KAHERAH - Perdana Menteri Mesir, Hisham Qandil, kelmarin mengumumkan senarai nama barisan Kabinet baru negara itu dan turut mengekalkan jawatan ketua tentera, Hussein Tantawi sebagai Menteri Pertahanan.
Lima ahli parti Ikhwanul Muslimin turut dilantik memegangportfolio penting termasuk Kementerian Maklumat yang berperanan untuk mengawal media dan pendidikan di negara tersebut.
Menteri Hal Ehwal Sosial, Nagwa Khalil dan Menteri Penyelidikan Saintifik, Nadia Iskandar Zakhari juga dipilih untuk mewakili golongan wanita seperti yang dijanjikan oleh Presiden Mohammed Mursi sebelum ini.
Difahamkan, Kabinet pada kali ini terdiri daripada 35 menteri termasuk lapan menteri di peringkat negeri yang akan bekerjasama untuk menangani masalah keselamatan dan ekonomi yang berada pada tahap membimbangkan sejak bekas Presiden Hosni Mubarak digulingkan Februari tahun lalu.
No comments:
Post a Comment