parlimen kepada Tony Pua (DAP- Petaling Jaya Utara) berhubung kadar jenayah Selangor dengan alasan terdapat kesilapan taip.

NONEPua (kanan) semalam mengadakan sidang media menyatakan perasaan tidak puas hati akibat peningkatan kadar jenayah, berdasarkan jawapan yang diterimanya semalam.

Beliau berkata, data kadar jenayah yang dibekalkan tidak mencukupi dan berlaku peningkatan walaupun pencegahan jenayah dijadikan salah satu daripada tujuh Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bawah Program Tansformasi Kerajaan (GTP) walaupun wujud banyak kawasan kediaman berpagar.

Bagaimanapun, Ketua Setiausaha KDN Datuk Abdul Rahim Mohamad Radzi hari ini mengeluarkan kenyataan bahawa pembetulan kenyataannya semalam sudah dihantar ke Parlimen, yang menunjukkan kejatuhan indeks jenayah di Selangor dan seluruh negara.

"Justeru jawapan yang berdasarkan kepada data terdahulu seperti mana yang diteri oleh YB Petaling Jaya Utara sebelum ini adalah terbatal dan tidak terpakai.

"Ia juga tiada kaitan dengan dakwaan YB Petaling Jaya Utara yang menuduh kegagalan Program Tranformasi Kerajaan," katanya sambil memberitahu surat pembetulan dihantar pada 18 Jun.

LAPORAN KHAS: PR INTAI KAWASAN BERA

BERA - Pakatan Rakyat (PR) berkeyakinan tinggi Parlimen Bera akan jatuh ke tangan mereka dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU- 13) nanti.
Penyelaras PR Parlimen Bera, Mazlan Aliman berkata, jentera PR sudah lama bersedia ‘berperang’ menentang Barisan Nasional (BN) pada bila-bila masa.
Menurutnya, tidak kira bila PRU-13 diadakan, PR yakin akan mendapat majoriti undi dalam kalangan pengundi.
“Bukan saya mahu cakap besar tetapi apa yang diperhatikan pada hari ini, PR semakin diterima rakyat lebih-lebih lagi kerajaan hari ini gagal untuk mendengar suara mereka.
“Sekiranya, BN beranggapan Felda adalah kubu kuat mereka tetapi dakwaan itu sekarang jauh meleset kerana ramai dalam kalangan peneroka dan generasi kedua sudah menyokong PR,” katanya.
Menurut Mazlan, selama empat tahun berada di Parlimen Bera ini, mem-berikannya peluang untuk melihat perkembangan politik BN di sini yang semakin huru-hara.
Katanya, bukan sahaja dalam kalangan pucuk pimpinan BN yang tidak mempunyai kata sepakat malah tindakan mementingkan diri sendiri dan kroni masing-masing menjadi kesilapan terbesar mereka.
“Apa yang saya perhatikan, setiap pemimpin BN lebih banyak memberi peluang dan ruang kepada kroni masing-masing.
“Sepatutnya, sebagai wakil rakyat, mereka kena adil. Bukan hanya memberi kepada orang yang sama sahaja sedangkan mereka yang layak masih terpaksa menagih bantuan kepada pihak berkenaan,” kata beliau.
Mazlan berkata, keadaan ini sememangnya memberikan peluang kemenangan yang mudah bagi PR dan itu adalah merupakan salah satu faktor PR berasa yakin untuk merampas Parlimen Bera kali ini.
Sementara itu, Timbalan Ketua PKR Cabang Bera , Bob Manolan Mohamed berkata, kemenangan di tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) dan Parlimen boleh menjadi milik mereka kali ini jika BN tidak main kotor.
Beliau mendakwa, ada nama pengundi yang sebelum ini mengundi di Selangor ditukarkan ke negeri ini untuk memastikan kemenangan parti BN.
Katanya, pihaknya akan menyiasat lebih dalam perkara ini kerana tidak mahu PRU-13 kali ini terus dicemari dengan pengundi-pengundi hantu yang diimport BN.
“Kita mahukan pilihan raya yang bersih dan telus. Tetapi, jika keadaan itu berlaku sekarang, sudah pasti seperti ada yang tidak kena malah menunjukkan seolah-olah BN tidak bersedia menghadapi kekalahan,” katanya

Ikuti Laporan Khas Menjelang PRU 13

SIASAT KALAU ADA BUKTI: ANWAR

KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau bersedia untuk memberi kerjasama kepada pihak berkuasa berhubung dakwaan akaun berjumlah RM3 bilion yang melibatkan dirinya.
"Saya akan bagi kerjasama, kalau ada bukti lain tiada masalah, kita boleh berbeza politik tetapi untuk terus tuduh-menuduh tidak perlu," katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2012) 2012 pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Anwar (PKR-Permatang Pauh) berkata perlu ada siasatan terbuka berhubung dakwaan berkenaan dan pihak berkuasa boleh menyiasat akaunnya serta akaun anggota keluarga beliau.
Beliau berkata demikian berhubung dakwaan pengendalian akaun-akaun berjumlah RM3 bilion semasa berkhidmat dengan kerajaan pada 1990-an.
Bekas Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia Datuk Abdul Murad Khalid dilaporkan mendakwa Anwar mengawal 20 akaun induk membabitkan aset, saham dan wang yang keseluruhannya bernilai lebih RM3 bilion dalam pendedahannya pada kira-kira 13 tahun lepas.
Anwar berkata pada ketika itu, beliau telah memberi kerjasama penuh kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) pada masa itu yang datang menemui beliau di Penjara Sungai Buloh. -

Tuesday 19 June 2012

BENCI TUBUH SENDIRI

MESKIPUN dikurniakan dengan susuk tubuh yang langsing dan menawan, bintang filem A Walk To Remember, Mandy Moore mendedahkan tidak menyukai bentuk tubuhnya ketika di alam persekolahan.

