Blog Archive

Sunday 29 April 2012

Global Bersih 3.0 (from around the world)

SELURUH DUNIA MENUNTUT FREE N' FAIR ELECTIONS

'Mak pengsan akibat dipijak"


“Dahi mak koyak, ususnya pecah dipijak sekumpulan polis berpakaian preman,” kata Khalid Ismeth, anak kepada Faridah Abdul yang parah akibat dizalimi pihak berkuasa itu pada perhimpunan Bersih 3.0.
Bercakap kepada  KeadilanDaily, pemimpin Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen(Kami) itu hairan mengapa ibunya menjadi sasaran kerananya ibunya sudah berusia 50 tahun.
Beliau yang mengetahui hal ini selepas diceritakan kakaknya, Nurul Hanilah yang menyaksikan kezaliman itu, berkata, ia berlaku selepas ibunya jatuh di depan pejabat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
“Ibu mahu lihat kebangkitan anak muda. Sebab itu beliau hanya lihat situasi dari perkarangan pejabat DBKL, malah ibu bukan berbaju kuning,” katanya.
Ibu Khalid kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan menerima tujuh jahitan di dahi manakala ususnya mungkin dibedah selepas dipijak dan diterajang sekumpulan polis yang memakaki kasut but keras.
“Ibu hanya boleh minum air, sukar bercakap dan terpaksa dimasuklan air ke badan 24 jam tanpa henti kerana tubuhnya sangat lemah tapi masih bersemangat berkempen menolak Umno BN kepada staf perubatan.
“Doktor beritahu ibu mungkin dibedah kerana ususnya cedera serius,” katanya   yang menemani ibunya sepanjang hari ini.
Keputusan mengenai pembedahan itu, katanya diketahui Khamis ini kerana doktor mahu melihat sejauh mana kerosakan usus.

JOM UBAH












KITA PERLU UBAH DEMI MALAYSIA YG SEJAHTERA!




PADA SIAPA LAGI NAK KITA PERCAYA DIMALAYSIA INI UTK JAGA KESELAMATAN KITA???





MANGSA POLIS TIDAK MENGENALI SIAPA

Walaupun beliau sedang  bertugas membuat liputan tetapi polis tetap melepaskan tembakan gas pemedih mata ke atasnya

LAPORAN BBC NEWS

LEBIH BAIK DARI SPIN CERITA BUKAN2 MCM MEDIA MILIK BN/UMNO

POLIS HALANG DOKTOR RAWAT SAYA,SELEPAS PUKUL


Saya dipukul hingga cedera tapi polis enggan benarkan doktor memberi rawatan, kata seorang mangsa keganasan polis pada perhimpunan Bersih 3.0 semalam, Mohamad Hanif Jamin.
Bercakap kepada Keadilan Daily, pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) itu percaya ia kerana beliau memakai baju kuning walaupun tiada perkataan Bersih.
“Saya hanya berbaju Harimau Muda dan hadir kerana sokong tuntutan rakyat untuk mendapatkan pilihan raya bersih dan adil.
“Malangnya, saya dipukul, dimaki dan diheret hingga tersungkur sebelum polis membelasah saya beramai-ramai di tangga menuju KTM Bank Negara,” katanya.
Beliau cedera di kening, bibir berdarah dan bengkak di muka, pinggang dan tulang belakang selain rusuk kiri terpaksa di x-ray.
“Seorang doktor keturunan India cuba menghulur bantuan kepada tetapi dihalau polis,” katanya yang berterima kasih kepada lelaki itu.
Beliau yang dapat melarikan diri, kemudian menaiki KTM dan mendapatkan rawatan di sebuah klinik dan Hospital Serdang selain membuat laporan polis.
“Malangnya, polis enggan menerima laporan perubatan itu dan arahkan saya buat rawatan di hospital lain,” katanya lagi

