Blog Archive

Monday, 6 August 2012

USAIN BOLT: SAYA MASIH YANG TERBAIK

"SAYA masih terbaik". Itulah ungkapan atlet Jamaica, Usain Bolt selepas memenangi emas dalam acara 100m Sukan Olimpik 2012 dengan menghasilkan rekod baru 9.63 saat di Stadium Olimpik London (awal pagi tadi waktu Malaysia).

Atlet yang berusia 25 tahun itu berkata demikian apabila membidas pihak tertentu yang mempertikaikan kemampuannya untuk meraih emas dalam acara tersebut.

"Ia amat bermakna buat saya. Lebih-lebih lagi kepada pihak yang meragui keupayaan saya.

"Jadi, dengan kemenangan ini jelas membuktikan bahawa saya masih lagi nombor satu dan yang terbaik dunia," katanya selepas menang acara 100m.

Dengan kemenangan ini, Bolt berjaya mengatasi Yohan Blake, juga dari Jamaica, dan Justin Gatin dari Amerika Syarikat, untuk meraih perak dan gangsa.

Tambah Bolt: "Pada masa sama, emas ini juga amat bermakna buat saya untuk menuju satu sahaja lagi langkah bagi menjadi  seorang lagenda."

"Jadi, saya akan berusaha untuk mencapai matlamat itu. Saya masih mempunyai acara 200m untuk merealisasikan impian tersebut. Dan saya akan buktikan impian itu akan tercapai," jelasnya lagi.

No comments:

Post a Comment