Blog Archive

Monday, 2 April 2012

PRU Ke13 – Pengakhiran Pemerintahan Umno/BN ! Dijangka Hanya Akan Memenangi 97 Kerusi Parlimen !

Salam
Ini hanyalah ‘prediction’ awal tentang apa yang bakal berlaku di Malaysia dalam Pilihanraya Umum ke-13 nanti. Dalam Pilihanraya Umum ke-12 yang lepas di Semenanjung, BN telah memenangi hanya 80 kerusi parlimen termasuk kerusi yang di menangi oleh calon bebas yang menggunakan symbol PAS, iaitu Ibrahim Ali.



  
Dalam kumpulan 80 calon BN yang menang ini adalah 15 yang dimenangi oleh MCA, 1 oleh Gerakan dan 2 lagi oleh MIC. Lain-lain perkataan UMNO Semenanjung hanya memenangi 62 kerusi dan menjadi 70 kerusi jika di campurkan dengan kerusi-kerusi UMNO/BN yang dimenangi di Sabah.

Jika UMNO mampu mempertahankan semua kerusi yang dipertandingkan di Semenanjung ia bermakna UMNO hanya mempunyai 62 kerusi selain dari tambahan sebanyak 8 kerusi di Sabah (jika menang). Jika MCA tewas di 11 kerusi di Semenanjung seperti yang di telah di ramal oleh banyak pihak maka BN di Semenanjung hanya memenangi 67 kerusi kesemuanya. Justru BN terpaksa menjadikan Sabah dan Sarawak sebagai tumpuan untuk mencukupi kerusi bagi membentuk kerajaan dengan majoriti mudah 112 kerusi.

Jika di dasarkan kepada kemenangan BN sebanyak 67 kerusi di Semenanjung maka BN harus mencari 55 kemenangan kerusi di Sabah dan Sarawak untuk mendapatkan kemenangan mudah di Parlimen. Tetapi di Sabah dan Sarawak jumlah kesemua kerusi Parlimen ialah, 26 di Sarawak dan 25 di Sabah dan jumlah kesemuanya di kedua-dua negeri Malaysia Timor ini hanyalah 51 kerusi.

Jika BN memenangi kesemua kerusi di kedua buah negeri ini pun ianya tidak akan dapat mencapai matlamat untuk menubuhkan kerajaan mudah di Persekutuan. Persoalannya sekarang ialah mampukah BN memenangi kesemua 56 kerusi Parlimen di Sabah dan Sarawak sedangkan DAP sedang mengembangkan pengaruhnya di Sarawak terutamanya di Kawasan-kawasan Bumiputra Sarawak.

DAP mempunyai ‘advantage’ besar kerana parti itu adalah parti multi-racial yang boleh dianggotai oleh mana-mana suku kaum pun termasuk Iban, Dayak dan lain-lain. Dalam pilihanraya negeri Sarawak baru-baru ini kita telah melihat kemenangan DAP di 12 kerusi Dewan Undangan Negeri di kawasan-kawasan bandar di sana.

Banyak pihak berpendapat yang BN akan kehilangan 8 kerusi Parlimen di Sarawak dan 7 kerusi Parlimen di Sabah. Maka kedua-dua buah negeri ini BN hanya mampu memenangi 41 kerusi dari 56 kesemuanya.
Jika 67 kemenangan BN di Semenanjung (termasuk MCA) di campurkan dengan 41 kerusi di Sabah dan Sarawak, maka BN akan hanya memenangi 108 kerusi keseluruhannya dan kita tidak nampak bagaimana BN boleh diyakini akan mampu menubuhkan kerajaan walaupun dengan ‘simple majority’.
Di dalam perkiraan apa sekali pun kita mesti meletakan angka untuk kontijensi. 67 kerusi yang ditelah akan di menangi oleh BN itu harus mempunyai peratusan kontijensinya. Kita tidak tahu lagi apa yang berlaku kepada BN di dalam percaturan pemilihan calun Parlimen ini.

