Demontrasi pemansuhan tol di Plaza Batu Tiga dan Sungai Rasau penting berikutan kadar bayaran mahal tetapi tidak berbaloi kepada pengguna Lebuh raya Persekutuan itu.
Naib Ketua Angkatan Muda KEADILAN Selangor, Saravenan Palani, berkata pengguna jalan raya saban hari terpaksa melalui kesesakan lalu lintas yang teruk.
“RM4.20 perlu dibayar penduduk yang melalui jalan itu setiap hari, lebih-lebih lagi kawasan Lembah Jaya, Klang, Petaling Jaya, Subang Jaya dan Sham Alam,” katanya pada kenyataan media.
Sejak 1995, kedua-dua plaza tol itu adalah jalan utama bagi penduduk Petaling Jaya, Subang Jaya, Sham Alam dan Klang dengan bayaran RM1.10 di Plaza Batu Tiga dan RM1 Plaza Sungai Rasau.
Saravenan berkata, demonstrasi pada 13 Mei itu sebagai permulaan mendesak pemansuhan kutipan tol di seluruh negara berikutan kerajaan Pusat tidak mengedah desakan Pakatan Rakyat selama ini.
Katanya, rakyat tidak mahu lagi mendengar retorik seperti kenyataan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Shaziman Abu Mansur yang hanya mahu mengekal kadar sedia ada untuk tempoh lebih lama.
“Kedua dua plaza tol itu beroperasi lebih 20 tahun. Pasti pemilik konsesi dapat mengutip balik pelaburan. Kadar kutipan sudah mencecah hampir dua kali ganda kadar asal apabila ia diperkenal pada 1993.
“Jadi, AMK Selangor mendesak penghapusan bayaran tol sebelum Pilihan Raya Umum ke-13. Ia selari dengan ketetapan Buku Jingga yang akan menghapuskan tol dalam masa 100 hari selepas menawan Putrajaya,” katanya.
No comments:
Post a Comment