Menurut Moore, dia membesar begitu cepat sehinggakan berasa janggal apabila lebih tinggi berbanding rakannya yang lain.

"Dengan ketinggian saya kini, 5 kaki 10 inci, saya rasa sangat pelik. Walaupun ibu saya berasa bangga dan cemburu dengan ketinggian yang saya miliki, tetapi saya sangat membencinya.

"Bagaimanapun, saya bertuah kerana memiliki badan sebegini tidak memerlukan saya untuk berdiet," katanya.

GOLKAR OPTIMIS RAIH 35 % UNDI

JAKARTA - Ketua Umum Parti Golkar Aburizal Bakrie optimis partinya akan meraih undi sehingga 35 peratus pada pilihan raya umum Presiden Indonesia pada 2014.
Aburizal berkata hasil kaji selidik yang dilakukan oleh beberapa badan penelitian berhubung sokongan masyarakat terhadap parti politik menempatkan Parti Golkar di kedudukan pertama dengan capaian undi berjumlah 20.9 peratus.

"Angka ini akan terus meningkat seiring waktu dan kerja keras seluruh elemen dan kader Parti Golkar. Masih ada waktu untuk meningkatkan sokongan dari masyarakat. Saya yakin, dengan kerja keras, Parti Golkar akan mampu meraih 35 peratus undi," katanya di hadapan ratusan kader Golkar ketika mengadakan kunjungan di Ngawi dan Madiun, hari ini.
Mengenai hasil kaji selidik calon presiden yang menempatkan dirinya di kedudukan ketiga, Aburizal yakin ia akan mengalami perubahan.

"Semuanya masih boleh berubah. Margin kesilapan kaji selidik itu kan 2.9 peratus, sementara selisih hasil kaji selidik antara saya dan calon presiden yang lain kurang dari satu peratus," katanya.

Sementara itu, dalam lawatannya di sejumlah tempat di Daerah Ngawi, Madiun dan sekitarnya, Aburizal berkata beliau menerima sejumlah surat pernyataan sokongan daripada beberapa kalangan.

Sokongan itu di antaranya daripada perwakilan takmir masjid, sejumlah kelompok pengajian agama, hingga 19 pimpinan daerah kecil Parti Golkar di daerah Ngawi.
Ketika ditanya soal calon naib presiden yang akan mendampingi beliau kelak, ahli politik yang juga tokoh usahawan berjaya di Indonesia itu memilih menjawab secara diplomatik.

"Soal calon naib presiden, yang pasti harus yang baik dan sejalan dengan saya," katanya singkat.
Selain bertemu dengan ratusan kader Parti Golkar, Aburizal juga dijadual mengunjungi dan memberikan bantuan kemudahan pendidikan berupa laptop dan buku kepada sejumlah sekolah menengah vokasional di wilayah Madiun dan sekitarnya.- MW

DEKODER TV IMPIAN MULA DIJUAL ISNIN

KUALA LUMPUR: Rakyat negeri Selangor boleh mendapatkan dekoder TV Impian yang akan mula dijual pada Isnin minggu depan dengan harga RM499.

Menurut Penyelaras TV Impian Ir. Izham Hashim, TV Impian tidak mengenakan sebarang caj sampai bila-bila malah para pelanggan hanya membayar untuk harga dekoder sahaja.

"Yang penting kena sediakan internet untuk penyambungan. Apa yang lebih hebat siaran tidak akan ada sebarang gangguan. Kalah Astro," katanya kepada media. 

Apa yang lain dari yang lain mengenai TV Impian ini, Izham berkata sumber yang diperoleh adalah dari pelbagai sumber rakyat.

"Sebab itu kita namakan TV Impian, di belakang semua rakyat yang terlibat. TV ini sebagai platform untuk rakyat terlibat sama ada dari segi ide, gambar atau video," katanya.

Sebanyak lima saluran televisyen disediakan iaitu saluran satu akan memuatkan saluran berita dan ulasan, Saluran dua akan menyiarkan siri dokumentari seperti Lynas, Bersih, siasatan rakyat, saluran tiga lebih kepada ilmu pengetahuan seperti debat, ceramah kuliah Azhar Idrus, saluran berbentuk hiburan dan filem-filem yang sihat dan saluran lima lebih kepada aneka bahasa dan etnik Melayu, Cina, India, Iban dan Kadazan. 

Katanya, Kerajaan Selangor telah menempah 1000 unit dekoder untuk diagihkan di seluruh negeri itu.  

Bagaimanapun, katanya pusat operasi TV Impian adalah di alam maya dan lebih 30 sukarelawan di seluruh Malaysia akan terlibat dalam operasi saluran ini. 

TV ini diwujudkan bagi memberi peluang kepada rakyat Selangor untuk mendapat maklumat tepat yang tidak disiarkan media kerajaan. Bersaing untuk pilih pemimpin yang betul.

Justeru katanya orang ramai yang mahu mendapatkan dekoder TV Impian boleh berhubung dengan Isma Ali di talian 0192825716 atau emelkan kepada impiantv2012@gmail.com

Terdahulu, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang melancarkan stesen TV berasaskan internet dan sekaligus mengajak semua ahlinya bersaing untuk mengajak rakyat memilih pemimpin yang betul.

Pelancaran stesen TV Impian itu dibuat beliau di majlis penutup Himpunan Hijau Menuju Putrajaya 1 peringkat negeri Selangor.