OSLO - Pemimpin prodemokrasi Myanmar, Aung San Suu Kyi hari ini menerima hadiah Nobel Keamanan di Norway hari ini - lebih dua dekad selepas dianugerahkan sambil mendefisikan makna “keamanan” bagi diri beliau dan negaranya.
Kehadiran beliau di Oslo, Norway sempena lawatan bersejarah ke Eropah selepas dibebaskan daripada tahanan dan memenangi kerusi Parlimen baru-baru ini, menunjukkan tanda-tanda pembaharuan di Myanmar.
Suu Kyi tidak dapat menerima hadiah itu pada 1991 kerana dikenakan hukuman tahanan rumah. Suami dan dua anaknya menerima anugerah tersebut ketika itu.
Dalam ucapan penerimaan secara formal di sini hari ini, Suu Kyi menekankan makna keamanan bagi diri beliau dan juga bagi negaranya.
"Sejak kebelakangan ini sudah ada tanda-tanda mereka yang percaya pada demokrasi dan hak asasi manusia mula merasai hasilnya.
"Sudah ada perubahan-perubahan ke arah hala tuju positif, langkah-langkah ke arah pendemokrasian sudah mula diambil," katanya.
Pada pilihan raya 1990, apabila parti Suu Kyi memperoleh kemenangan besar, pihak tentera yang memerintah sejak 1962 enggan mengiktiraf kemenangan Liga Kebangsaan Bagi Demokrasi dan mengisytiharkan keputusan itu sebagai tidak sah.
Pada tahun berikutnya beliau memenangi anugerah Nobel Keamanan tetapi kekal dalam tahanan.
Tahanan rumah ke atas Suu Kyi berakhir 2010.
PokDogo:
Dimalaysia ni tidak ada sesiapa yg layak terima hadiah ni sebab berjuang bukan iklas hanya kerana jawatan semata2..itu yg SANGAT JELAS DIMATA SAYA
No comments:
Post a Comment