PENUNTUT institusi pengajian tinggi di negara ini berpeluang menikmati diskaun sehingga 50 peratus tiket perlawanan persahabatan Kelantan menentang Queens Park Rangers di Stadium Shah Alam, Jumaat ini.
Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa berkata, Kafa memperuntukkan 5,000 tiket RM53 untuk dijual pada potongan 50 peratus mulai hari ini dan esok.
Menurutnya, kaunter tiket akan mula dibuka di Pejabat Hal Ehwal Pelajar UiTM Shah Alam dan penuntut hanya perlu menunjukkan pas matrik mereka.
Bagi pelajar luar Shah Alam boleh menghubungi Fazilah dari Pejabat Hal Ehwal Pelajar Puncak Alam di talian 019-6401062.
No comments:
Post a Comment