ANWAR GESA SIASAT KEGANASAN POLIS


Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa supaya siasatan bebas dan menyeluruh diadakan bagi menyiasat punca serta pihak yang bertanggungjawab peserta perhimpunan Bersih 3.0.
“Dimaklumkan ada kemalangan membabitkan peserta perhimpunan aman. Saya menggesa agar siasatan yang bebas dan menyeluruh diadakan bagi menyiasat punca serta pihak yang bertanggungjawab,” katanya pada kenyataan media.
Beliau juga mengucapkan syabas kepada Jawatankuasa Pemandu Bersih yang tuntas menuntut reformasi pilihan raya yang menyeluruh dan tahniah kepada rakyat Malaysia yang hadir memberi sokongan.
Sementara itu, Naib Presiden KEADILAN, N Surendran berkata serangan yangdilakukan polis ke atas wartawan yang membuat liputan menunjukkan kerajaan tidak ikhlas dalam meningkatkan kebebasan media.
Dalam kenyataan media, beliau berkata polis sengaja dan secara sistematik menjadikan wartawan sebagai sasaran serangan dalam perhimpunan semalam.
“Motif gangguan dan serangan fizikal ini adalah untuk mengelakkan wartawan  merakam kekerasan, keganasan dan serangan polis ke atas orang awam,” katanya.
Kesal kerana polis menahan wartawan Malaysiakini, akhbar Guan Ming dan Malay Mail, katanya, polis juga merosakkan kamera dan merampas rakaman wartawan Nanyang, TV Channel News Asia, Al Jazeera, Makkal Osai dan Merdeka Review.
Beliau menuntut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bertanggungjawab atas ‘tindakan jenayah’ ke atas petugas media.
“Serangan yang diselaras sebegitu dan serangan yang dialami tidak mungkin dijalankan tanpa arahan daripada pemimpin polis dan menteri dalam negeri.
“Kami tuntut Najib mengeluarkan jaminan segera, kerajaan BN akan menghormati kebebasan media dan menghenti campur tangan dengan media yang menjalankan tugas mereka,” katanya.

NAJIB PERLU BERTANGGUNG JAWAB

Naib presiden PKR N Surendran berkata serangan yang didakwa dilakukan polis ke atas wartawan yang membuat liputan perhimpunan BERSIH 3.0 menunjukkan kerajaan tidak ikhlas dalam meningkatkan kebebasan media.

Beliau mendakwa, pasukan polis dengan sengaja dan secara sistematik menjadikan para wartawan sebagai sasaran serangan dalam perhimpunan berlangsung semalam.

"Motif gangguan dan serangan fizikal ini adalah untuk mengelakkan wartawan daripada merakam kekerasan, kegasan dan serangan polis ke atas orang awam," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau mendakwa dalam kejadian berkenaan, polis melakukan penahanan ke atas wartawan daripada laman Malaysiakini, akhbarGuan Ming dan juga Malay Mail.

Selain itu, polis juga merosakkan kamera dan merampas rakaman daripada wartawan Nanyang, stesen TV Channel News AsiaAl Jazeera, akhbar Makkal Osai dan laman Merdeka Review, dakwanya.

Dengan itu, beliau menuntut perdana menteri Datuk Seri Najib Razak bertanggungjawab ke atas "tindakan jenayah" ke atas petugas media itu.

"Serangan yang diselaras sebegitu dan juga serangan yang dialami tidak mungkin dijalankan tanpa arahan daripada pemimpin polis dan menteri dalam negeri.

"Kami menuntut supaya Najib mengeluarkan jaminan segera bahawa kerajaan BN akan menghormati kebebasan media dan menghentikan segala campurtangan dengan media yang menjalankan tugas mereka," tambahnya.

Katanya lagi, serangan berkenaan melanggar peruntukan yang menjamin hak kebebasan bersuara mengikut Perkara 10 dalam Perlembagaan Persekutuan dan juga Perkara 19 dalam Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat.

PEGUAM DISERANG POLIS!!


Seorang peguam yang bertindak sebagai pemerhati dalam perhimpunan BERSIH 3.0 semalam mendakwa diserang anggota polis yang bertindak memukul dirinya walaupun selepas ditahan.

