Blog Archive

Saturday 3 December 2011

Apa itu perjuangan...

assalamualaikum & salam sejahtera...

kali ni kami nak menyentuh sikit mengenai istilah PERJUANGAN politik.semua kita ada misi dan matlamat sendiri dalam perjuangan.masing -masing ada parti politik pilihan sendiri untuk diperjuangkan.selari dengan matlamat dan kehendak masing-masing.setiap parti ada misi & manifesto tersendiri untuk diperjuangkan.jadi terserah kepada individu untuk memilih parti mana yang mereka nak ikut serta.

apa-apa hal pun,sebelum menyertai mana-mana parti politik atau lebih tepat untuk bergelar seorang PEJUANG politik,anda perlu tanya pada diri sendiri. 1)apa matlamat perjuangan aku? 2)apa yang aku nak perjuangkan? 3)ikhlas kah aku untuk berjuang? dan paling penting 4)adakah aku faham definisi PEJUANG itu sendiri?

ada yang berjuang untuk agama,ketuanan bangsa,negara,keluarga,maruah.tapi lebih teruk ada yang masuk ke gelanggang sebagai pejuang hanya untuk mendapat nama dan material.gelanggang pejuang dijadikan batu loncatan untuk mencapai kehendak nafsu duniawi.ikhlas perjuangan dicampak ketepi.HIPOKRIT?yess!itu jawapannya..

apa-pun sebagai seorang muslim,walau apa pun matlamat  perjuangan kita,(agama,negara,maruah,keluarga) kita kena berbalik kepada Allah.biarlah apa yang kita buat semua untuk mendapat pahala kat akhirat.berjuang kerana Allah.bukan untuk duniawi.seperti Rasulullah dan sahabat.bila akhirat dijadikan matlamat,percayalah semua ujian dalam perjuangan,penat lelah,fitnah,berkorban harta benda akan dirasakan manis sebab kita sentiasa pujuk hati.."APA YANG AKU RASAKAN INI SANGAT SIKIT JIKA DIBANDINGKAN DENGAN NIKMAT SYURGA UNTUK SEORANG PEJUANG"

sekian dulu..maaf sekiranya ada yang marah dengan post kali ni.kita jumpa di post akan datang yer...assalamualaikum & salam sejahtera...

by : Nur Qhadijah Aisya