Para pengguna akan membelanjakan AS$2.1 trilion (RM6.3 trilion) seluruh dunia ke atas maklumat digital, produk hiburan dan perkhidmatan tahun ini, kata Gartner Inc.
Ini menyaksikan peningkatan global sebanyak AS$114 bilion berbanding tahun lepas, dan perbelanjaan akan terus berkembang pada kadar yang lebih pantas daripada AS$130 bilion setahun yang lepas, untuk mencecah AS$2.7 trilion menjelang akhir 2016.
Jumlah AS$2.1 trilion itu terdiri daripada apa yang pengguna akan belanja ke atas telefon mudah alih, perkomputeran dan hiburan, media dan peranti pintar, perkhidmatan yang diperlukan untuk menjadikan peranti ini dapat dihubungkan kepada rangkaian yang sesuai, dan perisian serta kandungan media yang digunakan oleh peranti-peranti ini.
"Terdapat dua kelas produk yang dari segi dolar adalah kecil tetapi menawarkan pertumbuhan ketara menjelang 2016," kata Amanda Sabia, penganalisis di Gartner dalam satu kenyataan hari ini.
Gartner meramalkan penggunaan pengguna ke atas aplikasi dan kandungan mudah alih akan meningkat daripada US$18 bilion tahun ini kepada AS$61 bilion pada 2016, dan perbelanjaan ke ata kandungan e-teks (e-buku, berita dalam talian, majalah dan perkhidmatan maklumat) akan meningkat daripada AS$5 bilion dalam tahun 2012 kepada AS$16 bilion pada 2016.
"Bagaimanapun, penyelidikan kami turut mendapati yang para pengguna sanggup bertolak-ansur dan menyokong model perniagaan sebagai pertukaran untuk fungsi dan kandungan percuma seperti penyimpanan awan peribadi, perangkaian sosial, pencarian maklumat, turun muat video dan lain-lain," kata beliau.
Beliau juga berkata, yang kerjasama antara vendor dalam segmen yang berlainan diperlukan untuk membina "jambatan" di kalangan pelbagai platform dan menyampaikan rumusan yang lebih mudah.
No comments:
Post a Comment