Mohd Haijan Omar berkata beliau dalam perjalanan ke Reggae Mansion Hostel di Jalan Tun HS Lee ketika beliau melihat beberapa orang polis sedang mengejar peserta perhimpunan dalam kejadian pada sekitar jam 7 petang.

haijan omar 290412Ketika kejadian itu, Mohd Haijan berkata beliau ditegur oleh seorang anggota polis berkenaan dan kemudiannya meminta anggota berkenaan mengulangi perkara tersebut.

Beliau kemudiannya terkejut apabila anggota polis itu bertindak mengejar dirnya.

Mohd Haijan berkata beliau memakai baju berwarna kuning dan selapis baju berwarna putih ketika perhimpunan itu berlangsung.

Bagaimanapun, beliau membuka helaian baju putih kerana beliau telahpun dalam perjalanan pulang ke rumah dan perkara itu mungkin menyebabkan beliau dipukul polis, katanya.

Peguam yang bertindak untuk Lawyers for Liberty itu menambah, dua anggota polis tersebut terus memukulnya walau selepas menyatakan bahawa beliau seorang peguam.

Kemudian, tiga orang anggota polis lagi tiba dan memukul dirinya walau selepas beliau ditahan, katanya.

Mohd Haijan berkata beliau turut dipukul dua lagi anggota polis ketika dibawa ke Dataran Merdeka selepas itu.

Katanya beliau telah bertanya sebab penahanan beliau namun tidak mendapat jawapan.

Katanya lagi, beliau kini mengalami luka di bahagian bahawa mata kirinya, bengkak di rahang dan juga lebam di bagian lain badannya.
taktik tentera israel hantar SB masuk dlm kumpulan pendemo utk provok pihak polis!!!LIHAT
semangat setia kawan yg wujud dikalangan peserta Bersih 3.0
polis trafik pon boleh pukul org masyaallah apa nak jd malaysia ni pada siapa lg harus kita percaya???
liputan berita Al-jazeera lebih tepat dr media milik bn
dengan selamba tanpa rasa bersalah polis melanggar peserta BERSIH 3.0
lihat bagaimana rakyat malaysia bagaikan merempat dibumi sendiri diperlakukan oleh pihak polis atas arahan pimpinan tertinggi negara!!!
suasana aman tanpa ganguan pihak berkuasa
perhimpunan yg padamulanya aman dgn ratusan ribu yg hadir dari seluruh pelosok negara!!!
anak kecil ini menjadi mangsa keganasan polis raja di malaysia,Masyaallah!!!
malam pra BERSIH

Wednesday 4 April 2012

TADBIR NEGARA DENGAN SLOGAN KOSONG


Pencapaian Perdana Menteri Najib Razak selama tiga tahun seperti yang dibentangkan dalam Laporan Tahunan Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) 2011 sebenarnya mempunyai jurang yang besar dengan keadaan yang sebenar.

Banyak janji dan dasar yang telah dibuat oleh kerajaan Umno/BN tidak tercapai malah gagal mencapai matlamat yang disasarkan. PM Najib Razak telah menjadi seorang pemimpin yang mentadbir negara dengan slogan kosong.

Najib membuat pembentangan dengan profil yang tinggi sempena pilihanraya umum ke-13 yang semakin dekat, seolah-olah mengutarakan manifesto pilihan raya Umno/BN.

Beliau menyeru rakyat Malaysia untuk memberi peluang kepada Umno/BN serta tidak menukar pemandu di tengah-tengah jalan.

Kenyataan beliau sebenarnya menunjukkan bahawa Umno/BN telah mengakui kemarahan rakyat terhadap urus tadbir kerajaan yang korup dan salahguna kuasa.

Masalah yang timbul dalam politik dan ekonomi negara juga menyebabkan keinginan rakyat Malaysia untuk membuat perubahan untuk selamatkan Malaysia daripada rejim yang korup dan sombong.

Pemuda PKR (AMK) menegaskan bahawa iltizam rakyat yang kuat untuk perubahan adalah satu realiti.

PM Najib Razak perlu faham bahawa rakyat telah memberi peluang kepada Umno/BN selama 54 tahun untuk menjadi pemandu yang cekap dan berkebolehan, tetapi harapan rakyat seperti harapkan pagar, pagar makan padi.

Banyak dasar tranformasi yang dijanji oleh Umno/BN hanya menjadi slogan kosong yang tidak bermakna kepada rakyat.

Maka, AMK berpendapat bahawa masalah pokok yang dihadapi oleh negara adalah sistem yang korup dan pengurusan ekonomi yang gagal menjaga kepentingan rakyat Malaysia.

Negara telah berada dalam keadaan yang tenat dan bukan dapat diatasi oleh pimpinan Umno/BN yang merupakan penyebab masalah hari ini.

Di samping itu, AMK amat kesal dengan Najib yang sering kali memfitnah Pakatan akan menyebabkan negara bankrap di banyak upacara dan program kerajaan.

Mustahil beliau tidak mengetahui bahawa urus tadbir negeri Pakatan jauh lebih baik berbanding dengan negeri yang di bawah Umno/BN. Pencapaian negeri Pakatan di Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor telah diiktiraf oleh Laporan Audit Negera sejak 2008.

Oleh itu, AMK mendesak Najib agar tidak sembunyi di belakang media arus perdana untuk memfitnah Pakatan lagi. Sebagai seorang perdana menteri, Najib jangan membuat tuduhan yang tidak berasas terhadap Pakatan.

Lebih baik beliau berdepan dengan Ketua Pembangkang Dewan Rakyat, Anwar Ibrahim di gelanggang debat yang akan dipengurusikan oleh pengasas Wikileaks, Julian Assange dalam masa yang terdekat demi membina budaya politik demokrasi yang sihat.


LEE KHAI LOON
ketua penerangan AMK.

BERSIH DATANG LAGI:AYUH TURUN KE JALAN RAYA!!!

Penganjur BERSIH 3.0 hari ini mengumumkan bahawa perhimpunan tersebut akan diteruskan pada penghujung bulan ini - jam 2 petang 28 April - di Dataran Merdeka, pusat bandar Kuala Lumpur.

Pengerusi bersama Gabungan Menuntut Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0), Datuk A Samad Said ketika mengumumkan perkara itu turut menganggarkan 500,000 orang dijangka menyertainya kali ini.

bersih pc on jom 100 170112 samad saidKatanya, anggaran itu dibuat berdasarkan interaksi dan pertemuan beliau dengan anggota masyarakat dalam majlis tertentu dan juga di laman media sosial.

"Saya sendiri berjalan di mana-mana dan orang bertanya bila?

"Daripada interaksi sewaktu berjumpa dalam majlis atau dalamFacebook, saya mengkhayalkan setidak-tidaknya, himpunan ini akan mengumpul 500,000 orang," katanya.

Perhimpunan yang anjurkan bersama dengan 84 NGO lain itu juga akan diadakan serentak di seluruh negara dan dunia, kata sasterawan negara itu lagi.

Dalam perhimpunan kali ini, para peserta akan duduk di lokasi tersebut bermula jam 2 petang hingga 4 petang.

"Walaupun BERSIH 3.0 adalah duduk sahaja, tetapi dia memberikan impak yang kuat," katanya dalam sidang media di ibu negara pagi ini.

bersih announcing 3rd rally 040412 leafletSementara itu, Datuk S Ambiga yang juga pengerusi bersama berkata pada perhimpunan lalu, sebanyak 32 lokasi di seluruh dunia terlibat dengan BERSIH 2.0.

Katanya, jumlah itu berkemungkinan akan bertambah pada perhimpunan kali ini.

Lokasi luar negara itu akan diumumkannya pada sidang media selepas ini, katanya.

Perhimpunan kedua pada 9 Julai tahun lalu dihadiri puluhan ribu rakyat yang menuntut supaya lapan perkara itu dilaksanakan.

