SHAH ALAM - Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli ditahan polis pagi tadi berhubung isu NFC Corporation.
Naib Presiden PKR N. Surendren berkata beliau akan didakwa di Mahkamah Tinggi Shah Alam pagi ini.
Rafizi sekarang berada di perkarangan Mahkamah Shah Alam
" Jangan risau saya ok ," "Dah nak sampai mahkamah, " kata beliau dalam mesej twitter 16 minit yang lalu
Dalam satu mesej beliau kira-kira sejam yang lalu, Rafizi berkata "Saya baru dimaklumkan bahawa saudari Johari Mohd juga telah ditahan dan akan didakwa pagi ini bersama-sama."
Dalam mesej kira-kira 7.30 pagi tadi, Rafizi menulis, "saya telah ditahan dibawah Bafia kini dalam perjalanan ke balai polis. Akan dicaj di mahkamah Shah Alam."
"Sampai balai polis Hulu Kelang. BNM akan buat laporan polis sekarang dan rasanya dari situ ditahan secara rasmi," kata beliau dalam mesej seterusnya.
Beliau yang menjadi tumpuan dalam isu NFCorporation, syarikat yang dikaitkan dengan keluarga bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, akan didakwa di bawah Akta Bank dan Institusi kewangan (Bafia) 1989.
No comments:
Post a Comment