Dalam perkiraan tadi kita tidak masukan kemungkinan Pasir Mas yang akan kembali kepada PAS yang sekarang di sandang oleh Ibrahim Ali. Ibrahim Ali telah memenangi kerusi itu di atas symbol PAS kerana jika Ibrahim Ali bertanding di atas tiket bebas sejarah telah membuktikan yang Ibrahim telah hilang wang pertaruhannya dalam pilihan raya 2004 dahulu. Pasir Mas dikatakan akan jatuh semula ketangan PAS.

Ramai di dalam UMNO menyatakan yang Tengku Razaleigh akan tidak di turunkan oleh UMNO kali ini sebagai calon. Jika berita ini benar maka Gua Musang juga akan jatuh ketangan PAS. Jika Pasir Mas dan Gua Musang jatuh ketangan PAS maka Jeli juga akan jatuh justru BN tidak akan mendapat apa-apa kemenangan di Kelantan.

Jika ini berlaku maka angka 67 kemenangan BN di Semenanjung tadi akan jatuh kepada 64 sahaja. Saya berkesempatan untuk berbincang dengan pemimpin-pemimpin UMNO di Terengganu akhir-akhir ini. Saya di beritahu oleh mereka yang UMNO di negeri Terengganu tidak akan mampu memenangi di sekurang-kurangnya 3 kerusi Parlimennya kerana pergolakan besar di dalam UMNO di negeri itu Jika berita ini benar maka bilangan kerusi BN di Semenanjung akan turun lagi kepada 61 kerusi sahaja.

Angka kemenangan BN sebanyak 61 kerusi ini belum lagi mangambil kira kerusi-kerusi BN yang dijangka dengan jelas akan menghadapi kekalahan. Satu-satunya kerusi yang dimenangi MCA di Selangor iaitu Ampang yang sekarang di sandang oleh Ong Tee Kiat akan menjadi milik DAP atau mana-mana parti PR.
Di jangkakan kerusi BN Raub akan tumbang juga dengan berbagai-bagai isu peribadi Ng Yen Yen dan di Johor sahaja BN dikatakan akan kehilangan sebanyak 3 lagi kerusi Parlimen. Jika di tolak 5 lagi kerusi ini dari 61 untuk BN tadi maka BN di Semenanjung akan hanya memenangi 56 kerusi kesemuanya.

Jika 56 kerusi di Semenanjung ini di campurkan dengan 41 kerusi di Sabah dan Sarawak maka angka kemenangan BN keseluruhannya akan berlegar di angka 97 kerusi sahaja. Sejak beberapa bulan yang lepas ada pihak yang sentiasa memberitahu saya yang BN akan memenangi lebih sedikit dari 90 kerusi.

Semasa itu saya tidak dapat mempercayainya kerana tidak diberitahu angka itu secara saintifik. Tetapi apabila perkiraan ini dilakukan maka saya sudah nampak lojiknya bagaimana 97 kerusi itu hampir menjadi kenyataan. Yang penting yang mesti diketahui ramai ialah di Semenanjung BN itu hanyalah UMNO kerana parti-parti komponennya akan pupus dalam politik negara selepas pilihanraya yang akan datang.

Nazri Aziz telah menafikan yang beliau melamar DAP untuk bersama BN tetapi sebenarnya beliau benar-benar membuat tawaran tersebut. DAP telah menolak lamaran itu kerana tawaran itu hanyalah sebagai tindakan desperate satu parti yang telah lemas dengan kuasa serta telah hilang segala hidayahnya.
Oleh kerana itu jika kita dasarkan kepada hukum akal kita jelas BN akan tewas di dalam pilihanraya yang akan datang. Hanya perkiraan Tuhan sahaja yang akan mengubah apa yang telah di kira tadi. Perkiraan yang ditulis ini hanya perkiraan manusia yang serba serbi lemah.

Semua pihak hanya perlu berdoa sahaja sekarang ini agar yang maha menghakimi akan membuat penentuan. Setakat ini itu semua hanyalah perancangan manusia sahaja.
Hanya DIA sahaja akan menentukan segala-galanya.

