Blog Archive

Tuesday, 31 January 2012

Friday, 13 January 2012

Selamat Ber"berkonvensyen" kali ke 3 wahai Pakatan Rakyat...

assalamualaikum dan selamat sejahtara untuk semua pembaca setia blog kami yang tak seberapa ni...

Hari ni akan berlangsung Konvensyen Pakatan Rakyat yang  ke 3 .Konvensyen ini diadakan di Stadium Sultan Abdul Halim.Alor Setar .Kedah. (9am - 5pm).Kesemua pucuk kepimpinan Pakatan Rakyat dan juga para perwakilan akan berkumpul pada kali ini untuk berdiskusi tentang beberapa isu menjelang pilihanraya umum kali ke 13 ini.

Pada sebelah malam pula akan diadakan program Rapat Rakyat Perdana (9pm-12am) .Macam acara yang bakal diadakan seperti ceramah dari pelbagai pemimpi PR,solat hajat,munajat dan lain-lain dibawah pimpinan Tuan Guru Prof Harun Din.


Semoga diharapkan konvensyen Pakatan Rakyat pada kali ini akan menjadi medan yang digunakan sepenuhnya oleh para pemimpin dan juga ahli pakatan rakyat untuk kembali berbincang mengenai manifesto pakatan rakyat,menyelesaikan sebarang persoalan dan kekusutan sesama antara satu sama lain dan yang lebih penting menguatkan kembali iltizam dan semangat untuk mengalahkan Barisan Nasional pada pilihanraya umum kali ke 13 ini.

Apa-apa pun kesemua barisan kempimpinan dan ahli pakatan rakyat perlu mengingatkan kembali diri masing-masing tentang tujuan asal untuk berpolitik. Bagi yang Islam lakukan kerana Allah,untuk menegakkan Islam,rakyat,kebenaran dan demi ganjaran akhirat.Bagi yang non-muslim berjuanglah demi rakyat dan juga keadilan.


Akhir kata..SELAMAT BER"KONVENSYEN" semuaaaaaaa.....assalamualaikum dan selamat sejahtera.

oleh:
Nur Qhadija Aisya

Saturday, 3 December 2011

Apa itu perjuangan...

assalamualaikum & salam sejahtera...

kali ni kami nak menyentuh sikit mengenai istilah PERJUANGAN politik.semua kita ada misi dan matlamat sendiri dalam perjuangan.masing -masing ada parti politik pilihan sendiri untuk diperjuangkan.selari dengan matlamat dan kehendak masing-masing.setiap parti ada misi & manifesto tersendiri untuk diperjuangkan.jadi terserah kepada individu untuk memilih parti mana yang mereka nak ikut serta.

apa-apa hal pun,sebelum menyertai mana-mana parti politik atau lebih tepat untuk bergelar seorang PEJUANG politik,anda perlu tanya pada diri sendiri. 1)apa matlamat perjuangan aku? 2)apa yang aku nak perjuangkan? 3)ikhlas kah aku untuk berjuang? dan paling penting 4)adakah aku faham definisi PEJUANG itu sendiri?

ada yang berjuang untuk agama,ketuanan bangsa,negara,keluarga,maruah.tapi lebih teruk ada yang masuk ke gelanggang sebagai pejuang hanya untuk mendapat nama dan material.gelanggang pejuang dijadikan batu loncatan untuk mencapai kehendak nafsu duniawi.ikhlas perjuangan dicampak ketepi.HIPOKRIT?yess!itu jawapannya..

apa-pun sebagai seorang muslim,walau apa pun matlamat  perjuangan kita,(agama,negara,maruah,keluarga) kita kena berbalik kepada Allah.biarlah apa yang kita buat semua untuk mendapat pahala kat akhirat.berjuang kerana Allah.bukan untuk duniawi.seperti Rasulullah dan sahabat.bila akhirat dijadikan matlamat,percayalah semua ujian dalam perjuangan,penat lelah,fitnah,berkorban harta benda akan dirasakan manis sebab kita sentiasa pujuk hati.."APA YANG AKU RASAKAN INI SANGAT SIKIT JIKA DIBANDINGKAN DENGAN NIKMAT SYURGA UNTUK SEORANG PEJUANG"

sekian dulu..maaf sekiranya ada yang marah dengan post kali ni.kita jumpa di post akan datang yer...assalamualaikum & salam sejahtera...

by : Nur Qhadijah Aisya

Wednesday, 30 November 2011

Selamat 1433 Hijrah ^_^

assalamualaikum dan selamat sejahtera..

Bersemperna tahun baru 1433H ini..kami sekumpulan anak muda pro Pakatan Rakyat (PR) dari wilayah persekutuan ingin melancarkan blog kami ini.Blog ini kami ingin jadikan sebagai satu medium untuk meluahkan sebarang pendapat dan teguran mengenai sesuatu isu yang kami rasakan perlu diketengahkan.

Adalah diharapkan semua pihak dapat berfikiran terbuka untuk menerima sebarang teguran ikhlas yang bakal kami suarakan.Sesuai dengan motto blog kami.."tiada niat untuk mewujudkan provokasi.hanya mencari sebuah keadilan.IT'S ALL ABOUT JUSTICE"

p/s : pihak kami juga bersedia untuk ditegur & dikritik oleh para pembaca semua.. barulah ADIL namanyakan? ohh ya!kami juga berharap tidak ada sebarang perkataan kasar atau carut digunakan sepanjang berdiskusi di dalam blog ini.Jom kita berdiskusi secara matang dan bijak.bahasa melambangkan peribadi..setuju? :-)

jumpa lagi di post akan datang.. Assalamualaikum & selamat sejahtera..