MERUJUK kepada pilihan raya umum, dengan kekuatan ahli dan parti yang lebih kukuh serta mengurangkan perselisihan dalaman, ahli parti perlu digembleng untuk mencapai matlamat menang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Namun sejauh mana masalah dalaman dapat dikurangkan menjelang PRU? Sudah menjadi lumrah, setiap kali menjelang PRU, ada saja yang tak kena. Suara sumbang dalam parti menjadi satu perkara biasa. Begitu juga berebut mahu menjadi calon. Lebih ramai yang mengaku sebagai calon boleh menang daripada menawarkan diri untuk tidak dipilih.
Justeru calon boleh menang belum tentu boleh menang jika ahli-ahli parti ‘buat hal’ pada saat akhir. Penyakit sabotaj jika tidak dipilih jadi calon, bukan sesuatu yang luar biasa. Bilik gerakan ditutup, poster tidak ditampal, bendera tidak dikibarkan, ceramah tidak diatur dan macam-macam lagi menjadi masalah. Apakah masih ada perangai seperti ini?
Ada juga ahli parti yang bertindak seperti talam dua muka, musuh dalam selimut, musang berbulu ayam, gunting dalam lipatan. Tidak kurang juga yang tiba-tiba membuka pekung di dada atau bagai tepuk air di dulang dan meludah ke langit. Mereka juga tidak malu mengeluarkan kenyataan bodoh!
Golongan seperti ini bukan lagi marahkan nyamuk kelambu dibakar tetapi sanggup membakar seluruh kampung hanya kerana marahkan ketua kampung.
Situasi seperti inilah yang menyebabkan calon boleh menang pun akan kalah.
IKUTI LAPORAN KHAS PAHANG MENJELANG PRU13
PokDogo Kata:
Kita xkisah sapa yg menang sapa atau yg jadi PM,yg penting rakyat terbela..sebab sapa2 yg jd PM kita xkan dpt apa2 pun.. ibarat kata menang sorak kg tergadai..sekurang2 nya dr PM yg ada sekarang Persatuan Kami dapat Tajaan Dana utk Program Ramadan walaupun sya bukanlah ahli UMNO..SEBALIKNYA AHLI KPD PARTI LAWAN!!!!
No comments:
Post a Comment