KOTA BHARU - Maxis Berhad, peneraju perkhidmatan telekomunikasi bersepadu Malaysia, sekali lagi bekerjasama dengan Sinar Harian meraikan Ramadan dengan membawa keluarga kurang berkemampuan membeli-belah di Pasar raya Billion dan berbuka puasa di Hotel Rennainance, di sini,Sabtu ini.
Penganjuran acara tahunan sejak 2009 ini bertujuan membantu golongan kurang bernasib baik terutama di Kelantan, Pahang, Kedah dan Terengganu.
Menurut Ketua Wilayah Pantai Timur Maxis, Mazlan Mokhtar, selain itu, aktiviti tersebut diadakan untuk mewujudkan impak positif kepada masyarakat di samping memperkukuhkan kedudukan Maxis sebagai warga korporat prihatin.
Sebelum ini pada 2010, Cyberkids turut terbabit dalam program Sinar Ramadan di mana mereka dibawa membeli-belah dan berbuka puasa, namun pada 2011, Cyberkids berperanan
sebagai ‘teman’ keluarga terpilih membeli-belah.
Pada tahun ini pula, seramai 10 ahli Cyberkids dari Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Ahmad Mahir akan menemani keluarga kurang bernasib baik dan anak-anak yatim untuk membeli-belah di pasar raya berkenaan.
Malah, Maxis turut memperkenalkan kempen Salam Ikhlas 2012 yang membolehkan pelanggan beragama Islam mengakses pelbagai produk dan perkhidmatan Islam merentasi semua peranti.
Bagi tujuan ini, pelanggan hanya perlu mendail *222# atau melayari www.maxis.com.my/ ikhlas untuk mendapatkan lebih daripada 30 produk dan perkhidmatan termasuk waktu imsak
dan berbuka puasa percuma, mZakat serta Portal Tazkirah sepanjang tahun.
Di samping itu, perkhidmatan lain turut disediakan termasuk kandungan muzik dan video menarik, program Jejak Rasul, video hikmah serta rakaman doa daripada Ustaz Don.
Pelanggan juga boleh mengakses perkhidmatan itu merentasi semua peranti dalam pelbagai bentuk sama ada khidmat pesanan ringkas, khidmat pesanan multimedia, aplikasi, video,
audio dan ebook yang boleh dibaca pada iPad, peranti android serta komputer peribadi
SEKIRANYA ADA MAKLUMAN PELBAGAI PROGRAM SANA SINI SILA HUBUNGI KAMI: info.wilayahkini@gmail.com
Tuesday, 7 August 2012
SINAR RAMADHAN MAXIS KEMBALI
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment