Blog Archive

Thursday 9 February 2012

PROTON RUGI LAGI?

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menggesa Suruhanjaya Diraja ditubuhkan bagi menyiasat kerugian Proton Holdings sebanyak RM3.4 bilion.
Ia ekoran laporan akhbar kelmarin yang melaporkan bekas perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad bahawa Proton kehilangan sejumlah besar simpanan tunai dari RM4 bilion kepada hanya RM600 juta.
“Ini adalah satu perkara serius, memandangkan Proton adalah pembuat kereta nasional,” tegas Guan Eng dalam satu kenyataan semalam.
Siasatan juga katanya, mesti melihat sama ada Khazanah Nasional, badan pelaburan kerajaan Malaysia, mendapat harga yang baik apabila ia menjual pegangan 42.7% dalam Proton kepada DRB-Hicom Bhd.
Khazanah telah menjual pegangannya pada harga RM1.3 bilion atau RM5.50 satu saham, iaitu separuh daripada nilai book value Proton iaitu RM9.81 satu saham dan juga nilai asal yang dibayarnya iaitu RM8 satu saham.
“Sekali lagi, ini adalah satu contoh pengendalian buruk kerajaan yang mengakibatkan kerugian kepada pembayar cukai,” ujar Guan Eng.
Beliau juga mencadangkan bekas Ketua Pengarah Eksekutif (CEO) Proton, Tengku Tan Sri Mahalel Ariff dilantik sebagai salah seorang ahli panel siasatan memandangkan beliau lebih memahami isu tersebut.
“Siasatan itu akhirnya mestilah mencadangkan langkah-langkah yang perlu diambil terhadap mereka yang bertanggungjawab untuk kerugian yang begitu besar, dan langkah-langkah untuk membendung kerugian pada masa akan datang, terutamanya apabila membabitkan dana awam,” tegasnya.
Kelmarin Tun Mahathir mendakwa Proton telah mengumpul RM4 bilion sepanjang tempoh khidmat Tengku Tan Sri Mahaleel Ariff sebagai CEO, tetapi menyusut kepada RM600 juta sewaktu penggantinya, Datuk Mohammed Azlan Hashim.
Mahathir juga mendakwa kerugian itu disebabkan penjualan MV Augusta kepada sebuah syarikat yang tidak dikenali, Gevi SpA pada tahun 2006 dengan harga 1 Euro, sungguhpun Proton telah membelanjakan lebih RM300juta untuk pegangan sebanyak 57%.
Berikutan penjualan MV Augusta oleh Proton, BMW telah membayar 93 juta Euro atau RM446 juta pada waktu yang sama untuk pegangan satu pertiga dari MV
Augusta.
Harley Davidson pula, dakwa Mahathir, membeli baki pegangan MV Augusta untuk USD109 juta atau RM 360 juta pada waktu itu.
Dalam kata lain, syarikat yang dijual oleh Proton pada harga 1 Euro atau RM4.80, telah dijual semula kepada BMW dan Harley Davidson pada harga RM800 juta.

Rafizi bakal "bertembung" mulut buih

Pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli berkata beliau keberatan untuk bertanding dalam pilihan raya umum akan datang, namun “99.9 peratus” yakin akan berbuat demikian.

Kini, tiada lagi syarikat yang akan mengambil beliau bekerja di Malaysia, setelah tiga tahun berkecimpung di dalam PKR, kata bekas pegawai kanan Petronas dan Pharmaniaga itu.
NONEKetua eksekutif di Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor itu juga berkata, beliau sekarang  bukan hanya seorang pembuat dasar untuk negeri Pakatan Rakyat tetapi PKR sendiri menaruh harapan besar supaya beliau bertanding.

"Saya keberatan, jika anda tanya saya (sekiranya akan bertanding), tapi ia juga kesalahan kami kerana tidak bertanding pada 2008 apabila diminta.

"Sebab itulah kita ada banyak masalah pada 2008, jadi ada 99.99 peratus peluang untuk saya bertanding.

"Di mana, itu masih belum dapat dilihat, tapi biasanya jika anda merupakan pengarah strategi PKR anda akhirnya akan bertanding," katanya lagi dalam wawancara bersama Malaysiakini minggu lalu.

Rafizi yang banyak meluangkan masa untuk "berpolitik" di Kemaman, Terengganu – kawasan parlimen diwakili orang kuat BN, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek – juga berkata beliau mungkin akan "balik kampung" untuk bertanding di kawasan itu.
NONENamun, persetujuan akhir terletak kepada parti, kata Rafizi lagi yang tidak lokek dengan senyuman.

Rafizi juga nampaknya tidak begitu kisah dengan pendapatannya yang kini jauh berkurangan berbanding ketika menduduki jawatan tinggi dalam bidang korporat.

"Saya bernasib baik, saya mendapat pekerjaan yang baik, jadi saya ada sedikit simpanan. Pada mulanya, OK kerana saya hanya seorang pegawai kerajaan, saya merangka dasar, tapi tentulah apabila saya bermula dalam politik saya merasa kesannya.

"(Wang) yang keluar lebih banyak daripada yang masuk kerana anda perlu biaya parti dan ramai di antara kami membiaya parti daripada gaji kami sendiri dan sekarang semakin dekat dengan pilihan raya, tidak cukup.

"Tapi saya bernasib baik kerana saya tidak mempunyai gaya hidup mewah. Saya tinggal di rumah murah, pandu kereta murah," katanya.
azlanNamun beliau tetap bimbang dengan saman yang dikemukakan menteri pembangunan wanita, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, ekoran pendedahan demi pendedahan berhubung dakwaan penyelewengan dalam projek National Feedlot Centre.

"Saya tidak tahulah jika saman itu akan diteruskan, tapi kini saya bebas hutang," katanya lagi.mengikut laporan malaysiakini.

Wednesday 8 February 2012

Ada bukti Syarikat Johor berdagang dengan Israel


Ketika pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak mencanangkan slogan anti-Israel, kerajaan pula secara terang-terangan menjalinkan hubungan dagang dengan rejim itu.
Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin berkata, beliau ada bukti bahawa dua syarikat di Johor berdagang minyak kelapa sawit dengan rakan perniagaan mereka dari Israel.
Badrul yang lebih dikenali sebagai Chegubard mendakwa minyak sawit itu dihantar ke sebuah pelabuhan terbesar di Israel, Ashdod.
Beliau juga mendakwa mempunyai borang Kastam dan pengesahan tempahan membabitkan syarikat-syarikat pengeksport minyak sawit di Johor untuk menyokong dakwaannya itu.
Menurut Chegu Bard, pihaknya juga mempunyai bukti bergambar bahawa pegawai kerajaan Israel telah datang ke Johor untuk memeriksa penghantaran minyak sawit sebelum dihantar kepada Israel.
Tegas beliau, hubungan dagang itu menyalahi undang-undang kerana negara tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel, lapor Malaysiakini.com.
KEADILAN sebelum ini mendedahkan pentadbiran Datuk Seri Najib Razak membayar RM77 juta setahun kepada Apco Wordwide, sebuah syarikat perunding perhubungan pro Zionis-Israil.
Syarikat itu juga dibayar untuk mengilhamkan slogan 1 Malaysia yang meniru konsep One Israel.
Pendedahan itu pada Mac tahun lalu menyebabkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tiga ahli parlimen Pakatan Rakyat digantung dari menghadiri sidang Dewan Rakyat hampir setengah tahun.
Sehingga kini, Najib juga didakwa masih mengupah bekas Pengarah Apco, Paul Stadlen sebagai pegawai media yang cukup penting dan berkhidmat di Jabatan Perdana Menteri.

