Blog Archive

Saturday, 16 June 2012

MASholidays Tawar Pakej Menarik

KUALA LUMPUR - MASholidays, unit pelancongan Malaysia Airlines (MAS), akan menawarkan pakej menarik bagi pencinta muzik dan pencinta alam untuk menghadiri 'Rainforest World Music Festival' di Kuching dari 13 hingga 15 Julai, 2012.

Dalam satu kenyataan hari ini, MAS berkata MASholidays menawarkan pakej terangkum semua yang "mesti direbut" ini dengan harga bermula dari RM1,075 seorang berdasarkan perkongsian dua orang, bagi perjalanan dari Kuala Lumpur (KL).

"Bagi mereka yang membuat perjalanan ke Kuching dari Johor Bahru, Pulau Pinang dan Kota Kinabalu, pakej-pakej itu masing-masing berharga RM1,516, RM1,466 dan RM1,090.

"Pakej berdasarkan penginapan seorang bermula dari RM1,402 bagi perjalanan dari KL," katanya.

Semua pakej termasuk tambang penerbangan, surcaj berkaitan, penginapan hotel, pemindahan lapangan terbang di Kuching, sarapan setiap hari dan satu tiket masuk ke Rainforest World Music Festival, bernilai RM300, katanya.

MAS berkata, perjalanan mudah bagi pelanggan ini termasuklah penginapan di Lime Tree Hotel, sebuah hotel bertaraf tiga bintang dengan adunan unik dan bergaya.

"Bangunan yang baru diubahsuai dan terletak di lokasi unggul, di pusat bandar Kuching ini, hanya beberapa minit perjalanan ke daerah kewangan Kuching,Chinatown, Sungai Sarawak dan tarikan-tarikan pelancongan tempatan berhampiran.

"Pelanggan juga bebas memilih daripada beberapa hotel tiga dan lima bintang yang sesuai dengan kemudahan masing-masing," katanya.

Syarikat penerbangan nasional itu, yang merupakan penaja sokongan acara yang tersohor di dunia itu, juga menawarkan pakej menarik untuk membawa kebanyakan peserta yang membuat pertunjukan dalam acara itu.

MAS juga menawarkan pakej-pakej serupa dari pasaran luar negaranya, dan ini memudahkan pelancong asing untuk melawat Malaysia dan menghargai peluang mengambil bahagian dalam acara bertaraf dunia ini.

Ahli program setia dan penumpang kerap, Enrich, juga menikmati potongan harga sebanyak 30 peratus bagi tiket mereka.

Rainforest World Music Festival adalah satu daripada pesta muzik paling popular di dunia, dan tahun ini dijangka mencatatkan rekod kehadiran.

Pesta tahunan yang akan berlangsung selama tiga hari itu akan menampilkan ahli muzik terkenal di dunia dan pemuzik kaum asli tempatan di tengah-tengah hutan hujan Kuching.

Tahun ini, ia akan menampilkan artis dari pulau Borneo sendiri, Zee Avi.

Selain artis Malaysia dari hampir kesemua negeri, pesta itu juga akan menampilkan penghibur dari Korea Selatan, Turki, Taiwan, Afrika Barat, Kongo, Mongolia, Palestine, Amazon Brazil, Perancis, Sepanyol, Scandinavia, Republik Czech, Reunion Island, dan banyak lagi.

Pencinta muzik boleh melayari laman sesawang http://holiday.malaysiaairlines.com
 untuk membuat tempahan atau boleh membuat pertanyaan melalui telefon nombor 03-7863 4000 atau emel:masholidays@malaysiaairlines.com
. -
PokDogo:
JOMCUTI2

No comments:

Post a Comment