Jika tidak sokong tak apa ,TAPI JANGAN FITNAH!!!



Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan beliau tidak akan membalas dendam terhadap pemimpin Barisan Nasional (BN) sekiranya berjaya memerintah negara selepas Pilihan Raya Umum 13 (PRU13) nanti.

Anwar berkata, beliau sedia memaafkan pemimpin yang melakukan pelbagai kezaliman kepada dirinya juga berharap rakyat mengambil sikap sama terhadap kesalahan­ pemimpin BN yang menyalahgunakan harta negara.

“Saya sama sekali tidak akan dera atau mengambil sikap untuk membalas dendam biar pun pelbagai perkara dan ancaman dihadapkan kepada saya dan rakan sekarang. Saya pernah melalui keadaan paling teruk dalam kehidupan, tetapi itu tidak menjadi dendam.

Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta ahli-ahli Umno akar umbi supaya berhenti memfitnahnya kerana beliau tidak pernah mempunyai sebarang masalah dengan mereka. Anwar berkata, walaupun dirinya dimaki, dihina setiap hari malah pernah dipukul ketika dalam penjara sebelum ini, beliau tetap bersyukur kerana rakyat bijak dan diberi akal untuk... menilai.

“Saya di penjara enam tahun, ditelanjang dan dipukul bukannya sebab saya bergaduh dengan orang bawahan Umno tetapi saya hendak bela rakyat dan tidak mahu rasuah berterusan oleh mereka yang menyalahgunakan duit rakyat,"



Anwar berkata, sekiranya ahli Umno tidak menyokongnya, ia tidak membawa masalah kepadanya tetapi beliau meminta mereka berhenti daripada melemparkan fitnah dan menghina dirinya.




Anwar yang juga Ketua Pembangkang berkata, beliau memberi jaminan bahawa selepas PR memenangi pilihan raya akan datang, dalam tempoh 24 jam tersebut, beliau akan mengumumkan harga minyak akan turun.




Mengenai PTPTN Anwar berkata jika Turki yang tiada sesen pun hasil minyak mampu memberi pendidikan percuma kepada rakyatnya, tiada sebab Malaysia yang mencatat untung RM90 bilion setahun dari sumber petroleum tidak berupaya melakukan kebajikan sama.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata Recep Tayyib Erdogan memberi pendidikan percuma kepada rakyat dari peringkat rendah hingga universiti walaupun baru tiga tahun memerintah Turki.

“Bila kita sebut mansuh PTPTN, isu utama yang harus difokus ialah pendidikan percuma untuk semua rakyat terutama golongan miskin. Bukan isu nak pindahkan wang Petronas bayar PTPTN. “Prinsip asasnya ialah pendidikan percuma dari peringkat rendah hingga ke universiti,” katanya pada dialog bertajuk ‘Pemberdayaan Kebajikan dan Ekonomi Rakyat’ anjuran Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor di Subang Jaya 31 Mac lalu.

Beliau mengakui PTPTN adalah isu paling popular yang diaju kepadanya termasuk di facebook dan twitter.

Walaupun PTPTN dimansuh, Anwar berkata, Pakatan Rakyat memberi jaminan tidak akan membuang kakitangan di perbadanan itu kerana mereka akan diserap ke Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi.

“Walaupun pegawai ramai, kita juga tetap pastikan khidmat atau mutu kerja mereka bertambah baik untuk rakyat,” katanya.

Mengenai pemberian 20 peratus royalti minyak kepada Sabah, Sarawak, Terengganu dan Kelantan seperti yang termaktub dalam Buku Jingga, Anwar berkata ia tidak akan menjejaskan negeri lain.

Ini kerana, katanya, 80 peratus hasil minyak itu mampu menampung perbelanjaan negara dengan memastikan royalti diurus mengikut pengurusan yang baik. “Keutamaan royalti 20 peratus difokus kepada golongan miskin.

Apabila kita menyebut kemiskinan ia merangkumi sama ada Melayu, Dayak, Iban, Kadazan, Cina dan India. “Pada masa sama, kita memperketat prosedur kewangan selain pengurusannya dijalankan individu yang bertanggungjawab, amanah dan berintegriti,” katanya

kEMENANGAN SUU KYI INPIRASI BUAT SEMUA PEJUANG DEMOKRASI TULEN!

Kemenangan pejuang deokrasi Myanmar, Aung San Suu Kyi memperolehi satu kerusi Parlimen dalam pilihan raya kecil di negaranya merupakan satu inspirasi buat pejuang demokrasi di rantau ini dan seluruh dunia.
Pengarah Biro Antarabangsa KEADILAN, Yusmadi Yusoff
Perkara itu dinyatakan Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff sewaktu mengulas perkara itu semalam.
Mengulas lanjut, Yusmadi yang juga merupakan Setiausaha Kaukus Asean Inter-Parliamentary Myanmar berkata walau pun kemenangan itu bukan satu kemenangan keseluruhan buat Suu Kyi dan partinya, ia tetap mengesahkan mandat rakyat buat Suu Kyi selama ini.
“Kemenangan ini bukan kemenangan baru, ia dipanggil pengesahan semula mandat oleh Aung San Suu Kyi bagi memimpin agenda demokrasi di Myanmar.
“Walaupun bukan kemenangan keseluruhan, ia sudah cukup untuk beri nafas baru kepada pejuang-pejuang demokrasi rantau ini yang mungkin agak lesu (kerana cabaran berpanjangan),” katanya.
Menurutnya lagi, selain Suu Kyi, masyarakat di Asia Tenggara juga mengenali Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai seorang pejuang demokrasi dan kebebasan.
“Di rantau ini cuma ada dua tokoh demokrasi yang kita tahu iaitu Aung San Suu Kyi dan Anwar Ibrahim.
“(Justeru), kemenangan ini satu inspirasi untuk pejuang demokrasi lain terutamanya di Malaysia yang akan berhadapan pilihan raya umum akan datang,” katanya.
Kemenangan Suu Kyi ini juga, kata Yusmadi wajar menjadi iktibar kepada yang lain agar bersabar dan terus tabah dalam perjuangan mereka.
“Kita boleh ambil iktibar daripada perjuangan Aung San Suu Kyi – ia perjuangan lama dan bersungguh-sungguh dan tabah walaupun pelbagai tentangan dihadapi.
“Yakinlah agenda demokrasi dan kebebasan akan temui kejayaan walaupun ia mungkin memakan masa seperti juga perjuangan Nelson Mandela,” katanya.
Aung San Suu Kyi dilaporkan memenangi satu kerusi Parlimen dalam pilihan raya di negaranya. Beliau mengalahkan dua pesaing lain dalam pertandingan tiga penjuru.
Parti Liga Demokrasi Kebangsaan (NLD) yang dipimpin Suu Kyi mengumumkan yang beliau memenangi kerusi Kawhmu, berhampiran bahagian selatan pusat komersial Yangon.
Suu Kyi yang diperintahkan menjalani tahanan dalam rumah selama 15 tahun sejak 1989 bertanding buat pertama kali selepas parti yang dipimpinnya membuat keputusan mengakhiri pemulauan pilihan raya yang didominasi junta tentera.

wasatyyah atau 'WATALAKKISSAH"!!!

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin sebenarnya tidak faham akan maksud sebenar konsep wasatiyyah.
Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama KEADILAN, Ahmad Kassim memberikan pandangan demikian ketika mengulas perbelanjaan besar Najib dan Muhyiddin dalam lawatan mereka baru-baru ini.
Menurutnya, tindak-tanduk Najib yang berbelanja sesuka hati sewaktu lawatannya ke seluruh negara seolah-olah menunjukkan yang beliau hanya tahu membaca teks tentang wasatiyyah yang ditulis penasihat agamanya.
“Kalau beliau faham, wang berjumlah RM609 juta tidak akan dibelanjakan sewenangnya, semata-mata sebagai ‘gula-gula’ untuk mengembalikan sokongan rakyat kepada kerajaan.
“Malah, selain ekonomi, konsep Wasatiyyah turut meliputi aspek seperti tidak rasuah, kesaksamaan dalam politik dan mengelak permusuhan melampau.
“Jadi, dimana wasatiyyah Umno BN yang selama ini boros dalam belanja, bersikap berat sebelah dalam politik dan menutup sebelah mata kepada maksiat?” soalnya.
Katanya lagi, konsep Wasatiyyah hanya digunakan Najib untuk menunjukkan seolah-olah beliau memahami kesusahan yang dihadapi rakyat pada masa ini.
Menurutnya lagi, beliau yakin Institut Wasatiyyah ini hanya akan tinggal di peringkat cadangan sahaja, tanpa sebarang pelaksanaan yang berkesan.
“Macam mana nak laksanakan, jika gaya hidup mereka sendiri tidak menunjukkan mereka hadam dengan konsep ini?” soalnya lagi.
Dalam jawapan bertulis di Parlimen 30 Mac lalu, Najib dan Muhyiddin membelanjakan RM609 juta sebagai ‘peruntukan segera’ sepanjang 11 minggu lawatan mereka ke seluruh negara.
Pada Jun 2011, Parlimen mendedahkan bil elektrik bagi kediaman Najib dan Muhyiddin yang berjumlah RM10 juta, dan bil air pula RM1.9 juta, manakala kos selenggara menelan RM50 juta setahun.
Semasa Perhimpunan Agung Umno yang lalu, Najib memperkenalkan prinsip Wasatiyyah (kesederhanaan) untuk diamalkan dalam pentadbiran, dan mengumumkan penubuhan Institut Wasatiyyah untuk mempromosinya.
Seorang kakitangan jabatan penerangan kerajaan Pulau Pinang membuat laporan polis hari ini ke atas pertubuhan pro-Melayu PERKASA atas tindakan anggota pertubuhan itu ke atasnya dalam perhimpunan anjuran pertubuhan tersebut Jumaat lalu.

Lilian Chan berkata, beliau telah ditendang dua kali di bahagian kakinya oleh seorang anggota PERKASA dalam kejadian kira-kira jam 2.45 petang, di bangunan Komtar yang menempatkan pejabat ketua menteri.
lim guan eng pc 290711 support for lilian chanChan (kiri) berkata beliau telah diarahkan oleh penyelianya Yap Lee Ying untuk membuat liputan perhimpunan itu ketika insiden itu berlaku.

"Apabila saya ditendang untuk kali kedua, saya tanya orang itu – Ketua Pemuda PERKASA Pulau Pinang Risuan Azuddin – kenapa dia tendang saya?," katanya yang pernah menerima latihan daripada Malaysiakini.

Dia tidak jawab (soalan) saya. Pada masa itu, polis dan pegawai kesalamat Komtar sedang mengarahkan mereka untuk meninggalkan kawasan itu," kata Chan yang pernah menerima latihan daripada Malaysiakini.

Katanya kumpulan kira-kira 30 orang itu pada awalnya menyerbu ke dalam bangunan pejabat tersebut dan menuntut untuk bertemu Lim.

Ibu kepada empat orang anak itu menerima rawatan selepas insiden berkenaan dan telah diberikan sijil cuti sakit kerana kesakitan yang dialami di bahagian kakinya.

Chan mendakwa, beliau juga sebelum ini pernah dikasari anggota kumpulan berkenaan pada 26 Februari lalu dalam perhimpunan anti-Lynas di Esplanade, Pulau Pinang.

Batal PTPTN: Menifesto awal PRU-13 untuk siswa

Isu penghapusan skim pembiayaan pendidikan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bukanlah isu yang dipolitikkan, tetapi ia merupakan isu yang dibawa untuk menjaga hak dan kebajikan mahasiswa.

Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS) menyokong iltizam Pakatan Rakyat untuk membatalkan PTPTN sekiranya Pakatan berjaya membentuk kerajaan pusat selepas pilihan raya umum akan datang.

Iltizam PR untuk membatalkan pinjaman PTPTN dan menyediakan pendidikan percuma dari sekolah rendah sehingga universiti boleh dilakukan sekiranya kerajaan berhemat dalam setiap perbelanjaan dan menghapuskan budaya rasuah dan kronisme yang merugikan negara.

Kenyataan menteri yang menyatakan bahawa idea tersebut adalah tidak relevan buat masa ini menunjukkan kedangkalan bagi seorang yang ‘berkuasa' terhadap sistem pengajian tinggi di Malaysia

Sewajarnya pihak kerajaan mengambil langkah proaktif dengan mengadakan sesi perbincangan dengan PR berhubung dengan kaedah mengurangkan bebanan pembiayaan pengajian pelajar, bukannya dengan mengkritik idea yang dibawa oleh Pakatan Rakyat.

Isu ini sejajar dengan agenda yang dibawa dalam Deklarasi Inspirasi Anak Muda Malaysia (INSPIRASI) yang dilancarkan pada 25 Mac 2012 iaitu dalam membela hak dan kebajikan mahasiswa dalam pembiayaan pengajian.

Di samping itu, INSPIRASI membawa enam agenda utama dalam pembentukan masa depan negara Malaysia yang lebih cemerlang iaitu Rejuvinasi Sistem Pendidikan, Keadilan Undang-undang, Ekonomi untuk rakyat, Jaminan Kerjaya, Integriti Politik dan Keharmonian Sosial.

INSPIRASI yang didokong oleh Gamis bersama 13 front mahasiswa di seluruh negara juga akan bersama dalam Himpunan mansuh PTPTN pada 14 April ini.

'Siapa akan cabar Najib? Bukan Muhyiddin'

Bekas timbalan menteri, Tan Sri Abdullah Ahmad berkata kegagalan Datuk Seri Najib Razak meraih keputusan lebih baik berbanding 2008 dalam pada pilihan raya umum akan datang akan menyebabkannya presiden Umno itu dicabar dalam pemilihan parti selepas ini.

Bercakap dalam wawancara dengan Malaysiakini minggu lalu, wartawan veteran itu berkata, Datuk Seri Najib Razak bagaimanapun tidak akan dicabar oleh timbalan presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
NONE"Siapa akan cabar Najib? Bukan Muhyiddin. Pencabarnya akan datang daripada lapisan seperti (Ketua Pemuda Umno) Khairy Jamaluddin dan (MP Jerlun) Datuk Mukhriz Mahathir, tapi tak semestinya mereka," katanya.

Tambahnya, Mukhriz bagaimanapun perlu menjadi menteri penuh terlebih dahulu sebelum memulakan cabaran, manakala Khairy pula kini nampaknya sudah "hilang ghairah."

“Dia bukan lagi seorang yang berpengaruh seperti sebelumnya. Sementara itu, jawatan pengerusi PUNB (Perbadanan Usahawan Nasional Berhad) akan buatkan dia sibuk," katanya.

Abdullah (foto), yang merupakan penasihat kepada bapa Najib, Tun Abdul Razak Hussein berkata, cabaran itu juga tidak mungkin digerakkan oleh pemimpin tertinggi seperti  sepupu Najib sendiri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

“(Hishammuddin) juga perlu disalahkan jika BN menang dengan majoriti kecil. Presiden, timbalan dan naib presiden akan dipertanggungjawabkan.

Bekas anggota majlis tertinggi Umno itu menjangkakan bahawa BN akan menang dengan majoriti antara 20 hingga 40 kerusi parlimen dalam pilihan raya ke-12.

Abdullah, yang juga merupakan bekas pengarang kanan akhbar The New Straits Times, turut memberikan beberapa petua kepada Najib untuk menghadapi pilihan raya itu.