PELUMBA F3, Jazeman Jaafar tekad memperbaiki kedudukan selepas hanya meraih podium ke-10 untuk musim ini dalam saingan F3 British International Series 2012 di Snetterton, Norfolk, hujung minggu lalu.
Dalam saingan perlumbaan pertama yang terpaksa diberhentikan akibat hujan lebat, Jazeman menamatkan perlumbaan di tempat ketujuh dan pada perlumbaan seterusnya menyaksikan beliau berjaya menaiki podium untuk menduduki tempat kedua manakala dalam perlumbaan ketiga di tempat kelima.
Keputusan perlumbaan minggu ini membantu Jazeman berada di tangga ketiga dalam senarai keseluruhan.
“Saya begitu kecewa dengan keputusan pada perlumbaan pertama kerana bermula dengan baik dan yakin dapat naik ke podium, namun ia tidak menjadi kenyataan. Hujan menyebabkan perlumbaan terpaksa dibatalkan.
Bagaimanapun pemburuan saya untuk merebut mahkota kejuaraan musim ini masih ada.
“Perlumbaan selepas ini hanya tinggal enam pusingan dan mahu meraih keputusan terbaik selepas ini," katanya.
Selepas ini, Jazeman akan menyertai perlumbaan F3 Euro Series pada 18 dan 19 September di Nurburgring, Jerman.
No comments:
Post a Comment