WASHINGTON - Pelakon dan pengarah filem Hollywood, Clint Eastwood menyatakan sokongan terbuka ke atas Mitt Romney yang bertanding jawatan Presiden Amerika Syarikat (AS) November ini.
Eastwood juga telah menghadiri satu majlis kutipan dana Romney di Sun Valley, Idaho, yang telah mengumpulkan lebih AS$2 juta (RM6.2 juta).
Bintang filem Dirty Harry itu berkata, beliau menyokong parti Republikan sebab AS memerlukan anjakan.
Pada Februari lalu, pemenang Oscar ini telah membintangi iklan Chrysler Superbowl, Halftime in America, yang telah mencetuskan debat sama ada Eastwood akan menyokong Presiden Barack Obama ataupun sebaliknya.
Pada masa itu, Eastwood memberitahu Foz News “saya tidak menyokong mana-mana calon dan tidak terlibat dalam isu politik bersama Obama.”
Semalam, Romney memuji bahawa pengesahan Eastwood telah memberikannya semangat.
Aliran sokongan pelakon-pelakon filem kepada calon pemilihan presiden bukan sesuatu yang baru.
Obama yang akan mempertahankan kedudukannya November ini juga menerima sokongan selebriti.
No comments:
Post a Comment