PARIS -Parti Sosialis pimpinan Presiden Perancis, Francois Hollande memperoleh majoriti kerusi Parlimen, kelmarin selepas beliau berjaya menewaskan bekas presiden, Nicolas Sarkozy dalam pilihan raya pada bulan lalu.
Ia dilihat bakal menjadi platform kepada beliau bagi meneruskan agendanya untuk meluluskan perubahan rang undang-undang cukai dan perbelanjaan negara itu, sekali gus menangani krisis ekonomi akibat beban hutang tinggi
di zon Eropah.
Media tempatan melaporkan parti berhaluan kiri tersebut memperoleh secara rasmi 314 daripada 577 kerusi di Parlimen. Hollande kini berdepan cabaran untuk menunaikan janjinya kepada rakyat termasuk mengurangkan
kadar pengangguran.
No comments:
Post a Comment