Shahrizat dicabar isytihar harta, perjelas cara bayaran bank


Datuk Seri Shahrizat Jalil dicabar membuat perisytiharan harta ekoran pembelian dua unit kondominium mewah di Singapura oleh keluarga beliau, tegas NGO anti rasuah, Jingga 13.
Semalam, Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli mendedahkan kondominium berkenaan dibeli atas nama suami Shahrizat, Datuk Mohamad Salleh Ismail dan anak mereka, Wan Nur Shahinur Izran Mohamad Salleh.
Dua kondominum berharga RM34 juta di Marina Bay Suites itu dibiayai oleh United Overseas Bank Limited (UOB) dan Malayan Banking Berhad (Maybank).
“Anggaran berdasarkan kadar pinjaman semasa dan tempoh bayaran balik 25 tahun menunjukkan keluarga Datuk Seri Shahrizat perlu membayar RM173,000 bagi dua pembiayaan pinjaman.
“Beliau perlu menjelaskan bagaimana keluarganya mampu menanggung bayaran bulanan yang besar,” kata penyelaras Jingga 13, Fariz Musa ketika ditemui di perkarangan ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Selangor di Shah Alam pagi ini.
Laporan terhadap Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu dibuat DK Vicky,  Setiausaha Biro Jejak Prihatin, satu sayap dalam Jingga 13.
Menurut Fariz, pemilikan itu disahkan Singapore Land Authority melalui satu pengeluaran surat hakmilik dan kedua-dua pembelian dibuat pada 27 Mei 2010.
“Kemudahan pembiayaan membeli dua kondominium berjumlah RM34,562,784 dipercayai diluluskan sebagai timbal balik kerana NFC dan syarikat berkaitan mempunyai deposit besar dalam bank berkenaan.
“Deposit tersebut adalah sebahagian dari dana RM250 juta yang diluluskan bagi tujuan operasi Pusat Fidlot Kebangsaan yang mencapai sasaran.
Sehubungan itu, Jingga 13 mendesak agar siasatan terperinci dan profesional dilakukan oleh SPRM.
“Sebelum ini Shahrizat sering mengelak dirinya dari dikaitkan dengan NFC. Alasannya – beliau hanya isteri kepada Pengerusi NFC.
“Penyelewengan dan pecah amanah RM250 juta adalah besar dan ia adalah wang rakyat. Kredibiliti SPRM sedang diperhatikan rakyat Malaysia,” tegas Fariz.

Isu Hilmi: MB Selangor tunggu Anwar

Kerajaan Negeri akan menunggu kehadiran Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi meneliti dan membawa laporan penahanan lelaki yang dikaitkan dengan parti itu di Indonesia dalam Mesyuarat Biro Politik PKR, minggu ini.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, mesyuarat tersebut yang dijadualkan berlangsung semalam ditunda kerana ketiadaan Anwar.

“Sehingga kini Kerajaan Negeri masih belum lagi mengeluarkan sebarang kenyataan baru, kita akan berbincang dengan Biro Politik PKR dalam minggu ini,” katanya kepada media, semalam.

Kelmarin, Kerajaan Negeri memberitahu bahawa pihaknya akan bertindak jika isu ini memberi implikasi kepada kerajaan, pemimpin dan pentadbiran Negeri Selangor.

Sekretariat Akhbar Pejabat Menteri Besar berkata, adalah tidak beretika sekiranya wujud sebarang cubaan daripada pihak-pihak tertentu untuk menyalahgunakan isu ini bagi mempertikaikan kredibiliti seseorang individu.

Sebelum ini, media Indonesia melaporkan warga Malaysia itu dikenali Azmin Heli ditahan di Batam kerana memiliki pengenalan diri palsu dan tinggal melebihi tempoh dibenarkan.

Hasil pemeriksaan imigresen, dia dikenalpasti anggota PKR dan mendakwa keselamatannya tidak terjamin di Malaysia.

Sementara itu, Abdul Khalid memberitahu bahawa Kerajaan Negeri bersedia untuk mengeluarkan peruntukan untuk membaiki bumbung 120 unit rumah di Pangsapuri Teratai, Seksyen 16, Bukit Subang, yang diterbangkan angin dalam satu kejadian ribut, kelmarin.

Menurutnya, Kerajaan Negeri akan menghantar juru nilai untuk memeriksa harga dan jumlah peruntukkan yang perlu disalurkan.

Khalid dedah ‘sejarah’ Hasan

Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Abdul Samad, mendakwa hubungan bersama bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Ali dingin setelah enggan membantu Hasan menjadi Menteri Besar Selangor pada 2008.

Beliau berkata, hubungan­ bersama Hasan sebelum itu baik sehingga beliau dilantik menjadi Timbalan Pesuruhjaya II oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gombak Setia.

Menurutnya, pelantikan tersebut jelas menunjukkan, Hasan tidak menganggap beliau sebagai parasit, tetapi sebaliknya sebagai orang kanan dalam Pas Selangor.

“Pada 2008 hubungan mula berubah, apabila saya menolak berkerjasama dengan Umno yang dikemukakan (Hasan).

“Sekiranya kerjasama itu menjadi, Hasan Ali akan dilantik sebagai menteri besar dan itu adalah apa yang ditawarkan Umno,” katanya dalam blog, semalam.

Khalid berkata, hubungan menjadi lebih rapuh setelah beliau menamakan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar.

“Beliau terdiam, kecewa, mungkin beliau merasakan saya mengkhianati nya.

“Mungkin beliau inginkan saya, sebagai orang kanan memperjuangkan ‘haknya’ untuk menjadi menteri besar,” katanya.

Khalid mendakwa, setelah pelantikan menteri besar selesai, Hasan berusaha menimbulkan ketidakstabilan dalam pentadbiran kerajaan PR Selangor.

Menurutnya, Hasan berusaha mencari peluang menunjukkan perbezaan antara Pas dan DAP khususnya dan menimbulkan pergeseran antara parti komponen PR.

“Saya sering mengingatkan beliau tentang keputusan muktamar Pas yang diadakan di Ipoh supaya PR diperkukuhkan.

“Malangnya beliau terus dengan usahanya dengan mengatakan beliau mempunyai agenda tertentu tanpa menjelaskan apa agendanya itu,” katanya.

Sambutan minoriti tak pernah dipertikai-Tan Sri Khalid

Saya mengucapkan selamat menyambut Hari Thaipusam kepada semua penganut agama Hindu di Malaysia, khususnya di negeri Selangor Darul Ehsan. Secara tradisinya dibuat di Batu Caves, satu daripada 10 ikon pelancongan negeri Selangor.

Meskipun Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010 menunjukkan jumlah penganut Hindu hanya membentuk 6.3 peratus daripada pelbagai kepercayaan yang ada di negara kita, sambutan Thaipusam tidak pernah dipertikai atau dihalang dengan alasan ianya diamalkan oleh kelompok minoriti.

Kerajaan negeri Selangor berikrar untuk menjaga kerukunan hidup masyarakat majmuk yang sentiasa memberi ciri keunikan negara ini, meskipun kadangkala ia menjadi cabaran genting untuk ditangani.

Sejak 2008, banyak bantuan telah disampaikan untuk pelbagai keperluan masyarakat India serta agama Hindu di negeri Selangor.

Selain pembaikan infrastruktur, bantuan sosial untuk masyarakat India juga disampaikan dalam bentuk bantuan persekolahan dan latihan kemahiran, peruntukan tahunan yang mencecah hampir RM20 juta kepada sekolah-sekolah Tamil sejak 2008 serta bantuan kebajikan meluas di bawah Program Merakyatkan Ekonomi Selangor.

Permohonan tanah juga diluluskan untuk keperluan puluhan kuil Hindu.

Kerajaan negeri Selangor percaya bahawa realiti majmuk masyarakat Malaysia ini perlu dihargai. Bantuan dan kerjasama dengan masyarakat India akan terus diberikan mengikut kemampuan. Sesungguhnya segala perbezaan itu adalah lumrah dan mesti disantuni dengan baik.

Thaipusam sebagai perayaan yang disambut untuk membayar nazar dan sebagai tanda syukur penganutnya bagi segala permintaan lalu yang tercapai dan memohon ampun akibat dosa dan kesalahan yang dibuat jelas menunjukkan adanya ciri falsafah yang khusus berkaitan agama Hindu.

Kisah pertembungan Dewa Murugan dan Surapadman yang menggambarkan kebijaksanaan dan persediaan yang cukup untuk mengalahkan kejahatan dan pengkhianatan wajar dihayati oleh seluruh penganut agama Hindu.

Semoga sambutan tahun ini berlangsung dalam suasana muhibah. Sekali lagi saya mengucapkan selamat menyambut Hari Thaipusam kepada semua penganut agama Hindu.

MASYAALAH....

Sham Kamikaze - Bila Cinta Bertasbih

Ustaz Azhar Idrus - Mahathir Kata

Democracy Dialogue - Anwar Ibrahim

PENDEDAHAN OLEH PENGARAH STATEGI PKR