Blog Archive

Wednesday, 25 July 2012

BELUM SAH 16 OKTOBER

SEJAK dilaporkan pasangan Saif Ali Khan dan Kareena Kapoor bakal melangsungkan perkahwinan, setiap hari ada sahaja khabar angin baru mengenai perkara tersebut.

Jika tidak membicarakan mengenai pakaian kahwin mereka, pasti berita akan menyentuh mengenai tarikh perkahwinan.

Sebelum ini, ibu Saif, Sharmila Tagore mendedahkan tarikh perkahwinan pasangan tersebut ialah pada 16 Oktober, namun baru-baru ini, Saif mengeluarkan kenyataan tarikh tersebut mungkin akan ditunda.

“Saya sangat sibuk buat sementara ini. Jadi tarikhnya masih belum dapat dipastikan lagi. Namun, pastinya majlis akan berlangsung sebelum hujung tahun ini,” katanya.

Dalam sebuah wawancara bersama Sharmila baru-baru ini, dia mengatakan persiapan untuk perkahwinan sudah pun hampir siap, cuma lokasinya sahaja belum diputuskan.

“Kami sedang menimbang untuk memilih Pataudi atau Mumbai sebagai lokasi perkahwinan. Namun yang pastinya, majlis ini tidak akan dibuat secara besar-besaran,” katanya.

No comments:

Post a Comment