Kerajaan kemudiannya menubuhkan Jawatankuasa Penambahbaikan berhubung Pilihan Raya (PSC) untuk mencadangkan perkara untuk menambahbaik pilihan raya.

Laporan jawatankuasa itu dikemukakan ke parlimen semalam dengan bantahan oleh wakil pembangkang.

Monday 2 April 2012

CERAMAH PERDANA:BANTAH Penyenaraian FGVH





Tim.Pres:PR mesti kuat dan bersedia

Satu Lagi Kerja Jahat UmNo/Bn


LAPORAN PSC Laporan jawatankuasa pilihan parlimen (PSC) mengenai reformasi sistem pilihan raya mendedahkan bahawa daftar pemilih mengandungi nama 1,136 anggota polis dan tentera yang masih belum memohon MyKad.
Sehingga 20 Mac, mereka tidak mempunyai sama ada MyKad atau MyTentera, iaitu kad pengenalan khas untuk anggota tentera.

Fakta yang mengejutkan itu dikesan semasa audit daftar pemilih dilakukan oleh Mimos Bhd, syarikat teknologi milik kerajaan, demikian menurut laporan PSC yang dibentangkan di Dewan Rakyat pagi ini.

Dalam laporan 73 muka surat itu, PSC mencadangkan supaya pasukan polis dan tentera membetulkan masalah itu dalam tempoh 60 hari mulai hari ini.
Usaha untuk membersihkan daftar pemilih yang telah dipertikaikan, menjadi sebahagian penting laporan tersebut.

Namun, cadangan utama yang dibangkitkan oleh PSC dalam laporan interimnya tahun lepas - untuk mengesahkan senarai pemilih di Sabah - telah ditolak oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Laporan itu menyebut bahawa SPR tidak mempunyai cadangan untuk mengesahkan semula daftar pengundi di Sabah. Ia akan memberi tumpuan kepada usaha membersihkan daftar pemilih Sabah, dengan mengambilkira latar belakang pendaftaran pengundi di Sabah dengan bantuan Jabatan Pendaftaran Negara.
PSC telah mencadangkan pengesahan senarai pemilih di Sabah selepas mendapati terdapat banyak nama yang meragukan dalam senarai tersebut.

Audit  Mimos tidak mengesan pendaftaran berganda pengundi yang menggunakan nombor pengenalan Mykad 12-digit yang sama.

Bagaimanapun, 324 alamat yang setiap satu mendaftar lebih daripada 100 pengundi, serta 938 alamat dengan 51 hingga 100 pengundi setiap satu.

Adam Adli ditumbuk hantu UMNO !!

Rundingan 34 penduduk pangsapuri PKNS Kampung Kerinchi dekat Kuala Lumpur bersama pihak berkuasa tempatan (PBT) yang mahu merobohkan kediaman mereka pagi ini dicemari oleh insiden aktivis pelajar, Adam Adli ditumbuk.

Menurut saksi kejadian, Adam Adli Abd Halim kelihatan ditumbuk ketika menuruni pangsapuri empat tingkat itu oleh lelaki, dipercayai penduduk setempat.

NONEAdam yang hadir bersama seorang lagi aktivis pelajar Ekhsan Bukhari kelihatan mengalami kecederaan di bahagian bibir dan mata.

Adam ketika dihubungi mengesahkan dikasari dan mengalami kecederaan yang kini sedang membuat laporan polis di Balai Polis Jalan Pantai Baharu.

Adam sebelum ini popular kerana menurunkan bendera memuatkan bendera memuatkan wajah Datuk Seri Najib Razak dalam perhimpunan mahasiswa di depan ibu pejabat Umno di Kuala Lumpur.

PRU Ke13 – Pengakhiran Pemerintahan Umno/BN ! Dijangka Hanya Akan Memenangi 97 Kerusi Parlimen !

