Blog Archive

Tuesday 31 January 2012

Friday 13 January 2012

Selamat Ber"berkonvensyen" kali ke 3 wahai Pakatan Rakyat...

assalamualaikum dan selamat sejahtara untuk semua pembaca setia blog kami yang tak seberapa ni...

Hari ni akan berlangsung Konvensyen Pakatan Rakyat yang  ke 3 .Konvensyen ini diadakan di Stadium Sultan Abdul Halim.Alor Setar .Kedah. (9am - 5pm).Kesemua pucuk kepimpinan Pakatan Rakyat dan juga para perwakilan akan berkumpul pada kali ini untuk berdiskusi tentang beberapa isu menjelang pilihanraya umum kali ke 13 ini.

Pada sebelah malam pula akan diadakan program Rapat Rakyat Perdana (9pm-12am) .Macam acara yang bakal diadakan seperti ceramah dari pelbagai pemimpi PR,solat hajat,munajat dan lain-lain dibawah pimpinan Tuan Guru Prof Harun Din.


Semoga diharapkan konvensyen Pakatan Rakyat pada kali ini akan menjadi medan yang digunakan sepenuhnya oleh para pemimpin dan juga ahli pakatan rakyat untuk kembali berbincang mengenai manifesto pakatan rakyat,menyelesaikan sebarang persoalan dan kekusutan sesama antara satu sama lain dan yang lebih penting menguatkan kembali iltizam dan semangat untuk mengalahkan Barisan Nasional pada pilihanraya umum kali ke 13 ini.

Apa-apa pun kesemua barisan kempimpinan dan ahli pakatan rakyat perlu mengingatkan kembali diri masing-masing tentang tujuan asal untuk berpolitik. Bagi yang Islam lakukan kerana Allah,untuk menegakkan Islam,rakyat,kebenaran dan demi ganjaran akhirat.Bagi yang non-muslim berjuanglah demi rakyat dan juga keadilan.


Akhir kata..SELAMAT BER"KONVENSYEN" semuaaaaaaa.....assalamualaikum dan selamat sejahtera.

oleh:
Nur Qhadija Aisya