Blog Archive

Thursday, 26 July 2012

KOMPANY METERAI KONTRAK BARU

KAPTEN Manchester City, Vincent Kompany terus kekal di kelab itu apabila menandatangani kontrak baru selama enam tahun bersama juara Liga Perdana Inggeris (EPL) itu.

Pemain yang berusia 26 tahun itu mula menyertai Manchester City pada Ogos 2008 dan telah berjaya membantu kelab itu meraih gelaran juara Liga EPL buat kali pertama Mei lalu.

Dalam kenyataan di laman web Manchester City, Kompany berkata, tiada sebab untuk dirinya mencari kelab lain sekiranya kelab itu sudah terbaik untuk beliau.

"Bagi saya, City adalah terbaik untuk karier saya. Lagipun, City bukan hanya untuk pemiliknya atau pekerjanya, tetapi juga untuk saya. Saya ingin menjadi salah seorang pemain untuk terus berbakti kepada kelab itu.

"Jadi, saya gembira berada di sini," kata Kompany.

Tambah Kompany: "Saya telah lama berkhidmat di sini. Malah saya juga telah banyak melihat perubahan yang berlaku di kelab ini."

"Oleh itu, saya mempunyai satu matlamat untuk terus membantu City lebih-lebih lagi dalam misi mempertahankan gelaran juara Liga EPL, musim depan.

"Jadi, Kontrak selama enam tahun bersama City satu kebanggaan buat saya," katanya.

Pada masa sama, Kompany berkata, dengan adanya sokongan peminat yang tidak berbelah bahagi, membuatkan dirinya bersetuju untuk terus kekal bersama City.

"Peminat banyak membantu saya. Mereka sering menyokong tidak kira apa jua keadaan.

"Dengan itu, saya berjanji untuk terus membantu City dalam merangkul lebih banyak trofi pada musim depan," katanya lagi.

No comments:

Post a Comment