Salam
Ini hanyalah ‘prediction’ awal tentang apa yang bakal berlaku di Malaysia dalam Pilihanraya Umum ke-13 nanti. Dalam Pilihanraya Umum ke-12 yang lepas di Semenanjung, BN telah memenangi hanya 80 kerusi parlimen termasuk kerusi yang di menangi oleh calon bebas yang menggunakan symbol PAS, iaitu Ibrahim Ali.



  
Dalam kumpulan 80 calon BN yang menang ini adalah 15 yang dimenangi oleh MCA, 1 oleh Gerakan dan 2 lagi oleh MIC. Lain-lain perkataan UMNO Semenanjung hanya memenangi 62 kerusi dan menjadi 70 kerusi jika di campurkan dengan kerusi-kerusi UMNO/BN yang dimenangi di Sabah.

Jika UMNO mampu mempertahankan semua kerusi yang dipertandingkan di Semenanjung ia bermakna UMNO hanya mempunyai 62 kerusi selain dari tambahan sebanyak 8 kerusi di Sabah (jika menang). Jika MCA tewas di 11 kerusi di Semenanjung seperti yang di telah di ramal oleh banyak pihak maka BN di Semenanjung hanya memenangi 67 kerusi kesemuanya. Justru BN terpaksa menjadikan Sabah dan Sarawak sebagai tumpuan untuk mencukupi kerusi bagi membentuk kerajaan dengan majoriti mudah 112 kerusi.

Jika di dasarkan kepada kemenangan BN sebanyak 67 kerusi di Semenanjung maka BN harus mencari 55 kemenangan kerusi di Sabah dan Sarawak untuk mendapatkan kemenangan mudah di Parlimen. Tetapi di Sabah dan Sarawak jumlah kesemua kerusi Parlimen ialah, 26 di Sarawak dan 25 di Sabah dan jumlah kesemuanya di kedua-dua negeri Malaysia Timor ini hanyalah 51 kerusi.

Jika BN memenangi kesemua kerusi di kedua buah negeri ini pun ianya tidak akan dapat mencapai matlamat untuk menubuhkan kerajaan mudah di Persekutuan. Persoalannya sekarang ialah mampukah BN memenangi kesemua 56 kerusi Parlimen di Sabah dan Sarawak sedangkan DAP sedang mengembangkan pengaruhnya di Sarawak terutamanya di Kawasan-kawasan Bumiputra Sarawak.

DAP mempunyai ‘advantage’ besar kerana parti itu adalah parti multi-racial yang boleh dianggotai oleh mana-mana suku kaum pun termasuk Iban, Dayak dan lain-lain. Dalam pilihanraya negeri Sarawak baru-baru ini kita telah melihat kemenangan DAP di 12 kerusi Dewan Undangan Negeri di kawasan-kawasan bandar di sana.

Banyak pihak berpendapat yang BN akan kehilangan 8 kerusi Parlimen di Sarawak dan 7 kerusi Parlimen di Sabah. Maka kedua-dua buah negeri ini BN hanya mampu memenangi 41 kerusi dari 56 kesemuanya.
Jika 67 kemenangan BN di Semenanjung (termasuk MCA) di campurkan dengan 41 kerusi di Sabah dan Sarawak, maka BN akan hanya memenangi 108 kerusi keseluruhannya dan kita tidak nampak bagaimana BN boleh diyakini akan mampu menubuhkan kerajaan walaupun dengan ‘simple majority’.
Di dalam perkiraan apa sekali pun kita mesti meletakan angka untuk kontijensi. 67 kerusi yang ditelah akan di menangi oleh BN itu harus mempunyai peratusan kontijensinya. Kita tidak tahu lagi apa yang berlaku kepada BN di dalam percaturan pemilihan calun Parlimen ini.

Dalam perkiraan tadi kita tidak masukan kemungkinan Pasir Mas yang akan kembali kepada PAS yang sekarang di sandang oleh Ibrahim Ali. Ibrahim Ali telah memenangi kerusi itu di atas symbol PAS kerana jika Ibrahim Ali bertanding di atas tiket bebas sejarah telah membuktikan yang Ibrahim telah hilang wang pertaruhannya dalam pilihan raya 2004 dahulu. Pasir Mas dikatakan akan jatuh semula ketangan PAS.

Ramai di dalam UMNO menyatakan yang Tengku Razaleigh akan tidak di turunkan oleh UMNO kali ini sebagai calon. Jika berita ini benar maka Gua Musang juga akan jatuh ketangan PAS. Jika Pasir Mas dan Gua Musang jatuh ketangan PAS maka Jeli juga akan jatuh justru BN tidak akan mendapat apa-apa kemenangan di Kelantan.

Jika ini berlaku maka angka 67 kemenangan BN di Semenanjung tadi akan jatuh kepada 64 sahaja. Saya berkesempatan untuk berbincang dengan pemimpin-pemimpin UMNO di Terengganu akhir-akhir ini. Saya di beritahu oleh mereka yang UMNO di negeri Terengganu tidak akan mampu memenangi di sekurang-kurangnya 3 kerusi Parlimennya kerana pergolakan besar di dalam UMNO di negeri itu Jika berita ini benar maka bilangan kerusi BN di Semenanjung akan turun lagi kepada 61 kerusi sahaja.

Angka kemenangan BN sebanyak 61 kerusi ini belum lagi mangambil kira kerusi-kerusi BN yang dijangka dengan jelas akan menghadapi kekalahan. Satu-satunya kerusi yang dimenangi MCA di Selangor iaitu Ampang yang sekarang di sandang oleh Ong Tee Kiat akan menjadi milik DAP atau mana-mana parti PR.
Di jangkakan kerusi BN Raub akan tumbang juga dengan berbagai-bagai isu peribadi Ng Yen Yen dan di Johor sahaja BN dikatakan akan kehilangan sebanyak 3 lagi kerusi Parlimen. Jika di tolak 5 lagi kerusi ini dari 61 untuk BN tadi maka BN di Semenanjung akan hanya memenangi 56 kerusi kesemuanya.

Jika 56 kerusi di Semenanjung ini di campurkan dengan 41 kerusi di Sabah dan Sarawak maka angka kemenangan BN keseluruhannya akan berlegar di angka 97 kerusi sahaja. Sejak beberapa bulan yang lepas ada pihak yang sentiasa memberitahu saya yang BN akan memenangi lebih sedikit dari 90 kerusi.

Semasa itu saya tidak dapat mempercayainya kerana tidak diberitahu angka itu secara saintifik. Tetapi apabila perkiraan ini dilakukan maka saya sudah nampak lojiknya bagaimana 97 kerusi itu hampir menjadi kenyataan. Yang penting yang mesti diketahui ramai ialah di Semenanjung BN itu hanyalah UMNO kerana parti-parti komponennya akan pupus dalam politik negara selepas pilihanraya yang akan datang.

Nazri Aziz telah menafikan yang beliau melamar DAP untuk bersama BN tetapi sebenarnya beliau benar-benar membuat tawaran tersebut. DAP telah menolak lamaran itu kerana tawaran itu hanyalah sebagai tindakan desperate satu parti yang telah lemas dengan kuasa serta telah hilang segala hidayahnya.
Oleh kerana itu jika kita dasarkan kepada hukum akal kita jelas BN akan tewas di dalam pilihanraya yang akan datang. Hanya perkiraan Tuhan sahaja yang akan mengubah apa yang telah di kira tadi. Perkiraan yang ditulis ini hanya perkiraan manusia yang serba serbi lemah.

Semua pihak hanya perlu berdoa sahaja sekarang ini agar yang maha menghakimi akan membuat penentuan. Setakat ini itu semua hanyalah perancangan manusia sahaja.
Hanya DIA sahaja akan menentukan segala-galanya.

Jika tidak sokong tak apa ,TAPI JANGAN FITNAH!!!



Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan beliau tidak akan membalas dendam terhadap pemimpin Barisan Nasional (BN) sekiranya berjaya memerintah negara selepas Pilihan Raya Umum 13 (PRU13) nanti.

Anwar berkata, beliau sedia memaafkan pemimpin yang melakukan pelbagai kezaliman kepada dirinya juga berharap rakyat mengambil sikap sama terhadap kesalahan­ pemimpin BN yang menyalahgunakan harta negara.

“Saya sama sekali tidak akan dera atau mengambil sikap untuk membalas dendam biar pun pelbagai perkara dan ancaman dihadapkan kepada saya dan rakan sekarang. Saya pernah melalui keadaan paling teruk dalam kehidupan, tetapi itu tidak menjadi dendam.

Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta ahli-ahli Umno akar umbi supaya berhenti memfitnahnya kerana beliau tidak pernah mempunyai sebarang masalah dengan mereka. Anwar berkata, walaupun dirinya dimaki, dihina setiap hari malah pernah dipukul ketika dalam penjara sebelum ini, beliau tetap bersyukur kerana rakyat bijak dan diberi akal untuk... menilai.

“Saya di penjara enam tahun, ditelanjang dan dipukul bukannya sebab saya bergaduh dengan orang bawahan Umno tetapi saya hendak bela rakyat dan tidak mahu rasuah berterusan oleh mereka yang menyalahgunakan duit rakyat,"



Anwar berkata, sekiranya ahli Umno tidak menyokongnya, ia tidak membawa masalah kepadanya tetapi beliau meminta mereka berhenti daripada melemparkan fitnah dan menghina dirinya.




Anwar yang juga Ketua Pembangkang berkata, beliau memberi jaminan bahawa selepas PR memenangi pilihan raya akan datang, dalam tempoh 24 jam tersebut, beliau akan mengumumkan harga minyak akan turun.




Mengenai PTPTN Anwar berkata jika Turki yang tiada sesen pun hasil minyak mampu memberi pendidikan percuma kepada rakyatnya, tiada sebab Malaysia yang mencatat untung RM90 bilion setahun dari sumber petroleum tidak berupaya melakukan kebajikan sama.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata Recep Tayyib Erdogan memberi pendidikan percuma kepada rakyat dari peringkat rendah hingga universiti walaupun baru tiga tahun memerintah Turki.

“Bila kita sebut mansuh PTPTN, isu utama yang harus difokus ialah pendidikan percuma untuk semua rakyat terutama golongan miskin. Bukan isu nak pindahkan wang Petronas bayar PTPTN. “Prinsip asasnya ialah pendidikan percuma dari peringkat rendah hingga ke universiti,” katanya pada dialog bertajuk ‘Pemberdayaan Kebajikan dan Ekonomi Rakyat’ anjuran Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor di Subang Jaya 31 Mac lalu.

Beliau mengakui PTPTN adalah isu paling popular yang diaju kepadanya termasuk di facebook dan twitter.

Walaupun PTPTN dimansuh, Anwar berkata, Pakatan Rakyat memberi jaminan tidak akan membuang kakitangan di perbadanan itu kerana mereka akan diserap ke Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi.

“Walaupun pegawai ramai, kita juga tetap pastikan khidmat atau mutu kerja mereka bertambah baik untuk rakyat,” katanya.

Mengenai pemberian 20 peratus royalti minyak kepada Sabah, Sarawak, Terengganu dan Kelantan seperti yang termaktub dalam Buku Jingga, Anwar berkata ia tidak akan menjejaskan negeri lain.

Ini kerana, katanya, 80 peratus hasil minyak itu mampu menampung perbelanjaan negara dengan memastikan royalti diurus mengikut pengurusan yang baik. “Keutamaan royalti 20 peratus difokus kepada golongan miskin.

Apabila kita menyebut kemiskinan ia merangkumi sama ada Melayu, Dayak, Iban, Kadazan, Cina dan India. “Pada masa sama, kita memperketat prosedur kewangan selain pengurusannya dijalankan individu yang bertanggungjawab, amanah dan berintegriti,” katanya