Blog Archive

Friday, 15 June 2012

LAGI2 KES ROGOL,APA SEBENARNYA PERMASALAHAN DGN RAKYAT KITA?

KUANTAN - Tindakan seorang pengawal keselamatan melepaskan nafsu dengan merogol teman wanitanya di tangga sebuah pasar raya, tingkat tiga sebuah pusat membeli-belah, di sini, bertukar menjadi sejarah hitam dalam hidupnya, apabila wanita terbabit membuat laporan polis sehari selepas peristiwa tersebut.

Berikutan laporan itu, lelaki warga Nepal, Aktar Ahamad Akbal Ahamad, 23, ditahan polis pada hari yang sama selepas laporan dibuat sebelum dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuantan, semalam atas tuduhan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Dia bakal berdepan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 30 tahun dan boleh disebat jika didapati bersalah.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas tuduhan yang dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya, Hidayatul Syuhada Samsuddin di hadapan Hakim Noradidah Ahmad.

Aktar Ahamad yang berada di negara ini sejak lebih setahun lalu didakwa melakukan perbuatan itu antara jam 2.30 hingga 6 petang di tempat yang dinyatakan, 6 Jun lalu.

Dalam sebutan kes itu semalam, tertuduh yang ditemani wakil majikannya mengakui mangsa merupakan warga tempatan berusia 23 tahun adalah teman wanitanya dan mereka saling kenal mengenali.

Tertuduh tinggal di asrama pekerja yang disediakan majikan di Jalan Haji Ahmad, di sini.

Berikutan pengakuan tidak bersalahnya itu, pihak pendakwaan menawarkan ikat jamin RM5,000 manakala dokumen perjalanannya diserahkan kepada mahkamah sehingga kes tersebut selesai.

Seorang lelaki dipercayai wakil majikan tertuduh memaklumkan kepada mahkamah bahawa dia perlu mendapat arahan pihak atasan sebelum membayar ikat jamin pekerjanya itu.

Berikutan itu, mahkamah menetapkan satu sebutan baru hari ini untuk pihak majikan memutuskan individu yang akan tampil membayar wang jaminan yang juga akan ditetapkan hari ini.

Sementara menunggu sebutan hari ini, tertuduh ditahan reman di lokap Balai Polis Kuantan.

POKDOGO KATA:
Dalam sibuk2 mufti dinegara ini mereka lupa utk turun mencari jln penyelasaian kpd masalah ini,asik sibuk dgn pengharaman bersih,kes liwat anwar,khalwat badrul amin,isu derhaka azmin kpd ibunya..tetapi permasalah ini setiap hari dilapor di dada akhbar kecuali UTUSEX sebab dia sebok lapor pasal pembangkang saja,apa langkah penyelesaian pihak berwajib utk kurangkan kes begini?

No comments:

Post a Comment