Blog Archive

Monday, 18 June 2012

SOALAN UTK PENDEBAT DEBATKINI

Esok, Malaysiakini akan menganjurkan sesi sulung Debatkini yang membariskan empat pemimpin BN dan Pakatan Rakyat yang akan bersemuka di pentas untuk membincangkan tentang masa depan Malaysia sebagai sebuah negara demokrasi.

Pelanggan Malaysiakini yang tidak dapat menghadirinya, diberi peluang untuk mengemukakan soalan bertulis, berkaitan dengan topik debat tersebut.

Soalan hendaklah dikemukakan kepada debatkini@malaysiakini.com sebelum jam 4 petang esok. Sila sertakan nama login Malaysiakini anda sebagai bukti langganan.

Peserta forum akan dapat mengemukakan soalan bertulis semasa majlis itu berlangsung. Soalan akan dipilih secara rambang untuk membolehkan semua orang peluang yang saksama.

Bagaimanapun, moderator forum itu akan menggunakan budi bicaranya untuk menolak soalan jika difikirkan perlu.

Bayaran masuk RM10 dikenakan membantu menampung kos mengendalikan majlis tersebut. Kira-kira 100 tiket telah ditempah setakat ini.

Walaupun tiket boleh dibeli di pintu masuk, mereka yang membuat tempahan awal akan berpeluang memenangi satu set buku kartun Zunar.

Forum bertajuk 'Is Malaysian democracy moving forward?', membariskan dua orang wakil masing-masing dari Barisan Nasional yang memerintah dan pembangkang.

Mereka ialah Datuk Abdul Rahman Dahlan (Umno), Gan Ping Sieu (MCA), Mujahid Yusof Rawa (PAS) dan R Sivarasa (PKR).

Majlis ini akan berlangsung di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH). Pendaftaran akan bermula pada jam 7.30 malam.

Sesi selama 90 minit itu akan dipengerusikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Malaysiakini, Premesh Chandran. Acara itu dianjurkan bersama dengan Jawatankuasa Hak Asasi Awam.

No comments:

Post a Comment