Blog Archive

Friday, 15 June 2012

Keadilan Belum Pilih Calon Itu Mainan Mereka : Azan

KUANTAN - Desas-desus yang mengatakan Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail tidak akan dipilih sebagai calon pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan datang dianggap sebagai provokasi semata-mata kerana pihak kepimpinan PKR belum membuat keputusan mengenai perkara itu.

Azan berkata, dia tidak terkejut dengan khabar angin berkenaan dan menganggap ada pihak yang cuba mencari publisiti murahan. Menurutnya, dia tidak pasti apa tujuan sebenar desas-desus itu dikeluarkan dan tidak berasa tergugat dengan berita tidak benar itu.

“Senarai nama calon belum ditentukan dan berita itu sengaja direka-reka serta perkara ini timbul disebabkan mereka yang tidak mempunyai kredibiliti. Saya tidak terkejut, sebaliknya gembira apabila ada yang memberi tumpuan kepada pemilihan calon dalam parti,” katanya kepada media  bagi mengulas berita dikeluarkan oleh sebuah akhbar yang mendakwa pihak kepimpinan akan menggugurkan beliau untuk PRU13 kelak.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh ketika ditanya mengenai dakwaan itu menafikannya kerana buat masa sekarang pemilihan calon bukanlah agenda utama parti.

“Jika berkaitan dengan calon, parti belum membuat keputusan dan tiada sesiapa boleh mengesahkan tentang siapa yang akan dipilih.

“Pemilihan calon bukan isu utama sekarang. Yang lebih penting ialah persiapkan jentera dan saya yakin itu satu maklumat silap,” katanya.

No comments:

Post a Comment