Blog Archive

Sunday, 17 June 2012

DONG Zong Yang Celupar!!!

Majlis Perundingan Melayu (MPM) menyarankan kepada pihak tertentu supaya tidak membangkitkan semula perkara-perkara yang sudah dianggap selesai terutamanya soal pendidikan dan
kerakyatan di negara ini.

Setiausaha Agung MPM Dr Hasan Mad berkata kemajuan negara ini akan bergoyang dan tidak kemas jika perkara seperti pendidikan dan kerakyatan sering dibangkitkan dan dipersoalkan dari masa ke semasa.

"Jika semua kaum di bumi bertuah ini dibiarkan membangkitkan perkara yang sudah selesai lebih 50 tahun silam, bayangkan apa akan terjadi kepada kemajuan, perpaduan kaum dan ketenteraman awam di negara ini?" soalnya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan hari ini sebagai mengulas mengenai isu desakan Persatuan Jawatankuasa Sekolah Cina Bersatu Malaysia atau Dong Zong untuk memansuhkan kontrak sosial bagi membolehkan pelaksanaan dasar pendidikan aliran Cina sepenuhnya, baru-baru ini.

Dr Hasan juga meminta kerajaan supaya tidak melayani tuntutan terbaru kumpulan itu dan sebaliknya meneruskan usaha membina kemajuan bagi menjadikan Malaysia negara maju menjelang 2020.

No comments:

Post a Comment