LUMUT - Sokongan kaum India terhadap Barisan Nasional (BN) dilihat semakin meningkat hampir 80 peratus berikutan BN di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang sentiasa mengorak langkah bagi memastikan masa depan lebih cerah bagi masyarakat itu.
Presiden Parti Makkal Sakti Datuk R.S.Thanenthiran berkata kaum India kini percaya dengan pemerintahan BN yang menunaikan segala janji-janji untuk membantu kehidupan dan mengatasi masalah masyarakat itu.
"Perdana Menteri turut memberi kepentingan kepada kaum India untuk kembali menyokong Barisan Nasional dengan menyediakan pelbagai kemudahan antaranya menambah sekolah tamil, tidak ada sebuah kuil pun yang akan dirobohkan serta semua kuil dapat beribu ringgit," katanya kepada pemberita pada majlis perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Parti Makkal Sakti kali ke-4 di sini, hari ini.
Turut hadir Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, Penasihat Yayasan Sakti Prof Dr M. Rajantheran dan Setiausaha Agung parti itu S. Sutager.
Pada majlis itu, Zambry turut mengumumkan peruntukan RM100,000 kepada parti itu sebagai persiapan kempen pilihan raya umum ke-13 akan datang.
Thanenthiran berkata sebaliknya pembangkang hanya memecahkan kepercayaan kaum India terhadap parti itu apabila pandai bercakap tanpa mengotakan janji-janji yang ditaburkan.
"Pakatan rakyat berjanji akan memberi tujuh menteri kaum india di kabinet mereka, tapi saya tengok di Selangor di bawah pimpinan keadilan, tidak terdapat lebihan exco. Tapi mereka masih menjanjikan, namun saya percaya orang India tidak akan termakan janji-janji kosong itu," katanya.
Ketika ditanya mengenai usaha parti itu bagi menarik kaum India mendaftar sebagai pemilih, beliau berkata parti itu bekerja keras dengan menyampaikan mesej yang dibawa oleh BN kepada rakyat hingga ke peringkat akar umbi.
"Kini keahlian parti itu telah mencecah 100,000 dan saya akan pastikan segala tuntutan daripada segi ekonomi, pendidikan dapat dilaksanakan oleh kerajaan Barisan Nasional," katanya.
Beliau juga berharap masyarakat itu akan melakukan transformasi kehidupan dengan memilih pekerjaan yang lebih baik agar kadar kemiskinan dapat dibendung.
"Orang India perlu lebih ramai orang bekerja supaya masalah kemiskinan dapat diselesaikan," katanya.
SEKIRANYA ADA MAKLUMAN PELBAGAI PROGRAM SANA SINI SILA HUBUNGI KAMI: info.wilayahkini@gmail.com
Sunday, 5 August 2012
SOKONGAN KAUM INDIA KPD PM MENINGKAT: MAKKAL SAKTI
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment