TEMERLOH - Lapan peneroka memfailkan saman terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berikutan perkataan ‘haram jadah’ yang digunakan beliau ketika berucap mengumumkan durian runtuh di Felda Jengka 8, 8 Mei lalu.
Kesemua mereka hadir ke Mahkamah Tinggi Temerloh di sini, hari ini memfailkan saman tersebut melalui peguam Mohd Harris Abdullah.
Plaintif terdiri daripada Samat Yusof dari Jengka 4, Alias Ibrahim (Jengka 15), Idris Mat Sah (Jengka 14) dan Syed Jamaluddin Syed Muhamed (Felda Jengka 17) manakala empat lagi dari Felda Jengka 15 iaitu Abdul Rahim Abdul Rahman, Rosdi Ismail, Abdullah Mohd dan Rakiah Sulong.
Berdasarkan tuntutan plaintif, mereka mendakwa kesemua 40,000 peneroka yang hadir pada pengumuman durian runtuh di Felda Jengka 8, pada 8 Mei lalu akan terpengaruh dengan ucapan Perdana Menteri itu.
Mohd Harris berkata, dalam ucapan tersebut, Najib mengeluarkan perkataan ‘haram jadah’ yang menggambarkan lapan peneroka yang telah memulakan tindakan mahkamah menghalang penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Berhad.
Menurutnya, ucapan mengaibkan dan penghinaan yang diucapkan defendan telah menimbulkan perasaan buruk sangka dan permusuhan sesama masyarakat Felda sehingga plaintif dipulaukan.
“Plaintif menuntut ganti rugi am dan khas, ganti rugi teruk, faedah lima peratus setahun, kos tindakan dan lain-lain seperti mana yang ditaksirkan oleh mahkamah nanti,” katanya, hari ini.
SEKIRANYA ADA MAKLUMAN PELBAGAI PROGRAM SANA SINI SILA HUBUNGI KAMI: info.wilayahkini@gmail.com
Tuesday, 7 August 2012
HARAM JADDAH: 8PENEROKA SAMAN PM
MURID 10 TAHUN BAHTAH CADANGAN MENTERI
Cadangan pelajar dibenar membawa telefon bimbit ke sekolah masih pada peringkat perbincangan, kata Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Wee Ka Siong.
Katanya banyak perkara harus diteliti sebelum kementerian itu dapat membuat keputusan yang memuaskan semua pihak.
Setakat ini pelbagai pandangan telah diterima termasuk daripada pelajar. Malah saya ada menerima surat daripada murid berusia 10 tahun yang tidak bersetuju dengan cadangan tersebut.
"Ini adalah sesuatu yang sangat memeranjatkan apabila murid tahun empat ini sendiri memberi pandangan sebegitu dan menyatakan sebab mengapa dia tidak bersetuju," katanya kepada pemberita, di Seremban hari ini.
Beliau sebelum itu menyerahkan cek bantuan kewangan kepada sekolah bantuan kerajaan di Negeri Sembilan. Sebanyak RM6.43 juta diperuntuk kepada 41 sekolah jenis kebangsaan bantuan kerajaan tahun ini.
Bulan lepas, kementerian itu mengusulkan cadangan membenarkan pelajar membawa peralatan komunikasi seperti telefon bimbit dan iPad ke sekolah bermula tahun depan.
Bagaimanapun cadangan itu mendapat bantahan terutama daripada persatuan ibu bapa dan guru yang rata-rata berpandangan langkah tersebut akan mengundang lebih banyak masalah selain menjejaskan pembelajaran pelajar.
PETUA DARI IMAM GHAZALI BERKENAAN LAILATULQADAR
PESAN JUNJUNGAN BESAR NABI MUHAMMAD (SELAWAT DAN SALAM KEATAS BAGINDA) ADALAH MALAM QADAR BERLAKU PADA SATU MALAM DARIPADA 10 MALAM TERAKHIR (HARI GANJIL) BULAN RAMADHAN.
PETUA OLEH IMAM GHAZALI DAN LAIN-LAIN ULAMA’ UNTUK CARI MENCARI MALAM LAILATUL QADAR
JIKA AWAL RAMADHAN JATUH PADA HARI:
I) AHAD ATAU RABU – MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 29 RAMADHAN
II) ISNIN - MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 21 RAMADHAN;
III) SELASA ATAU JUMAAT - MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 27 RAMADHAN;
IV) KHAMIS- MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 25 RAMADHAN;
V) SABTU- MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 23 RAMADHAN
Kata Sheikh Abu Hassan bahawa mula dia baligh, dia sentiasa dapat menghidupkan lailatul qadar pada malam yang tepat mengikut petua diatas.
Berdasar petua di atas, insyaAllah malam qadar akan jatuh pada malam ke 21 Ramadhan bersamaan dengan malam selepas siang 20 September 2008
Walau bagaimanapun, janganlah ibadat pada malam ini sahaja, carilah malam qadar pada malam-malam ganjil yang lain juga!!!!
Tanda malam Qadar ialah :
1) malam itu tenang, tidak dingin dan tidak panas;
2) siangnya cahaya matahari warnanya pucat;
3) pada malam itu malaikat Jibril akan menyalami orang yang beribadat pada malam itu dan tandanya ialah kita tiba-tiba rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak secara tiba-tiba.
MARILAH KITA BERAMAI-RAMAI MEMERIAHKAN SUASANA 10 MALAM TERAKHIR RAMADHAN DENGAN BERIBADAT KEPADA ALLAH SWT DENGAN IKHLAS DAN PENUH KEIMANAN, MUDAH-MUDAHAN KITA DAPAT KURNIAAN ALLAH YANG KELEBIHANNYA PAHALANYA MELEBIHI - 1000 BULAN ATAU 83 TAHUN UMUR KITA.
Walau bilapun datangnya Malam Al-Qadar kita teruskan saja mengimarahkan malam2 10 terakhir Ramadhan ini dengan amal ibadah semoga Allah menerima semua amalan kita selama ini....
AZIZUL GAGAL RAIH EMAS
PELUMBA basikal trek kebangsaan, Mohd Azizulhasni Awang berjaya mara ke peringkat akhir trek Keirin Individu Lelaki Sukan Olimpik 2012 di London, tetapi gagal membawa sebarang pingat.
Selepas usaha Datuk Lee Chong Wei, dia menghidupkan semula harapan emas negara awal pagi ini.
Bagaimanapun dalam saingan final yang berlangsung kira-kira 1.05 pagi tadi, Azizulhasni hanya menduduki tempat keenam daripada enam peserta peringkat akhir.
Azizulhasni bersaing bersama Shane Perkins (New Zealand), Chris Hoy (Britain), Maximilian Levy (Jerman), Teun Mulder (Belanda) dan Simon van Velthooven (New Zealand) pada jam 12.50 pagi ini (waktu Malaysia).
Pingat emas dimenangi oleh Hoy. Maximilian memperoleh perak manakala Velthooven dan Mulder (gangsa).
Dalam mesej yang dihantar beberapa minit sebelum final, Azizulhasni berkata, "Doakan saya untuk Final Keirin dgn membawa pingat EMAS pertama negara! #supportpocketroket."
BERBASIKAL:
Trek - Keirin Individu Lelaki
Pusingan Kedua
Saringan 1
1. Chris Hoy (Gbr)
2. MOHD AZIZULHASNI AWANG (MAS)
3. Teun Mulder (Ned)
(Tiga pelumba teratas dalam setiap saringan layak ke peringkat akhir)
Berikut terdahulu laporan Bernama menyebut Azizulhasni Awang mara ke pusingan kedua acara keirin lelaki manakala Yeoh Ken Nee pula menempah tempat ke final 3m papan anjal lelaki Olimpik 2012, yang berlangsung di sini hari ini.
Pusingan kedua keirin lelaki akan diadakan pada 4.30 petang waktu London atau 11.30 malam waktu Malaysia manakala final acara terjun pula pada 7 malam waktu London atau 2 pagi waktu Malaysia.
Dalam pusingan pertama keirin, Mohd Azizulhasni berlumba dalam Saringan 3 bersama-sama dengan Joseph Volece (Can), Fabian Hernando Puerta Zapata (Col), Denis Spicka (Cze), Mikael Bourgain (Fra) dan Volikakis Christos (Gre).
Dalam pertandingan lapan pusingan itu, Mohd Azizulhasni menamatkan saingan di tempat kedua, di belakang pendahulu, Bourgain.
Hanya dua pelumba terbaik dalam setiap saringan layak secara automatik ke pusingan kedua.
Dalam pusingan kedua, Mohd Azizulhasni berdepan saingan sengit memandangkan beliau akan berlumba bersama-sama juara bertahan keirin Olimpik, Chris Hoy dari Britain, yang turut memenangi tiga pingat emas dalam Olimpik Beijing 2008.
Selain Hoy, seorang lagi penunggang dalam kumpulan itu ialah Juan Peralta Gascon (Esp), Christoy Volikakis (Gre), Teun Mulder (Ned) dan Nicholas Phillip
Njisane (Tri).
Seorang lagi penunggang terkemuka dalam saringan yang sama ialah Nedherlands Mulder, yang juga bekas juara dunia dan pemenang keirin piala dunia.
Sementara itu, Yeoh berjaya mendapat tempat terakhir dalam kalangan 12 penerjun yang berjaya melangkah ke final setelah mengumpul 441.65 mata dalam
separuh akhir 3m papan anjal lelaki.
LELAKI IRAN TERJUN DARI PESAWAT
DENPASAR - Tindakan seorang lelaki warga Iran terjun keluar daripada pesawat sejurus ia mendarat mengejutkan semua petugas Qatar Airways dan kakitangan Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai, Bali, kelmarin.
Lelaki yang dikenal pasti sebagai Foroughin Monteza Baratali menaiki penerbangan QR 638 dari Doha dan singgah di Singapura sebelum mendarat di Denpasar.
Sebaik sahaja pesawat itu mendarat, Baratali dilaporkan dengan tiba-tiba membuka pintu kabin dan melompat keluar ke atas landasan.
Menurut pegawai penerbangan, Baratali hanya mengalami kecederaan pada tulang kaki dan dimasukkan ke Pusat Perubatan Antarabangsa di Kuta selain di kawal polis.
Dalam pada itu, pegawai imigresen tempatan berkata, pihaknya mengesyaki Baratali bertindak terjun daripada pesawat itu bagi mengelak melalui kawasan pemeriksaan susulan namanya termasuk dalam senarai hitam keluar negara.
STESEN TV PRO KERAJAAN DISERANG
DAMSYIK - Satu letupan bom menggegarkan ibu pejabat televisyen Syria yang terletak di tengah-tengah bandar Damsyik, semalam.
Menteri Penerangan Omran Al Zoabi berkata, letupan itu turut mencederakan beberapa kakitangan stesen berkenaan.
“Terbukti letupan itu disebabkan peranti bahan letupan, beberapa kakitangan mengalami kecederaan serius, namun tiada kematian ,” katanya.
Beliau berkata, sungguhpun sebahagian bangunan itu diserang, namun operasi masih berjalan seperti biasa.
Seorang saksi berkata, bom tersebut meletup di lantai tingkat tiga bangunan berkenaan menyebabkan beberapa dinding pecah.
SEMBUNYI TRANSAKSI IRAN RM750B,SAHAM STAN CHART JUNAM
LONDON - Saham bank gergasi Britain, Standard Chartered menjunam 23 peratus di Bursa Saham London hari ini ekoran laporan penganalisis bahawa bank itu kemungkinan berhadapan kos AS$5.5 bilion (RM17 bilion) kerana didakwa menguruskan transaksi dilarang melibatkan Iran demi mengelak sekatan antarabangsa.
Semalam, pengawal selia di New York mendakwa Standard Chartered menyembunyikan transaksi bernilai AS$250 bilion (lebih RM750 bilion) sepanjang 10 tahun lalu.
Jabatan Perkhidmatan Kewangan New York mendakwa bank yang berpangkalan di London itu menyembunyikan 60,000 transaksi membabitkan pelanggan di Iran termasuk Bank Pusat Iran dari 2001 hingga 2010.
Tambahan kepada anggaran kos, penganalisis Liberum Capital, Cormac Leech hari ini berkata, tidak jelas sama ada pengurusan kanan bank akan meletakkan jawatan sebagai tanda memikul tanggungjawab.
Standard & Poor's mengeluarkan nota bahawa penafaran bank itu tidak terjejas disebabkan siasatan pihak berkuasa.
Semalam, saham bank itu di tiga kaunter bursa saham AS jatuh lebih 10 peratus.
AS dan sekutnya telah meningkatkan sekatan ekonomi ke atas Iran sejak beberapa tahun lalu berhubung program nuklear, lapor CNN.
Negara Islam itu mempertahankan program nuklear sambil berkata, ia bertujuan menghasilkan tenaga, bukannya senjata sebagaimana didakwa oleh Barat.