Blog Archive

Monday, 18 June 2012

ISU SEKOLAH CINA SANGAT PERKAUMAN OLEH DONG ZONG

Isu pendidikan sekolah Cina tidak harus dijadikan sebagai modal politik menjelang pilihan raya umum (PRU) ke-13 dengan menggambarkannya dianaktirikan kerajaan BN, kata ketua Umno Bahagian Cheras Datuk Syed Ali Syed Abas Alhabshee.

Katanya, tanggapan sedemikian hanya pembohongan dan berniat mahu menimbulkan keresahan masyarakat Cina.

Tuduhan tersebut amat jahat, tidak berasas dan berniat mahu menimbulkan rasa benci di kalangan masyarakat Cina kepada kerajaan BN yang didokong oleh Umno," beliau dipetik sebagai berkata dalam blog Umno Cheras.

Persatuan Jawatankuasa Sekolah Cina Bersatu Malaysia atau Dong Zong mendesak untuk memansuhkan kontrak sosial bagi membolehkan pelaksanaan dasar pendidikan aliran Cina sepenuhnya, baru-baru ini.

Syed Ali juga mempersoalkan niat sebenar Dong Zong yang membuat dakwaan tersebut ketika negara berada di ambang pilihan raya.

"Dakwaan itu sebenarnya satu pembohongan tetapi sengaja dibangkitkan kerana agenda perkauman," jelasnya lagi sambil berkata dakwaan itu sudah beberapa kali dibuat."Dilihat kepada sikap keras 

  *knapa bila cina bercakap soal bangsa cina itu tidak dianggap perkauman dan pimpinan sesetengah parti diam membisu,sedangkan bila pemimpin melayu bercakap soal melayu,pemimpin melayu sendiri yg kata ini perkauman?mana KEADILAN???

No comments:

Post a Comment