Blog Archive

Monday, 6 August 2012

300 PEMINAT MENANTI CHONG WEI DI KLIA

KIRA-kira 300 peminat sedang menanti ketibaan pemain perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei, yang mengutip pingat perak kedua dalam Sukan Olimpik, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang pagi hari ini.

Mengikut tinjauan Sinar Harian Online, rata-rata peminat dari pelbagai bangsa tidak sabar menanti ketibaan wira negara itu menunggu beliau di balai ketibaan sejak 6.30 pagi tadi.
Meskipun gagal dalam misi membawa pulang emas pertama negara di temasya Olimpik London, Chong Wei tetap menerima pujian dan sokongan rakyat Malaysia.

Salah seorang peminat yang tiba di KLIA sejak awal pagi lagi, Camiella Camca, 29 berkata, dia begitu teruja untuk menyambut jaguh negara itu hari ini.

"Saya tiba dari pagi lagi semata-mata mahu sambut Chong Wei. Saya ingin ucapkan terima kasih kepadanya kerana telah mengharumkan nama negara.

"Bagi saya, Chong Wei seorang pemain yang patut dibanggakan. Diala wira negara," katanya.

Pada Ahad lepas, Chong Wei, yang turun sebagai pilihan utama kejohanan, membawa pulang perak setelah tewas 21-15, 10-21, 19-21 kepada jaguh  China Lin Dan pada perlawanan akhir badminton perseorangan lelaki di Arena Wembley, London semalam. 

Keputusan itu mengulangi pencapaian di Beijing empat tahun lepas apabila beliau turut kecundang pada lawan yang sama.

No comments:

Post a Comment